Part 1 Apa Itu MLM?: Pertama Yang Ku Kenal Adalah MLM Haram Jadah, 7 Tahun Merana!
Sunday, September 13, 2015
MakDara (MD) dah agak dah, mesti ada yang herot mulut bila baca tajuk Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM?
Biasalah, bila dengar MLM je macam naik-naik bulu roma. "Eiii, I tak mainlah buat bisnes MLM ni, kalau nak start bisnes buatlah cara betul". "MLM? Sahlah kena makan dengan orang atas".
Ini bukan orang lain cakap, tapi MD sendiri yang cakap. Memang dah macam trauma campur alergik bila orang duk sebut bisnes-bisnes MLM ni.
MD memang jenis suka meniaga. Pasal ibu ayah pun meniaga jugak. Dulu diaorang meniaga satay. Seronok kut tunggu ayah balik tengah malam. Kelam kabut ambil kole isi duit jualan, pasal berebut nak kira.
Seronok tengok duit masuk tetiap malam.
Sajalah nak cerita dengan korang, intro perkenalan macam mana boleh terjebak dengan bisnes MLM buat pertama kali seumur hidup. Ok sambung cerita.
Apa Itu MLM? Detik Aku Terjebak Buat Pertama Kali
Masa sambung Degree dekat UiTM Kelantan siap boleh jadi taukeh jual buah potong. Partner dengan kawan masa tu.
Bersungguh balik kelas, terus pergi kedai buah, pilih buah. Balik kolej, basuh, potong dan bungkus. Malam, upah 3 kaki ronda 3 blok asrama. Tengah malam, kira duit untung jual buah.
Uish time tu, sampai nak termuntah-muntah makan buah. Yelah, setiap kali stok tak habes kiteorang yang makan. Pergh, rasa macam on top of the world masa tu. Jadi student je, tapi kaya.
Mana cerita MLM?
Kejaplah........
Nak jadikan cerita, partner in crime jual buah ni ada kakak angkat. Masa tu dia datanglah melawat member ini. Jadi kiteorang pun kenal-kenal.
Masa tu dia datang dengan tunang dia naik kereta BMW (kalau tak silap). Tapi memang kereta mewahlah. Bayangkan jelah, time tu student kan. Melelehlah juga air liur tengok muda-muda dah kaya.
Sekali dia pun cerita apa dia buat. Dia buat bisnes MLM. Katanya dia dan en tunang dia tu antara leader yang top 10 kat KL. Makinlah meleleh air hidung bila dengar kisah-kisah diaorang.
Sampailah detik dan ketika, dia mula ajak member dan MD join sekali. Tapi dia kata tak best kalau berdua je.
Dia suruh kiteorang cari 10 orang lagi. Adalah dalam masa beberapa minggu, kiteorang berdua berjaya pujuk kawan-kawan lain.
Dan mulalah detik kakak angkat tu susun-susun nama kiteorang semua ikut kaki. Since partner MD tu macam founder kat UiTM Machang, maka nama dia no 1. Nama MD jadi no 2. Dan berantailah sampai 10 orang ke bawah.
Pergh masa dia lukis-lukis tu, dah terbayang duit bonus kepuk-kepuk. Inilah budak U, senang sangat terpedaya.
Dengan rela hati MD letak modal RM2000. Hebat tak? Student labur sampai ribu-ribu. Konon nak dapat pulangan lumayan cepat.
Lepas buat bayaran tu, ikutlah kawan ni pergi pejabat MLM L**** kat Kota Bharu. Dengan RM2000 tadi, maka MD dapatlah satu beg besar produk-produk gamat dan pelbagai lagi.
Bermula episod kiteorang pergi buat produk demo dan promo dari bilik ke bilik. Siap usung beg besar tu bawa pergi KL. Konon-konon nak jual kat member area KL.
Cut it short, lepas dekat setahun kut. Hampir separuh barang tak terjual. Bonus? Adalah dalam RMXXX. Dan the best part is kakak angkat member tu, tiba-tiba hilang. Macam magic.
