Minum Susu Soya Untuk Ibu Hamil Kekal Bertenaga Walaupun Alahan Teruk

Monday, September 28, 2015

Pada awal kehamilan, hampir 90% ibu mengalami gejala loya dan muntah-muntah. Susu soya untuk ibu hamil adalah antara pilihan terbaik, supaya ibu kekal bertenaga walaupun asyik muntah dan alahan teruk.


Bayangkan ada ibu yang muntah tahap muntah hijau dan tak boleh nak makan apa-apa. Alahan yang teruk ini menjejaskan urusan harian.

Kalau ibu tu bekerja, sudah pasti dia terpaksa MC. Setakat dua tiga hari, takpelah. Tapi biasanya alahan ini sampailah usia kandungan 5-6 bulan. Dah tu takkan nak MC selama tu?

Tambah lagi bila ibu ada anak-anak yang lebih tua dan perlukan perhatian. Nak masak, nak suap makan, main dan macam-macam lagi. Habis tu macam mana ibu larat kalau asyik muntah dan perut kosong. Mesti tak sampai hati nak terbaring je dan biarkan anak.

Oleh itu pengambilan susu soya ibu hamil ini membantu ibu mengawal alahan supaya tak muntah teruk dan boleh buat urusan harian seperti biasa.

Pengalaman Minum Susu Soya Untuk Ibu Hamil

susu soya untuk ibu hamil, soya ibu mnegandung, soya ibu hamil, minum soya bagi ibu hamil, minum soya untuk ibu mengandung, bahaya soya, supplemen ibu hamil, supplemen ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin hamil,

Waktu mengandung anak pertama dan kedua, MD langsung takde alahan. Rasa beruntung sangat, sebab tengok kawan-kawan lain bila mengandung ramai yang melepek sebab muntah teruk.

Tapi bila masuk anak ketiga, nah rasakan....masa tu baru tahu erti alahan sebenar. MD langsung tak boleh nak makan, bau nasi je pun dah rasa nak muntah.

Memang lemahlah badan, awal-awal minggu tu asyik MC je. Tapi bila bos dah mula tanya, tak sedaplah kan. Lagipun kesian kat Rayna dan Sofhea, macam dah kurang kasih sayang. Habis tu ibunya asyik terbaring je.

Memang pun selama ni MD dah amalkan minum soya, lagipun baik untuk menyusukan anak. Susu bertambah dan pekat.

Jadi bila dah mula muntah tu takut nak cuba apa-apa. Tapi ada kawan kata, elok minum susu soya ibu hamil ni supaya boleh sihat macam biasa. Walaupun masih ada alahan.

Berat pun turun sampai 4 kg masa awal-awal tu. Risaulah juga kan. Tu yang cuba juga untuk minum soya semula. Masa nak minum tu takut juga, yelah karang termuntah dan dan tu jugak.

Alhamdulillah, tak muntah pun. Dan MD boleh rasa badan kembali bertenaga. Walaupun dan berminggu tak makan nasi.

Jadi diet masa alahan tu hanya susu soya untuk ibu hamil aka ESP, air kosong dan kurma. Lepas dah 5 bulan baru boleh makan macam biasa.

Rupa-rupanya alahan teruk tu sebab MD nak dapat baby boy. Lain-lain anak, lain-lain ragam masa mengandung.

ESP Susu Soya Untuk Ibu Hamil?


MD tak simply minum soya yang dalam kotak tu. Satu sebabnya susu soya tu biasanya tinggi kalori sebab banyak gula. Dan banyak pengawet dan perisa.

Yelah kan hamil, mestilah risau takut apa-apa jadi dengan kandungan.

Dan MD pastikan soya tu adalah soya asli, bukan soya GMO.

Soya GMO ini adalah jenis soya yang dihasilkan secara pengubahsuaian genetik untuk penuhi keperluan industri makanan. Ia rendah nutrisi, bahaya kepada kesihatan dan boleh menjadi punca berlakunya kanser.

Jadi sebaiknya elakkan dari mengambil soya GMO. Pastikan bila nak beli apa saja makanan atau minuman soya, ia mesti soya non-GMO.

Sebab itulah MD pilih ESP sebagai susu soya untuk ibu hamil. ESP atau Energizing Soy Protein diperbuat dari 30kg soya non-GMO.

Penghasilannya adalah di bawah 'Identity Preservation Program'. Program ini telah mengiktiraf dan mengesahkan bahawa kacang soya yang digunakan telah dikawal rapi daripada proses penanaman sehingga ia menjadi serbuk soya.


10 Kebaikan ESP Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Umum diketahi yang protein ini adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan semasa hamil. Tapi ESP dapat beri lebih lagi. Antara kebaikannya:

1- Kekal Bertenaga Walaupun Alahan

ESP ni mempunyai indek glisemik yang rendah. Di mana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan rasa bertenaga untuk jangka masa yang panjang.

2- Kurang Rasa Nak Muntah

Tengah alahan makan apa pun tak lalu. Seeloknya ambil makanan yang lambat hadam macam ESP.

Dengan itu kuranglah angin masuk dalam perut. Tak makan nasi, tapi tetap rasa perut terisi. Taklah teruk muntah-muntah.

3- Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Terima kasih kepada indek glisemik rendah dalam ESP. Sifatnya yang lambat dicerna menyebabkan ibu akan rasa kenyang lebih lama.

Baik untuk ibu yang sukar nak makan semasa awal kehamilan. Selain itu juga baik untuk ibu yang terlebih selera makan semasa kehamilan. Risiko obesiti dapat dibendung.
susu soya untuk ibu hamil, soya ibu mnegandung, soya ibu hamil, minum soya bagi ibu hamil, minum soya untuk ibu mengandung, bahaya soya, supplemen ibu hamil, supplemen ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin hamil,

4- Berat Naik Dengan Sihat

ESP tak mengandungi kalori yang tinggi. Sebab ianya lansung takde gula tambahan. Sangat elok diminum ketika hamil supaya berat tak naik mendadak.

Dan senang nak turun berat semasa dalam pantang nanti.

5- Urusan Harian Lancar

Biasanya bila alahan akan banyak kerja tertangguh. Baik kerja di pejabat mahupun di rumah. Pengambilan susu soya untuk ibu hamil ESP ini menyebabkan ibu kuat untuk melawan alahan.

Urusan harian dapat dilakukan dengan baik.

6- Kurangkan Risiko Keguguran

Bagi ibu yang kerap mengalami keguguran, kekurangan protein adalah salah satu sebab utama. ESP dapat membekalkan protein yang cukup bagi mengelak masalah ini.

7- Bayi Membesar Dengan Baik

Protein secukupnya diperlukan oleh ibu bagi memastikan bayi membesar dengan baik di dalam perut. Ia mengandungi zat dan nutrisi yang sangat membantu perkembangan otot dan otak bayi. 

Selain itu, ESP membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan cantik. Bayi yang bakal lahir Insyaallah sihat sempurna dan comel.

Seronok bila boleh jalani detik kehamilan dengan badan dan emosi yang sihat. Bila terkenang waktu hamil tu, MD rasa macam nak mengandung balik. Tapi tu lah, encik boss kata "kita fokus yang tiga ni dulu". 

Jadi bagi ibu-ibu yang sedang hamil dan alahan teruk sampai lembik. Bolehlah cuba apa yang MD amalkan, minum susu soya untuk ibu hamil.

Nak order? Boleh Whatsapp/SMS 016 773 1892.

Kalau nak beli terus via online pun boleh, klik je SUSU SOYA UNTUK IBU HAMIL

Setiap pembelian layak menerima KONSULTASI EKSKLUSIF dari MD. Barulah berbaloi bila membeli.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube