Part 2 Apa Itu MLM?: Tak Sengaja Join MLM Buat Kali Ke3
Sunday, September 13, 2015
Tak tahu, tak cinta. Samalah macam MLM ni. Masa kenal yang haram jadah je, dengar apa itu MLM pun dah sakit hati. Pasal terkenangkan manusia-manusia yang tak bertanggungjawab macam tu.
Konon nak tolong orang. Tolong bagi orang lagi susah lagi ada.
Dulu masa belajar marketing masa kat U dulu. MLM ni ada dalam buku. Sebab ia salah satu cabang cara memasarkan produk.
Bagi sesetengah syarikat, MLM dipilih kerna ia menjimatkan syarikat dari kos pengiklanan. Dan juga kos overhead yang rendah. Disebabkan syarikat MLM tidak mempunyai jurujual yang tetap. Ia hanya melantik pengedar bagi memasarkan produk-produk syarikat.
Tiada gaji tetap bagi pengedar, hanya komisen atau bonus yang akan dibayar mengikut pretasi jualan. MLM juga dikenali sebagai networking business.
Jadi apa yang boleh membuatkan MLM menjadi haram jadah?
1- Apabila syarikat meletakkan polisi, siapa cepat dia untung dan siapa lambat dia orang.
2- Orang atas (upline) akan makin kaya dan tak payah buat kerja
3- Pelan pemasaran yang menindas orang bawah
4- Tak payah jual produk
5- Cari orang ramai-ramai (downline) untung dapat bonus banyak
6- Meminta bakal downline keluarkan modal yang besar
7- Upline hilang dan lari lepas dapat duit bonus
Oleh itu jika korang pun terlibat dengan perniagaan MLM waktu itu, semaklah balik. Apakah korang berada dengan MLM haram atau halal.
Kali Ketiga Join MLM Tanpa Sedar
A ah tak sedar pun. Asalnya sebab susu merudum teruk bila Rayna masuk 8 bulan. Cari punya cari, akhirnya membawa MD kepada Mommy Lyna. Dia jual Set Tambah Susu masa tu.
Memang cantik sangat kerana itulah yang dicari. Terus beli set percubaan. Alhamdulillah minggu pertama makan tu dah nampak hasilnya. Susu bertambah dari 30z jadi 4 oz.
Dan yang paling best, badan kurang letih. Kalau dulu, balik kerja lepas Isyak terus tertidur sampai pagi. Bangun pun cukup-cukup waktu Subuh je.
Taklah mengantuk sangat. Siap boleh bangun tengah malam pam susu. Dan bangun awal sebelum Subuh pam susu. Gigih sangat nak banyakkan susu masa itu.
Bila dah rasa best, mestilah repeat balik belian bulan depannya. Tiba bulan lagi satu, Mommy Lyna kata eloklah beli full set je, jimat. Boleh guna sampai 4 bulan.
Lepas tu dia offer jadi ahli. Sebab dah jadi regular customer kan. Boleh kumpul point untuk diri sendiri.
Ya itulah detik join MLM tanpa sedar. Sebab tak tahu pun yang Set Tambah Susu ni dari syarikat MLM iaitu Shaklee.
Trauma MLM haram tu masih terngiang-ngiang. Jadi takdelah nak bisnes pun, hanya beli untuk kegunaan sendiri.
Masa zaman pam susu dulu, adalah beberapa kawan sepejabat yang pam sekali. Bila pam tu, pelik diarorang tengok susu pekat dan MD nampak bertenaga je. Kalau tak waktu pam pun boleh nak tertidur. Sekarang siap boleh baca buku dan mengaji.
Jadi bertanyalah kawan-kawan ni kat MD apa yang bikin susu jadi pekat dan banyak tu. Dah orang tanya, kita pun kongsilah apa yang dimakan.
Makin lama, makin seronok pula nak kongsi kebaikan Shaklee ni. Yelah, masa tu zaman makin ramai mak-mak mengepam susu yang mengadu susu tak cukup susu.
MD pun kongsilah gambar hasil perahan dan apa yang diambil kat FB. Makin hari, makin ramai yang bertanya.
MD tak jual pun masa tu. Jadi kalau ada yang nak order, MD pass kat Mommy Lyna je. Sebab dah sering juga passed sales kat dia. MD dapat komisen RM10 untuk setiap order.
Ada satu hari tu MD terfikir "dari aku passed sales je, baik aku buat sendiri, mesti boleh dapat lebih lagi". Esoknya SMS Mommy Lyna tanya macam mana nak start bisnes Shaklee ni.
Dan lepas tu bermulalah episod dengan MLM yang halal ni. Masuk tahun ini sudah 5 tahun MD setia bersama Shaklee.
Apa Yang Buat MD Tertarik dan Terus Setia dengan Shaklee?
1- Tak pernah suruh keluarkan modal even RM50 untuk beli stok.
2- Tak payah simpan stok, kalau ada customer buat bayaran baru belikan
3- Takde head hunting, cari downline ramai-ramai
4- Produk Shaklee yang sememangnya berkesan. Dan 100 tahun kut kat dunia.
5- Upline (Mommy Lyna), tak paksa pun suruh buat bisnes
6- Pelan pemasaran yang adil, siapa kerja dia dapat, malas habuk pun takde
7- Ubah gaya hidup MD, rasa lebih tenang dan makin dekat dengan Allah SWT
8- Hubungan antara sidelines sangat rapat
9- Apatah lagi hubungan dengan upline dan downline, rasa macam satu family
Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak cerita kena buat entry lain pulak.
Mungkin dulu masa terjumpa MLM haram jadah pun sebab kesilapan MD sendiri. Senang percaya orang dan gila dengan kemewahan dunia.
Tapi bila kenal Shaklee semua pun berubah. Dulu kalau nampak orang pakai beg LV tu macam jakun sangat. Tapi sekarang rasa biasa je, sebab hidup ni bukan sekadar mewah di mata orang.
Hidup ni yang penting, supaya kita mewah di mata Allah SWT. Kan hidup ni tujuan mati. Jadi buatlah pilihan yang tepat.
Oh, kutlah ada yang terbuka hati nak tanya macam mana nak join bisnes yang MD buat ni. Boleh je Whatsapp di 016 773 1892. Insyallah MD kongsikan lagi pengalaman.
1 comments
"4- Tak payah jual produk"
ReplyDeleteDENGAN sendiri jangan join benda 2...