Pengalaman Anak Kena Eczema Dan Minum Soya Waktu Hamil
Sunday, August 10, 2014
Ini cerita tentang anak saya yang pertama. Biasalah, anak pertama teruja nak jadikan bayi putih gebu. Tapi tak sangka pula anak kena eczema.
Masa mula kehamilan. Suami dan beberapa orang kawan-kawan suruh minum soya. Masa ni saya tak kenal Shaklee lagi. Jadi soya yang dimaksudkan adalah air soya kotak.
Saya pun punyalah bersemangat nak minum.
Sebab nak anak putih, gebu, cantik. Lagilah waktu saya saya mengandungkan anak perempuan.
Bersemangat nak minum soya. Tapi setiap kali telan air soya. Pasti saya muntah. Berangin satu badan.
Ada juga saya cuba-cuba nak minum. Tapi tak mampu.
Lagi pun masa tu, saya ada terbaca, kulit anak yang minum soya nie walaupun putih. Tapi mudah kena elergik, anak kena eczema.
Teruslah saya berhenti cuba minum air soya.
Genap 38 minggu hamil, maka lahirlah anak pertama saya.
Alhamdulillah walaupun tak putih gebu, tapi dia comel sangat.
Masa sebulan dua, tak nampak pun sebarang tanda yang Rayna ada ekzema. Tapi bila masuk bulan ke 5. Lehernya habis melecet melengas.
Padahal dah jaga elok-elok. Mandikan, letak losyen.
Last sekali terpaksa bawa pergi jumpa doktor. Bila sapu cream yang doktor bagi baru ok.
Tapi bila dah guna agak lama. Dah takde kesan dah cream tu pada ruam dia.
Rajinlah juga pergi balik klinik dulu sebab anak kena eczema.
Dah umur 5 tahun nie pun dia masih ada masalah kulit. Tapi bukan kat leher laki. Dekat pelipat kaki. Paling obvious lepas makan ayam. Habis dia menggaru sampai berdarah.
Tapi saya dah jarang sapu cream yang ambil di klinik, saya guna alternatif yang lebih selamat.
Tapi beza dengan adik-adik dia.
Sebab masa mula mengandungkan Sofhea dan Muhammad Ruwayfi memang dah ambil Set Hamil Shaklee. Termasuklah Energizing Soy Protein (ESP).
Saya suka sebab rasanya asli soya. Nak minum soya kotak selalu saya tak prefer sangat. Sebab banyak gula.
Paling best masa bulan puasa, waktu mengandungkan Ruwayfi. Alhamdulillah dapat puasa penuh. Taklah rasa lapar sangat sampai lembik. Sebab ESP nie ada indek glisemik yang rendah. Maknanya ia lambat tercerna dan hasilkan tenaga perlahan-lahan dan berpanjangan.
Kadang-kadang bila teringat balik waktu lahirkan Sofhea (anak ke dua) tersenyum sendiri. Yelah sebab Sofhea lahir dengan kulit yang gebu, putih dan bibirnya merah sangat.
Sampai rasa, eh ye ke nie anak aku.
Sekarang Sofhea nak masuk 3 tahun. Dan dia memang tak ada sebarang masalah kulit. Walaupun ibunya gila minum ESP waktu dia dalam perut.
Jadi pada saya untuk terus kaitkan soya adalah penyebab ekzema kurang tepat.
Sebab ekzema ini terjadi sebab banyak punca. Ada 7 sebab ekzema terjadi, ini saya ambil dari website Nationaleczema.org :
1-Keturunan
Jika ibu atau ayah (atau keduanya) ada lelah atau resdung, maka anak yang dilahirkan lebih mudah untuk terkena ekzema atau elergik yang lain
2-Iritasi
Tindak balas kulit terhadap sabun mandi atau sabun basuh baju
3-Alahan
Biasanya terhadap habuk atau kelemumur
3-Microbes
Ia terdiri dari sesetengah virus dan funggus
4-Cuaca
Jika terlampau panas, atau kelembapan cuaca yang tinggi
5-Makanan
Seperti makanan berasaskan susu, soya, gandum ataupun telur
6-Stress
Tak tahu bagaimana ia berkaitan, tapi orang yang ada ekzema akan jadi lebih teruk jika mengalami stress
7-Hormon
Hormon adalah jenis kimia yang dihasilkan oleh badan. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan ekzema terjadi.
Saya berharap entry ini sedikit sebanyak memberi anda pencerahan tentang anak kena eczema dan soya. Adakah ia berkaitan ataupun tidak?
Pokok pangkalnya jarang melulu untuk memberikan imej negatif terhadap sesuatu. Kajilah dulu. Bukan setekat pasal soya. Malah dalam semua perkara dalam hidup.
Moga kita tak tergolong dalam kumpulan yang ikut-ikut. Buatlah keputusan dengan ilmu dan rasional akal.
Jika mahu cuba kurangkan ekzema cara yang lebih semulajadi dan selamat, boleh hubungi saya. Suriya 016 773 1892.
0 comments