Terkapai-kapailah kiteorang dengan barang yang tak laku. Lepas paksa ibu ayah makan, bakinya duduk bawah katil dan mereput expired.
Oh masa tu baru paham apa itu MLM. Ya, MLM haram jadah!
Lepas pada tu bila dengan L***** atau MLM, MD akan jadi panas hati. Terkenang si penipu tu. Tapi sekarang MD dah maafkan dia dah. Dia tak buat dah pun L*****. Silap-silap company pun dah bungkus!
Terus cuci kaki dari MLM. Cuma ralat dengan RM2000 tu.
Terjebak Lagi Sekali!!!
Tenyata MD bukanlah jenis orang yang mudah serik.
Ini kisah masa dah kawin, baru dapat anak sorang. Masa tu dunia blog baru nak up. Terjumpalah dengan blog S*********.
Kagum betul (senang beno nak kagum dengan orang). Pakai handbag mewah, cantik bergaya, gambar melancong sana-sini dan gambar drive kereta mewah.
Telan air liur lagi sekali. Konon nak keluar dari kemelut makan gaji dan nak hidup bebas kaya glamour.
Nampak tak niat kat situ? Awal-awal pun dah menyimpang.
Teruslah contact dan jumpa dengan pemilik blog, Puan S.
Cakap punya cakap, akhirnya MD setuju. Setuju buat loan RM20,000. Hambik kau 10 kali ganda duit hangus masa zaman U dulu.
Bila cakap setuju je. Terus dia bagi borang pinjaman Bank Rakyat sesiap. Wah, well prepared hokeh. MD pun isi dan submit.
Oleh sebab MD memang dah ada existing loan, maka cepatlah proses lulus pinjaman. Sanggup Puan S teman ambil duit loan.
Lepas tu, dia terus bawa MD pergi stokis untuk ambil barang. Labur RM20,000 untuk 10 set item untuk dijual. Duit kepok-kepok tu sempat satu jam je dalam handbag cikai MD. Bawalah balik rumah 10 set item tu tadi.
Mulalah sesi coaching dengan Puan S. Paling MD tak boleh lupa ayat dia "Awak mesti T Up leader tau. Ikut macam mana cara tangan, mulut dan cara leader sampaikan info kat prospek". Dan, lagi satu ayat dia "Awak kena juga cari orang baru yang sanggup labur RM20,000 macam awak, barulah senang naik. Lagi ramai lagi bagus".
MLM apa sebenarnya ni? Nak jual produk ke nak kena head hunting cari orang bawah?
Tambah pula dengan kena puji leader melambung-lambung, kena tiru gaya leader dan kena join Meeting Larut Malam. Barulah MD tersedar.
Sekali lagi dah tersalah langkah dengan MLM haram jadah ni. MD rasa tak sampai hati nak ajak orang buat kerja gila buat loan dan laburkan bulat-bulat. Rasa macam kejam pun ada.
Pedih kut telinga ni dengar suami sindir. Lagi haru setiap kali terlalu depan stokis MLM tut tut tu. Serious MD serik. Serik dengan MLM haram jadah ni.
Baik-baik hutang tinggal sikit. Makin banyak pula. Tak patut betullah derang ni.
Macam Mana Nak Kenal MLM Haram Jadah:
1- Ajak korang modal ribu-ribu
2- Kalau takde duit, derang suggest suruh buat loan
3- Janjikan komisen RMXXXX kalau labur RMXXXXXX
4- Pakai vouge giler
5- Tayang kereta mewah
6- Kena cari orang bawah
7- Jual barang jadi no 2
8- Suruh ajak orang labur ribu-ribu jugak
9- Upline selalu paksa dan push suruh cari orang
Jadi kalau korang ada terasa simptom-simptom seperti di atas. Baiklah muhasabah diri balik. Kalau sempat baik korang angkat kaki. Kalau dah terlabur, cubalah cari jalan selesaikan hutang.
Karang MD sambung part 2 pula.
Selamat berhujung minggu ye semua.
0 comments