Sabun Basuh Baju Baby Pilihan No 1 Ibu di Malaysia!

Thursday, September 10, 2015

Dulu masa belum ada anak, MakDara (MD) ingatkan sabun basuh baju baby tu serupa je dengan sabun yang pakai kat rumah. Rupa-rupanya lain tau.

Yelah untuk baby mestilah nak guna sabun basuh yang selamat. Dan paling penting takde bahan kimia, supaya terpelihara kulit bayi.

Kulit bayi kan lembut, sayanglah kalau awal-awal lagi dah terkena penyakit kulit macam ekzema. Masa mula mengandung anak pertama tu, dah mula cari sabun apa yang sesuai.

Sabun pertama yang MD guna brand Pegion. Alah mak-mak sure kenal brand ni kan? Takde bahan kimia, selamat dan bau pun sedap.

Tapi yang kuantitinya sikit. Dan cepat habis. Lagi pulak macam leceh nak basuh asing-asing baju adik dengan baju kakak.

Yelah MD ni jenis yang nak cepat. Asing-asing ni macam buang masa. Sudahlah masa tu kerja. Hish takkanlah sampai nak basuh 3-4 kali kan?

Senang satu kali baju MD dan suami. Sekali lagi baju anak-anak. Settle!

Payah juga nak cari sabun basuh baju yang selamat tanpa kimia kat kedai. Kalau ada pun harga mak aih. Mahal kut. Lepas tu kat tempat-tempat tertentu je.

Payah nak dapat.

Dulu MD ni pengguna tegar sabun A*****, jadi memang agak payah nak tukar ke sabun lain. Sampailah bila dapat anak yang ketiga, barulah nak cuba sabun Shaklee iaitu Fresh Laundry Concentrated.

sabun basuh baju, sabun basuh baju baby, sabun basuh baju bayi, sabun basuh pakaian baby, basuh baju bayi, basuh baju bayi, basuh baju guna tangan, basuh baju baby baru beli, basuh baju bundle, basuh baju putih


Payah kut nak basuh banyak kali. Rasa leceh sangat.

Senang satu sabun untuk semua baju termasuk baju baby. 

10 Sebab Kenapa Fresh Laundry Sabun Basuh Baju Pilihan No 1 Ibu di Malaysia?


  1. Dibuat dari bahan semulajadi dan selamat 100%

  2. Tiada bahan kimia

  3. Hipoalergenik (tak memberikan kesan alahan atau alergik)

  4. Tanpa klorin (tak merbahaya)

  5. Boleh guna untuk semua fabrik

  6. Satu kotak boleh guna sehingga 3-4 bulan 

  7. Ianya berkepekatan tinggi, tak payah guna banyak-banyak

  8. 1 auns sahaja dah cukup untuk cucian muatan sederhana

  9. Berkesan dalam semua jenis suhu air

  10. Dan mesra alam


Tapi ada lagi yang buatkan sabun basuh baju ni special. Nak tahu apa?

Walaupun beberapa hari terlupa nak sidai, bau baju yang dicuci tetap segar. Tak hapak langsung. Lagilah bila musim hujan, dua tiga hari di ampaian atau sidai dalam rumah, ianya tetap segar.

sabun basuh baju, sabun basuh baju baby, sabun basuh baju bayi, sabun basuh pakaian baby, basuh baju bayi, basuh baju bayi, basuh baju guna tangan, basuh baju baby baru beli, basuh baju bundle, basuh baju putih


Sebenarnya sabun basuh baju adalah bahan kimia yang sangat merbahaya untuk anak-anak. Kadang bla ibu bapa terlepas pandang atau cuai, dengan letak je sabun di kawasan yang anak boleh capai.

Bila kita guna sabun yang semulajadi, walaupun cuai. Anak termakan atau terjilat, tiada mudarat atau komplikasi yang akan berlaku.

Bayangkan kalau mereka terminum atau termakan sabun berkimia tu. Bahaya je, boleh membawa kepada kematian. Lagipun cuba korang perhatikan bungkus sabun yang biasa di kedai. Menarik bukan? Warna warni. Kalau kita sendiri 'attracted', macam mana pula dengan anak-anak?

Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan bila dah terhantuk, baru terngadah.

Kadang ada juga timbul rasa pelik. Kita beriya nak bagi yang terbaik untuk bayi, sabun pun special. Tapi kita boleh biasa-biasa je guna sabun yang penuh chemical kat anak-anak yang dah besar dan diri sendiri.

Apakah dah tak penting lagi nak beri yang selamat untuk seisi keluarga? 

Mungkin dulu korang tak tahu, takde pilihan.

Sekarang pilihan ada depan mata, Fresh Laundry Shaklee. Lagipula setiap dari kita bertanggungjawab ke atas alam sekitar.

Sudahlah bumi pun sudah tua. Jadi jomlah kita sama-sama tukar kepada sabun basuh baju yang lebih selamat, tanpa kimia dan mesra alam.

Bagaimana nak beli sabun pilihan Malaysia ni? Boleh klik sini BELI FRESH LAUNDRY SHAKLEE. Boleh guna debit atau kredit kad korang.

Atau nak beli melalui MD pun boleh, hanya Whatsapp/SMS 016 773 1892. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang pun.
    Bau pun segar kan.
    Paling penting ekonomi dan jimat.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube