Petua Anak Selsema Paling Murah Guna Bawang Putih
Friday, August 29, 2014
Kesian bila tengok anak selsema dan batuk. Ada banyak petua anak selsema boleh dicuba.
Tapi paling senang adalah guna bawang putih.
Alhamdulillah memang mujarab.
Dulu selamba bagi ubat. Tapi bila pergi Doktor Pakar Kanak-Kanak, dia kata elakkanlah bagi ubat selsema. Kalau nak bagi pun Paracetamol dah cukup. Paracetamol nie ubat demamlah.
Jadi lagi baik guna yang semulajadi. Murah pun murah. Dan senang nak buat.
Ada 3 cara petua anak selsema guna bawang putih:
1- Rawatan Stim
Mudah cara penyediaan. Tapi kena tahan telinga anak menangis. Dan kena kuat pegang anak, sebab dia akan meronta-ronta.
Kejam ke cara nak buat?
Ish tak lah. Begini caranya:
- Sediakan besen
- Masukkan air panas dan letak air sejuk (pastikan nampak wap air naik)
- Pecahkan 5-7 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam besen
Kemudian, tibalah saat yang agak payah.
Talakan muka anak ke arah wap tadi. Posisi bagaimana? Tak kisah janji wap kena muka anak.
Buatlah dalam 10-15 minit. Hasilnya hingus anak akan mengalir-ngalir keluar.
Nak lagi bagus, lepas tu tepuk-tepuk. Bukan main tepuk je. Guna teknik percussion. Tepuklah berulang-ulang pada belakang badan anak. Dan juga tepi rusuk kiri dan kanan.
Hasilnya 99.9% lubang hidung anak lega. Tak tersumbat. Nak menyusu pun senang.
2-Minyak Bawang Putih
Pun mudah sangat. Caranya:
- Bakar 5-7 ulas bawang putih (tak payah buang kulit)
- Letak atas api 3-4 minit
- Kemudian, lenyekkan bawang tadi
- Letak minyak (boleh guna apa jua jenis)
- Dan gaul rata
Lepas tu sapulah pada dada, belakang dan tapak kaki. Sapu ulang-ulang sampai selsema sembuh.
3-Double Stokin
Petua anak selsema yang ini pun mudah.
- Cincang 5-7 ulas bawang putih
- Pakaikan anak stokin
- Masukkan bawang putih ke dalam stokin lain, dan pakaikan pada kaki anak yang dah berstokin tadi.
Nak direct letak stokin bawang putih kang meraung pula anak sebab pedas.
Mudah kan?
Bawang putih ada antibiotik semulajadi, sebab itulah bagus.
Tapi kalau anak anda jenis yang kerap sangat demam, batuk dan selsema, boleh klik sini.
Tapi kalau anak anda jenis yang kerap sangat demam, batuk dan selsema, boleh klik sini.
2 comments
Info yang menarik. Sebenarnya, punca selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstrinsik.
ReplyDeleteFaktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi
• septum hidung yang bengkok
Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• infeksi seperti jangkitan influenza
• perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
• udara yang kering
terima kasih doktor atas perkongsian ilmu.
Delete