Set Penyusuan Shaklee Harga Mahal, Tak Berkesan!

Thursday, August 28, 2014

Betul, memang betul Set Penyusuan Shaklee tak berkesan untuk tambah susu badan.

Siapa yang bawa ajaran set ini boleh tambah susu badan? Ini ajaran SESAT!

Ramai ibu-ibu yang kurang susu. Atau masalah susu sikit hubungi saya, nak  cuba Set Penyusuan Shaklee ini.

Tapi bila tanya macam mana tahu susu kurang?

Katanya bayi tak nak menyusu.

Lepas tu, tanya pula ada ke bagi susu formula?

Jawabnya ada kak, sebab risau bayi asyik nangis macam tak cukup susu.

Apakah bayi ni menangis takde sebab lain, selain dari nak susu.

Ilmu tahu jenis tangisan bayi pun ada.

Bayi nangis sebab itu saja 'communication' yang dia boleh buat. Kalau dia boleh cakap, takdelah dia menangis.

Banyak lagi sebab lain seperti takut, tak selesa, gatal, dan macam-macam lagi.

set penyusuan shaklee harga set penyusuan shaklee, pil tambah susu, cara banyakkan susu ibu, cara banyakkan susu badan, tips tambah susu ibu, tips tambah susu badan, susu ibu kurang, masalah susu badan kurang, susu ibu cair, susu ibu berkhasiat


Ok, kembali pada topik asal. Macam manalah susu tak berkurang. Kalau sudah berikan susu formula.

Sikit je....Tak kira sikit atau banyak, ianya tetap menggangu penghasilan susu.

Kenapa?

Yelah bila beri susu formula bayi minum sampai kenyang. Lepas tu dia tidur. Jadi bayi pun tak menyusu.

Habis tu kan dah takde hisapan dari bayi. Maknanya ransangan berkurang.

Ransangan berkurang maknanya penghasilan susu pun menjadi berkurang.

Sebab itulah bayi menangis macam tak cukup susu. Dan tak nak menyusu. Sebab susu dah kurang.

Habis tu salah siapakah ini?

Jangan main tangkap muat nak menyusukan anak. Paling-paling adalah sedikit ilmu nak susukan anak. Beli buku, pergi kelas, atau nak jimat sangat, Google je. Banyak sangat dah info di Internet pasal susu ibu.

Habis tu buat apa nak beli Set Penyusuan Shaklee kalau tak berkesan banyakkan susu?

Kalau anda ibu yang bijak mestilah anda tahu kenapa.

Set Penyusuan Shaklee bertindak lebih dari sekadar banyakkan susu.

Susu banyak, tapi ibu tak sihat pun tak berguna.

Susu banyak, tapi sementara pun tak berguna, sebab nak susukan anak hingga dua tahun.

Set Penyusuan Shaklee melengkapkan keperluan zat, nutrisi, vitamin dan mineral yang sepatutnya anda ambil waktu menyusukan anak.

Tapi saya makan seimbang?

Ya, 'part' seimbang tu dah betul. Cuma 'raw food' zaman sekarang kualitinya tak macam dulu.

Tanah-tanah pun dah kurang mineralnya. Dek kerana pencemaran dan radikal bebas.

Jadi macam manalah sayur yang ditanam nak dapat mineral yang lengkap. Dah tu bukan tanam sendiri. Beli di pasaraya. Warna sayur pun dah tak hijau mana.

Ikan? Tahu-tahu sajalah duduk di bandar nak dapat ikan segar payah. Mata merah, isi pun lembik. Tapi sebab dah tak pilihan, kita ambil juga.

Ayam? Dengan isu ayam dicucuk nak bagi besar cepat sebab nak dijual. Sampai di pasaraya, ayam pun dah pucat.

Kalau yang masak sendiri kita ok lagi.  Sekurang-kurangnya penyediaan makanan yang teliti dapatkan pelihara zat dan nutirisi dalam 'raw food'.

Apa cerita yang beli kat kedai makan. Sayur pun 'overcooked'. Apatah lagi yang lain-lain. Jadi macam mana kata anda dapat cukup zat, vitamin dan mineral dari makanan seimbang?

Sebab itulah pentingnya supplemen. Ia melengkap keperluan zat, vitamin dan mineral harian.

Jadi susu ibu yang terhasil pun lebih berkualiti. Sebab anak yang disusukan akan terima apa yang ibu makan.

Jika ibu makan sihat, maka anak pun makan yang sihat.

Ibu yang tak kurang sihat, tak cergas dikatakan kurang mampu untuk jayakan penyususan susu ibu. Bila tak cergas, nak pam susu pun malas. 'Skip' jadual mengepam, dan akhirnya susu pun kurang.

Jadi memanglah Set Penyusuan Shaklee TAK BERKESAN kalau yang ambil tu ibu yang malas pam susu. Nak 'shortcut' makan supplemen nak susu banyak. Ini SALAH.

Susu jadi banyak adalah satu BONUS. 

Paling penting jagalah diri. Lagi pula anda bukan saja nak menyusukan anak. Nak jaga anak-anak, suami lagi. Kalau selalu saja letih dan tak bertenaga macam mana nak jadi yang TERBAIK kan.

Suami pun makin sayang kalau isteri dia sihat cerdas. Anak-anak pun gembira, ibu dia sentiasa sihat dan tak stress.

Harga Set Penyusuan Shaklee yang lengkap memanglah agak tinggi. Tapi kalau anda jenis yang utamakan kualiti, sudah pasti anda sanggup bayar berapa pun. 

Macam beli handbag, kenapa sanggup bayaran hampir ribuan RM? Padahal ada banyak lagi pilihan lain yang RM ratusan saja. 

Lagi pula set ini tahan untuk 4 bulan lamanya. Dan boleh juga kongsi dengan suami. Sebab set ini adalah supplemen yang sesuai untuk semua.

Harap-harap entry ini dapatlah buka mata ibu-ibu yang gemar 'memburu' milk booster, atau set tambah susu.

Dan jika anda rasa berbaloi untuk laburkan sejumlah wang untuk kebaikan diri sendiri dan anak. Bolehlah hubungi saya, Suriya di 016 773 1892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube