Mengandung dan Menyusukan Tidak Mustahil

Tuesday, January 22, 2013

Ramai ibu-ibu yang risau, perlukah berhenti susukan anak jika mengandung lagi. Macam orang-orang tua kata, berhentilah susukan anak, kesian bayi dalam perut. Sebenarnya mengandung dan menyusukan adalah perkara yang tidak mustahil.

Paling penting, ibu perlu menjaga kesihatan dan ambil makanan seimbang, dan lebih baik jika makanan tambahan juga disertakan semasa tempoh tersebut. Mengandung sahaja sudah perlu makanan tambahan, apatah lagi mengandung dan menyusukan.

Pengalaman saya sendiri, berjaya susukan anak hingga genap 2 tahun walaupun tempoh kandungan sudah mencecah 6 bulan. Alhamdulillah! Cita-cita menyusukan anak hingga 2 tahun berjaya dicapai. Saya pastikan yang saya mengambil makanan yang seimbang dan juga menjaga kesihatan. Juga paling penting tak pernah meninggal makanan tambahan semasa mengandung dan menyusukan. Tentulah saya percayakan Shaklee. Set mengandung yang doktor sendiri sahkan kebagusannya, tiada ubat dari hospital sepanjang tempoh tersebut. Hanya makanan sihat dan set mengandung Shaklee.

Untuk terus menyusukan anak walaupun mengandung, ibu-ibu perlu lengkapkan diri dengan ilmu, jadi saya kongsikan tips sebagai panduan semua:

Ketahui Hakikat
Susu ibu bukan lagi makanan utama selepas bayi 6 bulan. Jika ibu mengandung selepas tempoh bayi 6 bulan, ibu tak perlu risau akan nutrisi untuk anak kecilnya. Sudah tiba masanya anak menikmati makanan sebenar yang penuh khasiat. Susu ibu tetap menjadi pelengkap kepada anak kecil anda.

Ngilu Pada Puting
Ini adalah hal yang biasa, bahagian puting menjadi lebih sensitif. Ini adalah kerana tubuh badan ibu sedang berubah untuk sedia menyusukan sekali lagi.

Posisi Penyusuan Yang Paling Sesuai
Oleh kerana bentuk badan yang berubah, ibu perlu 'explore' posisi penyusuan yang selesa bagi anda dan anak kecil. Posisi mengiring adalah yang paling selesa.

Nikmati Detik Penyusuan
Usah gusar, nikmati masa menyusukan si kecil. Rasakan tangan kecil meraba-raba perut anda, dan baritahulah si kecil yang ada di dalam adalah kawan mainannya.

Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing
Tandem nursing adalah menyusukan anak ketika mengandung dan seterusnya menyusukan kedua-dua nak secara serentak. Kelebihannya anak-anak anak menjadi lebih rapat dan mesra.


Percayalah kepada rezeki, walaupun kemungkinan susu akan merudum itu mungkin akan terjadi. Teruskan susukan anak, bukan kuantiti yang penting, kualiti adalah lebih penting semasa menyusukan anak lebih 6 bulan. 

Juga sediakan air kosong untuk anak, kerana kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. Susu ibu akan menjadi masin kerana kehadiran sodium yang lebih. Ini akan menyebabkan anak mudah merasa haus.

Yakinlah pada diri mengandung dan terus menyusukan tidak lah mustahil. Selamat mengandung juga menyusukan si kecil.

sumber: lunafamily

Hubungi saya untuk set mengandung Shaklee dengan harga yang istimewa.

Suriya Majid
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube