Tips Anak Sihat Bijak
Apa Nak Buat Dengan Anak Yang Asyik Kacau Gadget Kita?
Wednesday, March 25, 2015
Siapa ada anak mesti pernah rasa macam ni kan? Anak kacau gadjet tak kira masa.
Lagi-lagilah bila gadget tu penting, bila mak-mak yang berniaga online. Bila anak conquer gadget je, komplen tak boleh update blog, tak boleh nak balas SMS/Whatsapp customer dan nak buat promo kat FB pun payah.
Dah jadi macam anak tu beban pulak. Padahal sebab buat bisnes online ni nak jaga anak sendiri kat rumah.
Habis tu macam mana nak buat?
Mak Dara pun pernah hadapi masalah begini. Anak asyik je nak kuasai gadjet. Bila mintak balik, MD takut anak mengamuk.
Tapi lepas MD tengok video Puan Lyna ni. Barulah dapat cara yang terbaik untuk elak anak kacau gadget MD.
Jadi kalau korang pun ada masalah yang sama, anak asyik mengacau je. Bolehlah tengok video ni:
Tips Kawal Anak Dari Ketagih Gadjet
1- Jangan Charge Penuh Gadjet
Charge dalam 15%-20% je. Secara tak langsung ia boleh limit penggunaan gadjet oleh anak.
2- Sorokkan Gadjet
Jangan biar gadjet bersepah dekat runah. Atau letak kat tempat yang anak boleh capai. Letak di tempat yang sesuai atau sorokkan.
3- Alih Perhatian Anak
Bila anak minta gadjet, cepat-cepat alih perhatian dia. Contoh offer mandi kolam ke, main kat playground ke, atau apa saja aktiviti kesukaan anak.
4- Buat Rules
Tunjukkan siapa BOS, mak dan ayah adalah bos di rumah. Bukan anak. Jika dia nak main gadjet tetapkan masa dan tempoh dia boleh bermain. Selepas itu minta semula dan simpan. Jangan berlembut.
5- Jangan Ajar Passcode/Password
Jangan sesekali ajar cara unlock gadjet. Atau rahsiakan saja passcode/password itu.
Rujukan: saatkukaupilih.blogspot.com
Rujukan: saatkukaupilih.blogspot.com
Anak-anak ni kita mak bapak yang acu. Jangan biar mereka buat keputusan sendiri, sebab akal mereka belum matang. Didiklah moga jadi insan cemerlang dunia dan akhirat.