Set Berpantang Ini Elak Meroyan Dalam Pantang, Pengalaman Sendiri
Saturday, December 03, 2016
Assalamualaikum,
Masalah ini bukan lagi sepi dikalangan ibu yang baru melahirkan. Bagaimanakah agaknya cara elak meroyan dari terjadi?
Eray sendiri hampir-hampir meroyan semasa berpantang anak pertama. Entah tak tahu mana silapnya...tapi perasaan itu sangat menakutkan.
Betullah apa ibu Eray cakap. Perasaan orang berpantang ini sangat rapuh. Kena jaga elok-elok.
Mujurlah Eray ada ibu yang susah payah menjaga hal berpantang Eray. Tapi bagaimana kalau ibu yang berpantang sendiri? Atau pun terpaksa hadapi masalah semasa berpantang?
Samaada korang percaya atau tidak. Set berpantang yang digunakan juga sangat memainkan peranan sangat penting. Tak percaya? Cuba baca kenyataan Dr. Andrew Weil di bawah ini:
(To deal with depression, including postpartum depression,) "…follow
a well-balanced diet and include a multi-vitamin/mineral supplement to
ensure you are meeting your nutritional needs for all the essential
nutrients. … Numerous studies have shown that exercise is a very
effective method for decreasing depression as it helps to improve your
mood and boosts self-confidence. … Find a mental health counselor who
can help you get to the root of your depression and facilitate
recovery." — Dr. Andrew Weil
Masa pantang ibu mana boleh makan sembarangan. Cuba tengok makanan orang berpantang, setujukan kalau Eray kata ia adalah makanan paling sihat, kan?
Nasi secukupnya, lauk yang kukus tak pun bakar. Dan lepas tu ada sayuran.
Makanan sihat yang sangat seimbang. Cuma nutrisi dalamnya masih tak cukup.
Sebab itulah ibu yang baru melahirkan kena ambil set berpantang. Selain dari untuk elak meroyan, ia juga membantu ibu lebih sihat fizikal dan mental. Nak menyusukan anak pun tak stress.
Serik dengan kisah hampir meroyan dulu. Masa berpantang kali kedua Eray dah buat keputusan untuk ambil set berpantang yang betul.
Iaitu Set Berpantang Shaklee. Atau Post Natal Shaklee Set.
Dalam set ini terdapat enam item lengkap. Vita Lea with Iron Formula, B Complex, Sustained Release Vita C, Ostematric, Energizing Soy Protein dan Omega Guard.
Berbeza betul pengalaman berpantang anak pertama dan kedua. Padahal kalau nak ikutkan pantang anak kedua lagi haru.
Eray terpaksa berpantang sendiri setelah dua minggu melahirkan. Semua kena uruskan sendiri. Masak untuk diri sendiri, jaga anak yang sulung dan dah tentulah menyusukan si kecil. Oh mandi bayi pun Eray buat sendiri tau.
Tak salahlah pilihan Eray untuk ambil Set Pantang Shaklee. Memang terbaik.
Disamping dapat uruskan anak-anak dengan baik, Eray dapat uruskan diri dengan baik juga.
Emosi stabil. Dan fikizal pun sihat.
Tak lah rasa penat dan stress sebab menyusukan si kecik tu.
Setiap satu item dalam set pantang ini sangat membantu elak meroyan.
Vita Lea Iron Formula ini adalah sejenis multivitamin. Satu biji tabletnya lengkap dengan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan. Insyaallah badan akan sentiasa bertenaga. Selain itu, iron di dalam Vita Lea ini membantu stabilkan mood, waktu tidur dan selera makan.
B Complex pula adalah anti stress semulajadi. Emosi yang sihat penting sangat semasa berpantang. Fungsi lain vitamin ini stabilkan kadar metabolisma dalam badan dan 'booster' tenaga yang baik.
Sustained Release Vita C, semua orang tahu bahawa vitamin C sangat baik bagi menyembuhkan luka. Sakit luka episotomi dan luka dalaman akan sembuh dengan cepat. Rasa sakit pada bahagian luka bersalin juga boleh jadi penyebab meroyan.
Ostematrix Shaklee ini adalah gabungan kalsium dan vitamin D. Vitamin ini sangat membantu mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak. Dan ini telah disokong oleh University of Michigan Depression Center. Ibu memerlukan calcium dan vitamin D yang mencukupi supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
Energizing Soy Protein membantu menstabilkan hormon. Selepas melahirkan biasa hormon ibu akan jadi bercelaru. Apabila hormon stabil, barulah susu ibu dapat terhasil dengan baik. Selain itu, ESP ini juga baik untuk meningkatkan kualiti susu ibu.
Omega Guard adalah minyak ikan yang mengandungi 90% kandungan omega 3. Minyak ikan ini dikatakan sangat baik bagi merawat tekanan. Termasuklah mengelakkan meroyan. Bonus bagi ibu yang ambil vitamin ini, berat badan cepat kembali seperti sebelum hamil.
Gabungan keenam-enam supplemen ini membantu ibu untuk berpantang tanpa risiko meroyan. Emosi stabil dan fizikal sihat bertenaga.
Pasti tiada lagi rasa stress dan bosan ketika berpantang. Macam yang pernah Eray rasakan sendiri.
Oleh itu, kalau korang mahu lalui pengalaman berpantang yang gembira. Eray mencadangkan Set Berpantang Shaklee ini.
Jika korang nak order set ini, boleh terus WA/SMS Eray di 0167731892.
0 comments