ESP Shaklee: Berkebun Walaupun Puasa!

Thursday, June 27, 2013

Bulan puasa hampir tiba. Dah ready zahir batin nak kembali berpuasa? Bulan puasa bukan bulan letih lesu. Ambil sesuatu untuk kekal bertenaga. Seperti ESP Shaklee, masih tetap berkebun walaupun berpuasa. Tiada alasan untuk jadi lemah dalam bulan puasa nie. Ambil makanan yang baik semasa berbuka dan bersahur. Supaya di waktu siang, kekal buat kerja-kerja yang rutin.

Siapa patut ambil ESP Shaklee waktu bulan puasa?
  • Ibu menyusukan anak yang risau susu tak cukup
  • Ibu mengandung yang lemah, tak larat
  • Orang yang ada penyakit gastrik, pedih perut waktu puasa
  • Anak yang mula berpuasa
  • Dan sesiapa sahaja yang mahu ibadah puasa jadi lebih berkualiti
Kenapa ESP Shaklee? Apa Kebaikan?
  • Bersifat indek glisemik rendah. Ianya akan dihadam secara perlahan-lahan oleh perut. Jadi tenaga juga dilepaskan perlahan-lahan dan konsisten. 
  • Bagi ibu yang susukan anak, ESP membantu menghasilkan susu yang sama kuantiti dan kualiti. Kadar protein yang tinggi akan menghasilkan susu ibu yang baik. Lagipun, protein adalah elemen penting dalam menghasilkan susu ibu.
  • Bagi ibu yang mengandung. Index glisemik rendah ESP, beri kesan ibu kekal bertenaga. Jika terlewat bangun sahur, ambil kurma dan bancur ESP bersama susu. Insyaallah, ibu takkan keletihan teruk di bulan puasa.
  • Untuk penghidap gastrik, sifat alkali ESP membantu seimbangkan asid di dalam perut. Jadi perut takkan berasa pedih. Perut yang terhakis juga dapat dipulihkan, ESP membantu bina sel-sel baru. Jika konsisten pengambilan ESP. Gastrik hilang, dan puasa pun dapat penuh.
rawatan gastrik, punca gastrik, ESP Shaklee Ubat Gastrik, Kebaikan ESP Shaklee
hilang macho, bila tak puasa
  • Pasti ramai anak-anak yang mahu mula berpuasa. Bantulah anak-anak. Campurkan sedikit ESP di dalam minuman. Insyaallah esok harinya, pasti anak tak susah nak puasa lagi.
  • Semua orang patut merasakan kebaikan ESP Shaklee nie. Jika orang yang dalam keadaan tertentu pun merasakan kebaikan. Apatah lagi orang yang tiada sebarang halangan atau masalah ketika berpuasa. Tambahkan ESP Shaklee sebagai menu sahur dan berbuka. Insyaallah penuh solat terawih, dek kerana badan yang fit dan bertenaga.
kebaikan ESP Shaklee, khasiat ESP Shaklee, kelebihan ESP Shaklee
ESP Shaklee Terbaekk...

Bulan puasa bukan bukan santai-santai. Nabi Muhammad kesayangan kita, berperang di bulan puasa. Penuhkan Ramadan ini dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Apa yang perlu dielakkan:
  • Pergi ke bazar-bazar Ramadan
  • Menghabiskan masa dengan tidur
  • Terperap di depan televisyen
  • 24 jam melayari FB
  • Atau, google gambar-gambar makanan yang pergghh
Bukan tak boleh langsung, buatlah berpada-pada. Jika pergi ke bazar pun, hanya beli sedikit sahaja. Ingat! waktu berbuka bukan waktu 'melantak'. Tiru sunnah Rasulullah, makan kurma minum air dan bersolatlah dulu. Lepas tu baru makan. Insyaallah perut pun tenang waktu nak terawih nanti.

Tips lain untuk kekal bertenaga:
  • Minumlah air yang cukup waktu berbuka hingga ke sahur
  • Elakkan makanan yang berlemak-lemak
  • Makan cara berkhasiat dan sederhana
  • Sahur dan berbuka dengan kurma
  • Juga, mohon pada Allah agar puasa kali nie diberkati
Puasa bukanlah hanya tak makan. Jaga mata, mulut dan perbuatan. Cuba dapatkan puasa bagi orang-orang yang beriman. Rugi kalau puasa dapat lapar je. Jadikan puasa kali nie bertenaga. Barulah seronok! Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat. Salam Ramadan.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube