Puting Luka: 8 Punca Paling Popular

Tuesday, June 04, 2013

Menyusukan anak memang indah. Tapi bila puting luka. Yang indah pasti bertukar jadi pahit dan pedih. Menahan sakit juga menahan sedih kesian tengok anak jika terpaksa berhenti menyusu. Puting luka adalah masalah biasa bagi ibu baru. Tapi bila dah berlanjutan ini satu masalah besar. Menyusukan anak patutnya sesuatu yang indah, bukan menyakitkan. Jika masih sakit, maknanya ibu perlu lakukan perubahan. Dapatkan bantuan rakan-rakan penyusuan, atau kaunselor penyusuan.

8 Punca Paling Popular, Puting Luka

1.Bayi Sukar Melekap
Ini sebab yang paling 'glamour'. Lekapan bayi tak sempurna semasa menyusu. Bayi hanya menyusu di puting. Ini adalah amalan yang salah. Sebenarnya bayi perlu menyusu pada sebahagian besar aerola. Ibu hendaklah membawa keluar puting susu, jika lekapan bayi tak sempurna. Puting akan dihimpit kuat oleh lelangit bayi, ini yang menyebabkan puting boleh luka.

Cara pastikan bayi menyusu dengan baik. Tunggu bayi buka luas mulut. Masukkan sebahagian besar aerola ke dalam mulut bayi. Jika masih belum sempurna. Jangan tarik puting keluar. Masukkan jari pada hujung mulut bayi dan letakkan di atas lidah bayi. Penyusuan akan terhenti secara lembut. Ulang semula hingga berjaya dan tak sakit. Jika luka teruk, gunakan cream khas untuk hilangkan luka. Ada pelbagai cream untuk puting luka dipasaran. 

puting luka, sore nipple, bayi kurang berat badan

2. Tongue-tie
Lidah terikat. Ini terjadi bila lidah bayi bersambung dengan bahagian bawah mulut bayi. Pergerakan lidah bayi yang terbatas menyukarkan bayi untuk menyusu. Tongue-tie dapat dikesan. Bayi tak melekap sempurna dan kerap terlepas puting susu ibu. Bayi kerap kali menyusu tapi berat badan tetap tak meningkat.

Masalah ini boleh diselesaikan. Bawalah bayi berjumpa dengan doktor. Pembedahan kecil akan dilakukan bagi melepaskan lidah bayi.

3. Kulat Susu @ Thrush
Jika ibu merasa sakit seperti terbakar, mencucuk-cucuk pada payudara. Itu adalah tanda payudara telah dijangkiti kulat. Ubat anti-fungal akan diberikan oleh doktor. Perlu disapu pada bahagian yang ada kulat. Oleh kerana punca masalah ini adalah dari mulut bayi. Ubat anti-fungal juga perlu disapu pada bayi. Dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum menyapu.

4. Penyakit Raynaud
Sakit ini jarang berlaku. Tapi ada ibu yang diserang sakit ini kerana penyakit keturunan. Bila terdedah pada udara sejuk, ibu akan rasa nak demam. Dan sakit mencocok di kawasan, jari, mulut juga di puting susu.

Jadi bila menyusukan anak, pilih bilik yang 'warm' dan pakai baju yang agak tebal. Mandi dengan air suam juga membantu mengurangkan kesan penyakit ini. Stress juga adalah punca penyakit ini. Jadi, uruskan stress ibu. Ambil makanan yang ada kandungan B Complex untuk kurangkan stress. Atau lebih mudah ambil B Complex Shaklee dalam diet harian.

5. Ekzema atau Dermatitis
Jika puting ibu gatal dan seperti terbakar. Mungkin itu adalah tanda ekzema atau dermatitis. Penggunaan cream, lotion atau sabun tertentu menyebabkan masalah ini.

Cara atasi, basuh puting dengan air biasa. Jika berlanjutan boleh berjumpa dengan doktor. Atau cuba guna cream, sabun, atau lotion yang tiada bahan kimia.

6. Bayi Nak Tumbuh Gigi
Ini juga perkara biasa. Sesetengah bayi gemar mengigit ketika mahu tumbuh gigi. Orang tua kata, gusi bayi gatal.

Cara atasi, tunggu sehingga lidah bayi menyentuh puting ibu. Kemudian dengan pantas posisikan payudara ke arah mulut bayi. Ingat, bayi yang lebih berumur lebih bijak. Bayi akan masukkan semula lidahnya dan akan menyebabkan puting ibu digigit. Jadi ibu perlu lebih pantas dari bayi.

Jika bayi mengigit, keluarkan puting secara perlahan. Dan masukkan semula aerola dengan sempurna. Atau jika bayi sudah besar sedikit, bertahu bayi jika dia menggigit, maka tiada susu akan diberi.

Puting ibu menjadi lebih lembut dan sensitif semasa mengandung. Jika puting luka, sapukan cream khas 'purified lanolin ointment' untuk legakan kesakitan.

8. Sakit Kerana Bra Atau Breast Pad
Bila 'bra' terlampau ketat, ia juga menjadi punca puting sakit dan terluka. Cuba gunakan 'bra' yang lebih selesa dan besar sedikit.

Jenis breast pad yang dibuat dari 'plastic lining' akan menbuatkan kulit tak bernafas. Peluh akan bertakung dan menyebabkan gatal dan radand. Cubalah guna breast pad dari bahan semulajadi. 

cara penyusuan yang betul, cara penyusuan susu ibu

Adakah Puting Luka Beri Kesan Pada Bayi?

Tiada kesan pada bayi. Tapi puting luka adalah salah satu tanda bayi tak mendapat khasiat sepenuhnya dari susu ibu. Tanda-tandanya: 

  • bayi tak naik berat badan dengan cukup
  • ambil masa yang sungguh panjang ketika menyusu
  • kerap kali mahu menyusu
  • bayi meragam dan nampak tak puas walaupun disusukan lama

Jadi ibu mesti perhatikan perkara ini. Jika bayi naik berat dan tak meragam. Ini bermakna bayi mendapat sepenuh khasiat dari susu awal dan susu akhir dari ibu.

Tak perlu risau. Walaupun puting luka, ibu masih boleh terus menyusukan bayi. Namun, jika sakit luka makin teruk, jumpalah doktor dan dapatkan nasihat pakar penyusuan. Jangan biarkan cabaran puting luka, menghentikan penyusuan susu ibu. Kan setiap masalah ada penyelesaian.

Dan ingatlah setiap titik susu dan jerit payah menyusukan anak akan diberikan ganjaran. Insyaallah. Ingat menyusukan anak bukanlah semata-mata sayangkan anak. Tapi ianya adalah tuntutan syariat. Didoakan agar semua ibu yang hadapi cabaran ini akan kuat dan dapat menghadapi cabaran dengan tenang.

Tips lain untuk hilang rasa sakit. Semasa susukan anak, lihat dan tenung muka comel anak. Atau fikirkan sesuatu yang indah-indah. Harap tips ini dapat membantu ibu-ibu semua.

Selamat menyusukan anak.

Nota: Jika berminat nak dapatkan Set Tambah Susu Ibu Super Bajet, bolehlah hubungi saya. Harga pasti istimewa!

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube