Cinch Tea Kurus Tanpa Senaman Sesuai Buat Yang Busy Nak Bersenam
Thursday, September 17, 2015Hah sama macam MakDara(MD), suka sangat kurus tanpa senaman. Bukan apa, rutin WAHM buat MD selalu terlepas waktu nak bersenam. Tapi nekad nak kurus tu masih tebal.
Akhirnya MD berjaya. Kejayaan yang paling win, bila MD boleh sarung seluar jeans sebelum kahwin tanpa tersekat kat mana-mana. Dulu kalau ya pun boleh sarung, lepas kancing seluar tu rasa nak pengsan tak cukup nafas.
Bila nak gerak terasa macam robot, tak cukup ruang untuk lelemak. Risau macam nak tetas benang-benang. Yalah perempuan manalah yang tak nak kurus lepas lahirkan anak.
Pernah MD cuba diet tak makan nasi, tapi tak tahan. Buat senaman, tapi asyik gagal je. Tu yang MD pilih kurus tanpa senaman dengan Cinch Tea.
Apa Benda Cinch Tea Ni?
Cinch Tea atau nama sebenarnya Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Bukan sekadar teh biasa. Antara banyak-banyak produk Shaklee yang ada, Cinch Tea nilah yang MD paling suka.
Korang biasa dengar teh hijau je kan?
Tapi Cinch Tea yang MD minum ni dibuat dari campuran empat jenis teh:
1. Matcha Green Tea Powder
- Teh hijau sangat terkenal untuk tingkat metabolisma
- Selain itu kaya antioksidan
- 5 kali teh hijau sehari boleh buat pinggang mengecil
2. Ekstrak Teh Merah
- Mengandungi polifenol iaitu pejuang kanser yang paling kuat
- Tinggi dengan antioksidan
- Melawan kerosakan sel badan akibat radikal bebas
- Baik untuk mencegah kanser
- Juga bertindak menghalang tumor dari merebak
3. Ekstrak Teh Putih
- Ia adalah pucuk atau daun muda teh hijau
- Lebih tinggi kandungan antikosidan
- Proses yang sangat minima membuatkan nutrisi teh putih ini terpelihara
- Membantu membakar lebihan kalori dengan lebih cepat
4- Rooibos Red Tea Extract
- Berasal dari Afrika
- Juga kaya dengan polifenol
- Mengawal sedia 'glucose metabolism' supaya glukos bertukar menjadi tenaga
Gabungan empat teh ini yang menjadikan ianya sangat istimewa sehingga boleh kurus tanpa senaman tau.
3 Sebab Yang Buat MD Jatuh Chenta Kat Cinch Tea
1- Kurus Tanpa Senaman
Memang tak senam langsung kecuali sibuk dengan urusan bisnes dan rumahtangga. MD suka minum Cinch Tea ni lepas makan tengahari.
Terus rasa berpeluh-peluh dan bertenaga. Tak lemau.
Sebulan lepas amalkan setiap hari, terasa t-shirt yang sendat macam buah nangka dah longgar. Lepas tu yang paling confirm lagi, bila suami MD kata "Dear, you dah kurus lah". Suami MD bukan jenis yang suka puji tak pasal-pasal. Kalau dia kata tu betullah. Sama juga bila dia kata MD dah montel masa dulu.
2- Mantap Waktu Berjaga Malam
Sebab paling utama buat MD stayed up dengan jayanya, tanpa mengantuk siap boleh fokus buat kerja. Siang mana ada masa sangat nak buat kerja, jadi ambil waktu tidur untuk siapkan kerja-kerja yang tertunggak.
Sekali minum, terus mana buntang sampai esok. Walaupun tidur setakat 3-4 jam, tetap alert dan tak rasa bengong esoknya tu.
3- Fokus Memandu Waktu Malam
Maklumlah kampung MD dan suami jauh. Balik JB ok lagi 4 jam. Tapi balik Kelantan, 8 jam paling awal.
Sah-sahlah mengantuk kalau drive, hilang fokus. Kiteorang suka gerak waktu malam.
Siap-siap MD bancuh dengan ais lemon tea bagi suami minum. Bagus dia kata, sebab hilang mengantuk. Jadi MD pun boleh curi-curi tidur kejap.
Bila nak kurus ni, kena kenal pasti jenis diet apa yang sesuai dengan badan masing-masing. Macam MD memang suka makan semua benda. Dan paling sedih kalau tak makan nasi.
Lagipun Kevin Zahri ada kata, nasi tak salah pun. Jadi MD buat diet kira kalori. Maknanya kira anggaran kalori yang masuk dalam perut.
Dengan itu MD berjayalah kurus tanpa senaman. Dikuasakan lagi dengan Cinch Tea ni yang buat metabolisma badan bertambah. Jadi kalori lebih senang dimusnahkan.
Tips MD Kurus Tanpa Senaman Dengan Cinch Tea
Mungkin ada yang tanya macam mana MD buat diet ni, jadi disini ada tips mungkin boleh jadi panduan korang yang nak kurus tapi malas nak senam:
1- Makan Nasi Segenggam
Ini rule Kevin Zahri, makan satu genggam nasi. Atau lebih kurang 1/2 senduk nasi setiap kali makan.
Jangan menipu diri sendiri, ambil satu genggam nasi, tapi saiz genggam gergasi. Itu tak adil tau!
2- Jangan Tambah
Rasa lapar lepas makan senggam nasi? Caranya buat tak tahu. Katakan pada diri, ok dah cukup, aku dah kenyang.
Jangan cuba-cuba nak tambah walaupun suku sudu. Minum air kosong supaya rasa lebih kenyang selepas makan.
3- Lebihkan Sayur dan Lauk
Bagi yang tak suka sayur, boleh makan buah banyak-banyak. Cuma kena hati-hati ada buah yang banyak gula dan tinggi kalori.
Tapi kalau sayur hijau, dua tiga mangkuk pun takpe. Tapi pastikan kurang minyak ye sayur-sayuran tu.
Lauk pauk pula boleh ambil macam biasa, agak-agaklah. Takkan nasi segenggam lauk penuh satu pinggan kan. Elakkan yang bergoreng dan masak lemak.
4- Tingkatkan Metabolisma
Metabolisma ini adalah satu proses dimana badan menukarkan makanan kepada tenaga. Bila umur meningkat kebiasaannya metabolisma ini pasti menurun.
Sebab itulah walaupun makan nasi segenggam, tapi tak jugak kurus-kurus.
Jadi MD pilih Cinch Energy Tea Mix untuk up kan metabolisma. Barulah best dan senang nak kurus tanpa bersenam ni.
5- Buat Kerja Rumah
Disebabkan MD payah nak bersenam atas kekangan masa. Jadi alternatif yang ada adalah membuat kerja rumah.
Seperti memasak, vacum dan mop rumah dan macam-macam lagi kerja lain.
Ya, jangan tak tahu sejam memasak boleh bakar 150 kalori tau. Jadi rajin-rajinlah masak, tapi malas-malaskan makan.
6- Minum Dua Liter Air
Air adalah elemen paling penting untuk kurus. Ia umpama minyak, kalau minyak takde macam mana kereta nak jalan. Jadi samalah seperti air.
Cukup air barulah proses bakar lemak menjadi lebih lancar.
7- Elak Roti Dan Biskut
Siapa kata roti dan biskut makanan ringan? Nampak je, tapi kalori dia terlebih-lebih dari nasi. Dan lagi bahaya disebabkan indek glisemiknya yang tinggi.
Maksudnya bila makan cepat lapar. Kalau makan nasi tu tahan lebih lama.
Nak tahu tak ada satu makanan yang boleh tahan lapar lebih lama dari nasi? Makanan tu adalah soya. MD pastilah pilih soya kelas satu tanpa kolestrol Energizing Soy Protein.
Jadi kalau nak makan snek pun, pilih yang sihat. Macam roasted nuts ataupun kurma.
Seronok tau, bila baju-baju yang selama ni duk merap dalam almari boleh pakai balik. Rasa longgar dan lebih yakin!
MD masih teruskan tips yang dikongsikan tu. Dan sesekali MD puasa Isnin Khamis. Tapi ingat puasa tu niatkan kerana Allah.
Kurus tu satu bonus je sebab berpuasa. Jadi kalau korang nak kurus tanpa senaman, bolehlah cuba Cinch Tea ni.
Bagi yang nak beli tu bolehlah terus WA/SMS di 016 773 1892. Atau boleh terus beli dengan klik BELI CINCH TEA dan ikut arahan lanjut.
Setiap pembelian layak mendapat konsultasi khas dari MD. Jom kurus dan sihat ramai-ramai.
4 comments
ho..ho...tip yang amat menarik..terutama untuk jadi kurus..
ReplyDeleteSerius? Sejam memasak boleh bakar banyak kalori? ini berita baik ni..nak bagitau isteri supaya dia lebihkan masanya didapur memasak makanan yang best-best untuk saya..hehe...
ReplyDeleteUncle dah lama makan nasik segenggem ni... tapi segenggam tangan king kong lah...
ReplyDeletehehe
buatlah sesuatu untuk kurus atau jaga kesihatan akan datang tak rugi mana pun ya dak
ReplyDelete