set berpantang
7 Jenis Masalah Ibu Berpantang Yang Wanita Perlu Tahu & Cara Tanganinya
Monday, July 17, 2017
Syukurlah mengikut pengalaman lepas, Eray tidaklah menghidapi masalah ibu berpantang yang teruk.
Cuma paling tak boleh dilupakan semasa berpantang anak pertama. Masa hamil enam bulan Eray terkena minor slipped disc.
Kesannya lepas melahirkan anak, Eray tak boleh duduk elok. Kena duduk menyenget ke belah kiri bagi mengurangkan sakit.
Terasa payah sekali nak menyusukan Rayna masa tu. Keadaan berterusan sampailah habis waktu berpantang. Itu yang Eray mahu kongsikan beberapa masalah ibu berpantang yang sering terjadi.
Supaya dapatlah jadi rujukan buat ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi.
Bila ada sedikit ilmu, tidaklah kita terlalu panik atau gelabah bukan?
sumber: ibudoakan.com |
1- Luka Jahitan
Rata-rata ibu yang melahirkan, lebih-lebih lagi anak pertama akan melalui detik episotomi. Ia sering disebut sebagai 'epi'. Epi ini satu guntingan kecil pada bahagian perinium bagi membantu proses bersalin.
Epi ini bergantung kepada situasi semasa ibu hampir melahirkan.
Kalau kecil guntingan, makanya luka pun kecil. Tapi kalau besar, alamatnya besarlah luka tersebut.
Luka inilah yang memerlukan penjagaan rapi. Ia memberi pengaruh yang besar bagi ibu yang lepas melahirkan.
Elakkan melakukan kerja berat dan banyakkan berehat. Makan makanan yang membantu proses penyembuhan luka seperti buah oren.
Oren kaya vitamin C, ianya bagus untuk penyembuhan luka dengan cepat. Cuma ada yang takut oren membuatkan perut kembung kalau makan banyak.
Oleh itu, boleh tambahkan supplemen vitamin C seperti Sustained Release Vitamin C (SR Vita C ). Ia berasaskan jagung, tidak memberikan kesan pedih perut dan sebagainya.
Makan sebiji SR Vita C seolah-olah kita makan 7 1/2 biji oren. Banyak bukan?
2- Darah Nifas
Darah nifas selepas melahirkan berfungsi membuang segala penyakit dan kekotoran di dalam tubuh. Ia berwarna merah pekat dan mengalir dengan banyak. Terutama minggu pertama selepas melahirkan.
Petikan dari buku 44 Hari Bersama Nurfarahin, ia menggalakkan menggunakan 'Rose Paper' dari penggunaan tuala wanita. Ia akan melancarkan pembuangan darah nifas.
Namun buat wanita yang berpantang sendiri, agak sukar. Sebab ianya membantutkan pergerakan.
Gunakan saja tuala wanita. Tapi pastikan tukar setiap empat jam sekali.
Bagi melancarkan pengeluaran darah nifas, anda boleh ambil jamu yang bersesuaian. Eray pula, kali ini memilh Vivix.
Ramai kawan-kawan yang berpantang dengan Vivix beritahu yang darah nifas lancar keluar. Dan yang lebih menarik, badan sangat bertenaga. Tak macam orang lepas bersalin.
3- Tumpah Darah
Pendarahan teruk, atau juga disebut sebagai tumpah darah adalah perkara yang amat membimbang bagi ibu yang baru melahirkan.
Ianya mungkin berpunca dari saki baki uri atau selaput ketuban yang terperangkap di dalam rahim. Jika ini berlaku, segera pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan yang betul.
4- Sakit Selepas Bersalin
Orang kita juga memanggilnya sebagai 'rengat'. Ia terjadi apabila bayi menyusu.
Semasa ini badan ibu mengeluarkan hormon oksitosin. Sebagai tindakbalas, ia menyebabkan rahim menguncup lebih cepat dari biasa.
Sakitnya seperti terkena renjatan elektrik yang kecil. Biasanya semakin ketara apabila bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Usah risau, ianya hanya sementara. Apabila rahim sudah menguncup dan kembali ke saiz sakit akan turut hilang.
5- Sakit Belakang
Tak semua wanita akan menghadapi masalah ibu berpantang yang ini. Tapi sebagai persediaan, ibu perlu ambil tahu.
Masalah ini biasanya berlaku akibat kesukaran bersalin atau posisi menyusukan yang tidak betul. Ianya akan menyebabkan keradangan pada otot dan saraf.
Cuba tungkukan pada bahagian yang terliba, ianya akan melegakan kesakitan. Dalam masa yang sama, banyakkan mengambil ikan sebagai menu makan tengahari dan malam.
Ikan ada kandungan omega 3. Ia sangat baik mengurangkan keradangan. Sebagai pelengkap anda boleh ambil Omega Guard. Bukan saja hilang sakit belakang.
Malah otak anak yang disusukan akan menjadi lebih cerdas dan bijak. Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard adalah yang tertinggi di dalam pasaran.
6- Sakit Pinggang
Biasanya sakit ini akan hadir pada akhir kehamilan dan semasa berpantang. Jika ada akar dukung anak, ibu boleh rebus dan minum airnya.
Eray pula, lebih suka ambil Ostematrix. Ia mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Bagus untuk melegakan sakit pinggang dan juga masalah lenguh kaki.
Disamping itu, ia juga bertindak sebagai penggalak susu badan.
7- Sakit Kepala
Wanita dalam pantang mudah untuk terkena 'masuk angin' ke dalam badan. Kesannya kepala boleh menjadi sakit.
Kerana itulah bidan selalunya akan ikatkan rambut ketat-ketat ke atas. Dipercayai dapat mengelakkan angin dari masuk.
Gunakan halia dan lada hitam dalam menu berpantang, kedua herba ini bagus untuk melegakan sakit sebab angin. Ibu juga boleh mengambil Peppermint Ginger Plus atau Garlic Complex, bagi mengelakkan dan melegakan angin.
Eray doakan supaya ibu-ibu yang bakal melahirkan, tidaklah menghadapi masalah ibu berpantang. Oleh itu, eloklah sebagai persediaan kita mengambil tahu serba sedikit tentang masalah ini.
Barulah lebih yakin untuk berpantang dengan baik.
44 hari bukanlah tempoh yang lama. Nikmatilah, dan jangan stress.
Jika ada korang yang mahu mengambil supplemen yang Eray nyatakan seperti SR Vita C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus atau Garlic Complex. Boleh terus hubungi;