shaklee
5 Salah Faham Tentang Vitamin, Ini Penjelasannya dan Tolonglah Fahami
Thursday, June 08, 2017
Masih ramai lagi yang salah faham tentang vitamin. Lebih parah lagi, ada yang memilih untuk tak mahu faham. Akhirnya macam-macam pertuduhan dan fitnah yang tertimpa ke atas vitamin, suplemen atau makanan tambahan.
Nak pula kebanyakkan vitamin-vitamin ini dijual atas platform.
Makin bertambah parah salah faham tentang makanan tambahan ini.
Jadi sebagai pengedar makanan tambahan, Eray rasa terpanggil nak menjelaskan 5 jenis salah faham yang sering berlaku.
Penat sebenarnya nak layan isu-isu ni. Tapi terasa seperti satu tanggungjawab pula.
Maka terimalah, ikhlas dari hati seorang pengedar Shaklee.
sumber: http://www.executiveconciergemedicine.com/online-supplements/ |
1. Makan Vitamin Dah Tak Payah Makan Nasi
Ish ini gila! Paling gila...ya kami jual vitamin. Tapi kami masih macam manusia lain, tetap makan nasi.
Mana boleh kenyang makan vitamin je. Mahu mati kelaparan kalau duk telan vitamin je.
Tak sangka ada orang boleh fikir begini. Entah apa yang membuatkan dia berfikiran begini.
2. Makan Vitamin Untuk Lari Dari Makan Sihat dan Jadi Aktif
"Aku dah makan vitamin...so suka hati akulah nak makan pizza dua kati. Jadi aktif? Senam? Tak payah vitamin dah civer semua".
Ini pun satu jenis dongeng yang masih tak berkesudahan.
Apa tujuan ambil makanan tambahan? Tujuannya untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Dah namanya pun tambahan.
Tetap kena jaga makan, makan yang sihat dan seimbang.
Dan kena juga jadi aktif. Kalau tak suka bersenam, buatlah apa saja macam berkebun ke mop lantai hari-hari.
Faham?
3. Ada Penyakit Baru Cari Vitamin
Inilah satu situasi yang sering kami hidapi. Dah sakit baru nak cari vitamin.
Masa sihat tak pula dia terfikir nak amalkan vitamin. Yelah masa tu apa yang penting kereta, handphone.
Dan kalau ada lebih lagi, pergi bergembira makan dan minum kat luar. Vitamin? Huh memang tak daftar masuk langsung dalam fikiran dia.
Tapi bila dah sakit, barulah nak terhegeh-hegeh nak cari vitamin. "Ada tak vitamin untuk sakit macam saya ni ye?".
Lepas tu bila dah dicadangkan vitamin yang sesuai, dia boleh pula bijak bertanya "Betul berkesan ke vitamin ni?".
Air manis, kek, segala makanan hispter. Dan rokok yang haram tu tak pula dikisahkannya.....
4- Dah Tak Ambil Vitamin Sebab Dah Sihat
Oh ini satu lagi ajaran sesat. Yelah sebab mula ambil pun sebab sakit, habis tu dah tak sakit berhenti lah kan?
Ini salah. Vitamin bukan ubat yang merawatan penyakit. Tetapi membantu memastikan kesihatan yang berpanjangan. Berbeza bukan?
Kalau dia ambil vitamin untuk sakit kaki, bila dah berhenti vitamin. Kaki mulalah sakit-sakit balik. Lenguh sana, lenguh sini.
Mungkin rupa bentuk ubat dan suplemen yang seakan sama. Itu yang dia fikir suplemen ni sejenis ubat. Langsung tak sama ye.
5- Tak Nak Bergantung Pada Vitamin
Tanpa kita sedar dan tahu, makanan yang kita makan sekarang dah makin kurang nutrisi. Eray ada terbaca satu jurnal, nilai nutrisi tumbuhan sekarang berkurangan 5%-40% berbanding tumbuhan 50 tahun dahulu.
Apa taknya, akibat keperluan makanan yang meningkat pengusaha makanan terpaksa menggunakan teknik terkini dan tercanggih untuk tingkatkan hasil tanaman.
Kalau dulu boleh dituai 3-4 kali setahun. Tapi lepas guna teknik XYZ sebulan sekali dah boleh tuai.
Ini menjejaskan kualiti tanah. Tumbuhan jadi kurang mineral dan zat penting.
Dulu semangkuk bayam ok dah. Sekarang mau 4-5 mangkuk baru cukup. Tak pernah lagi Eray dengar orang yang boleh makan 4-5 mangkuk bayam sekali gus.
Nutrisi yang tak cukuplah membuatkan fungsi badan terjejas. Sampai kolestrol dan gula jadi tinggi.
Sebab itulah kita kena makan vitamin berterusan. Bagi menjamin nutrisi yang cukup.
Bukan sebab vitamin ada dadah ke apa ke.
Inilah
beza cara ubat & vitamin bekerja. Ubat merawat simptom penyakit.
Tapi vitamin, kembalikan fungsi badan agar tubuh kita cukup kuat untuk
melawan penyakit.
Vitamin bukanlah ubat berkemungkinan ada side effect. Macam Shaklee dijamin 100% selamat.
Tak ada sebab kan untuk berhenti makan vitamin. Apatah lagi vitamin Shaklee.
Kesimpulannya,
Rasanya sudah terang lagi bersuluh kan? Kalau tak faham juga, ini memang sengaja tak nak faham.
Harapnya lepas ini makin berkuranglah tuduhan yang tidak-tidak pada vitamin. Sekian!
Rujukan: iReach