Bisnes Untuk OKU Paling Ideal Tahun 2014
Tuesday, August 26, 2014
Mungkin ada diantara pembaca blog saya yang OKU. Mungkin anda OKU yang sedang berfikir mahu bisnes. Tapi apakah bisnes untuk OKU?
Jual goreng pisang? Mungkin payah.
Jual tudung? Kena ada stok tudung.
Jual coklat? Nak kena belajar cara nak buat coklat.
Mungkin anda boleh cuba bisnes Shaklee.
Sesuai ke?
Nanti macam mana nak menjual? Kena beli stok banyak ke?
Sebelum buat apa-apa rumusan. Saya berikan 5 sebab kenapa Shaklee bisnes untuk OKU paling ideal 2014.
1- Tiada Modal
Ya, untuk mulakan bisnes ini, anda tak perlukan modal. Cukup dengan perasaan dan kemahuan mahu berjaya.
Dan juga modal hati yang kental.
Bisnes ini bukan sesuatu yang mudah. Petik-petik, dapat RM10,000.
Perlu ada usaha. Dan mesti mahu belajar dan buat.
Dari A-Z bagaimana nak mula dan sebagainya, akan diajar secara PERCUMA.
2-Tak Perlu Stok
Kalau berniaga biasa anda mungkin perlukan upfront stok. Bisnes Shaklee tak perlukan semua itu.
Anda hanya akan beli stok, jika ada pembelian dari customer.
Itupun setelah customer membuat bayaran.
3-Beli Secara Online
Bisnes Shaklee sangat mengikuti perkembangan bisnes secara online.
Dulu perlukan SID (Shaklee Independent Distributor) hantarkan emel untuk buat pesanan barang.
Tapi sejak awal tahun 2014, shaklee2u.com.my telah diperkenalkan.
Jadi SID hanya klik-klik untuk buat belian.
Dan yang TERBARU, anda mungkin tak perlu bersusah payah klik-klik. Kerana customer boleh beli sendiri melalui blog anda.
Caranya? Hanya akan dikongsikan jika anda sertai kami di iREACH.
4-Tak Perlu Pos
Leceh juga, nak bungkus barang. Lagi-lagi nak tulis butiran pembelian atas consignment note.
Shaklee membantu SID untuk lebih fokus kepada perkongsian kebaikan Shaklee. Dengan membungkus dan terus hantar kepada customer.
Mudah bukan. Hanya dari rumah saja, selesaikan kerja dari order hinggalah hal penghantaran order customer.
5-Tak Perlu Keluar Rumah
Shaklee adalah MLM. Tapi tak memerlukan anda keluar malam, atau siang hari. Samaada untuk belajar pasal produk.
Ataupun belajar tentang cara promosikan barangan Shaklee.
Semuanya dilakukan secara online. Kami di iREACH menyediakan sistem latihan secara online.
Dengan menggunakan medium seperti FB, web seminar dan Whatsapp.
Hampir tiada alasan untuk orang yang sihat walafiat tidak memulakan bisnes ini.
Dan kerana itulah juga saya katakan bisnes Shaklee adalah bisnes untuk OKU paling ideal.
Dan sebab BONUS kenapa anda perlu mulakan bisnes ini, adalah.........
Ya, sebab ini.
Kerana sudah ada yang telah buktikan, walaupun OKU. Masih bisa untuk berjaya.
Gambar ini diambil ketika Global Conference di Long Beach, California pada Ogos 2014. Conference ini hanya disertai oleh SID yang telah menjadi 'Leader' yang berjaya.
Jadi apa lagi alasan untuk katakan yang anda tak boleh.
Saya pun jadi malu. Kerana lebih fizikal dari dia. Tapi nyata kejayaannya lebih dari saya.
Ini menjadi sumber inspirasi untuk terus berjaya dengan bisnes Shaklee.
Tiada manusia yang lahir dengan kehidupan yang susah. Usah salahkan takdir jika hidup susah. Kerana telah Allah swt berfirman, nasib sesuatu kaum takkan berubah jika kaum itu tak mengubahnya.
Lebih kaya dan berjaya, untuk lebih menjadi pemurah.
Sebagai jambatan ke Syurga kelak nanti.
Jika anda rasa mahu mulakan bisnes, atau mahu kenali bisnes Shaklee.
Bolehlah hubungi saya, Suriya di 016 773 1892 sekarang!
0 comments