5 Persediaan Ibu Berpantang Yang Sering Diambil Remeh
Friday, July 07, 2017
Berdebar bukan menunggu tarikh melahirkan bayi. Tapi jangan lupa akan persediaan ibu berpantang. Bukan sekadar beg ibu dan bayi saja tau.
Ada beberapa lagi perkara yang penting yang perlu dititikberatkan. Tapi ramai ibu-ibu yang menganggap ianya remeh. Sehingga boleh mengundang pelbagai perkara tak baik semasa berpantang.
Contohnya, meroyan.
Ini adalah 5 persediaan ibu berpantang yang WAJIB dibuat sebelum melahirkan anak. Pastikan kelima-lima perkara ini diselesaikan, barulah boleh nikmati waktu berpantang yang tenang dan aman.
sumber: siraplimau.com |
1- Pemakanan Semasa Berpantang
Ibu berpantang tidak boleh sembarang makan. Silap haribulan, bila salah makan badan boleh jadi bentan.
Pemakanan yang dipilih perlulah sihat dan seimbang. Kenalpasti makanan apa yang bersesuaian, bagi mengelakkan gatal pada luka bersalin.
Pilih cara masakan yang mudah dah sihat. Seperti panggang, rebus dan steam. Ibu boleh menukar menu ikan, ayam dan daging semasa berpantang. Ikut kesesuaian.
Tak perlu makan nasi sampai membumbung. Cukup sekadar 1/4 pinggang. 1/4 pinggang lagi isikan protein. Selebihnya isikan sayur.
Sawi adalah sayur yang paling pupular dimakan ketika berpantang.
Kalau boleh, siapkan menu sepanjang 44 hari. Urusan belian barang dapur akan lebih mudah dibuat oleh suami.
2- Set Berpantang
Pentingkah set berpantang? Ya sangat penting. Set berpantang yang baik akan melengkapkan keperluan zat dan nutrisi ibu berpantang.
Tanpa zat dan nutrisi yang cukup, ibu akan menjadi kurang bertenaga. Proses pemulihan luka luar dan dalam juga menjadi lambat.
Terpulanglah untuk ibu mahu pilih yang traditional atau moden. Eray suka gabungkan keduanya. Penjagaan dalam pilihan Eray Vivix dan Set Berpantang Shaklee.
Penjagaan luaran pula, kali ini Eray memilih Set Berpantang Danita.
Apabila ibu memilih set berpantang yang betul, bukan saja ibu menjadi lebih sihat dan bertenaga. Luka luar dan dalam cepat baik.
Lebihan berat badan masa mengandung pun dapat dinyahkan dengan pantas.
Apa yang lebih penting, ibu dapat menyusukan anak dengan baik. Susu cukup, pekat dan kesannya bayi pun cepat montel. Best kan?
3- Menyusukan Anak
Tak kira mahu melahirkan anak pertama atau anak kesepuluh. Persediaan ibu berpantang perlu masukkan sekali persediaan menyusukan anak.
Apatah lagi jika jarak kehamilan lebih dari 4 tahun.
Ulangkaji ilmu-ilmu asas menyusukan anak. Pastikan puting payudara dicuci setiap kali mandi. Lalukan air dan gosokkan perlahan-lahan permukaan puting susu.
Maklumlah lama tak menyusukan, ada kemungkinan saluran susu tersumbat. Biasanya jika puting payudara sudah dibersihkan, ibu sudah boleh nampak cairan awal susu yang keluar sedikit.
Pasangkan niat untuk menyusukan anak sehingga usianya dua tahun. Dan berdoa supaya Allah permudahkan urusan ini.
4- Pilihan Kerja Rumah
Ibu berpantang bukanlah bermakna harus duduk dan baring sepanjang masa. Tidak aktif pun boleh menyebabkan luka lambat sembuh.
Badan pun lambat untuk jadi fit semula.
Ibu masih boleh lakukan kerja-kerja rumah. Seperti melipatkan kain, memasukan kain ke dalam mesin basuh dan memasak lauk berpantang.
Pastikan ibu tidak melasak. Paling elok, pakai bengkuk sepanjang masa bagi mengawal pergerakan fizikal.
Ibu biasanya mudah lupa diri, lagi-lagi bila ada anak-anak yang perlu diuruskan. Apatah lagi bila badan dah mula rasa lebih sihat.
5- Mental dan Jiwa Kental
Tak mudah untuk berpantang jika mental dan jiwa rapuh. Semasa berpantang ibu perlulah lebih tenang.
Inilah persediaan ibu berpantang yang sering diabaikan. Padahal persediaan mental adalah sangat penting.
Jika sebelum ini tak boleh tengok mainan bersepah. Masa berpantang ibu perlu lebih redha. Biarkan saja mainan bersepah. Nanti suami akan bantu untuk mengemas.
Jangan pula merungut kalau stail mengemas suami tak sama dengan yang biasa dilakukan.
Tutup sajalah mata jika kain baju tak sempat lipat, sampai dan jadi Gunung Himalaya. Biarkan saja.
Apa yang lebih penting, fokus untuk menyihatkan diri dan menyusukan si kecil.
Nanti lepas berpantang, pulunlah apa saja yang anda mahu lakukan.
Rasa teruja untuk berpantang anak yang keempat ini. Eray doakan dipermudahkan segala urusan kalian. Jom enjoy berpantang.
Oh kalau korang nak tahu ok ke tak Set Berpantang Shaklee, boleh terus roger Eray di 0167731892. Insyaallah Eray akan kongsikan kebaikannya.
0 comments