breastfeeding
Bayi Asyik Nak Menyusu, Pinggang Ibu Dah Mula Sakit. Apa Nak Buat?
Thursday, August 09, 2018
“Stress betul saya rasa, sudahlah bayi asyik nak menyusu. Baru saja letak dah menangis.
Letih! Ini pinggang pun rasa macam nak patah. Rasa macam nak bagi susu formula je...tapi sebenarnya kalau boleh saya tak nak”.
Ibu percayalah you are not alone in this case. Apatah lagi jika anda pertama kali menyusukan anak.
Majoriti ibu-ibu akan melalui fasa ini. Oleh itu, apakah yang patut anda lakukan supaya boleh terus menyusukan bayi tanpa rasa sakit dan stress?
1- Ubah Posisi Menyusukan
Keadaan badan yang masih belum pulih akibat melahirkan. Ditambah pula keletihan kerana duduk terlalu lama menyusukan anak.
Apa kata ibu ubah posisi yang lebih tenang. Seperti baring mengiring atau baring telentang.
Ini membolehkan ibu dapat merehatkan badan dan menyusukan anak dalam masa yang sama.
2- Cukupkan Nutrisi
Sebagai ibu yang baru melahirkan, anda mestilah mendapatkan nutrisi yang cukup. Bukan sahaja supaya boleh melayan bayi yang asyik nak menyusu.
Ia juga supaya badan dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan mencukupi.
Pastikan makan makanan yang berkhasiat. Ambil protein yang berkualiti. Juga pastikan mengambil serat secukupnya.
Kemudian lengkapkan pemakanan dengan suplemen seperti B Complex dan Ostematrix.
Seperti B Complex ianya baik untuk menjaga kesihatan saraf. Dan mengelakkan ibu merasa stress yang berlebihan.
Ostematrix pula pil kalsium yang dilengkapi dengan vitamin D. Ia membantu melegakan lenguh-lenguh akibat menyusukan anak berulang-ulang kali.
Stress terkawal dan sakit berkurang. Saya yakin ibu boleh menyusukan anak dengan lebih baik.
3- Kongsikan Rasa
Mungkin anda rasa kuat. Tetapi berkongsi rasa itu lebih baik.
Mungkin juga anda rasa masalah bayi asyik nak menyusu ini kecil. Tetapi ia tetap memberikan bebanan buat anda yang baru melahirkan.
Beritahu pada suami apa yang anda rasai. Atau ceritakan saja kepada ibu atau kawan yang anda percaya dapat memberikan sokongan.
Memendam rasa tidak akan membantu apa-apa. Malah boleh mengundang sesuatu yang buruk seperi post partum depression.
Semua kesusahan pasti ada ganjaran yang besar. Kuatkan semangat ibu-ibu semua.
Sakit sekarang akan menjadi memori indah.
Satu masa nanti. Apabila anda melihat anak yang disusukan membesar hebat, pasti anda akan tersenyum sendiri mengenang memori indah masa lalu.