5 Sebab Saya 'Menyesal' Menjadi Ahli Shaklee, Anda Patut Tahu!
Monday, July 18, 2016
Assalamualaikum,
Eray mula menjadi ahli Shaklee pada tahun 2010. Itupun kerana terjebak dengan Set Penyusuan Shaklee sebab susu merudum teruk.
Tahun ini, 6 tahun sudah saya menjadi ahli Shaklee.
Eray mengaku, terbit sedikit rasa 'menyesal'.
Semoga dengan perkongsian 5 sebab ini, ramai yang tidak akan ulangi apa yang telah Eray lakukan.
1- 'Menyesal' Tidak Join Lebih Awal
Shaklee telah bertapak di Malaysia pada tahun 1988. Sehingga kini masih lagi kukuh di arena makanan tambahan.
Senang cerita hampir 30 tahun Shaklee Malaysia ditubuhkan.
Bukankah itu satu bukti bahawa Shaklee adalah satu syarikat yang stabil dan kukuh? Kalau anda mahu, cuba namakan satu syarikat supplemen lain yang telah bertapak lebih dari itu?
Mungkin kalau Eray tahu lebih awal. Tak payah susah-susah Eray buang masa dan modal masuk 'MLM' lain.
2- 'Menyesal' Tak Amalkan Shaklee Dari Muda
Produk Shaklee semuanya hebat-hebat. Eray bagi contoh, Vita-Lea Shaklee ini telah dicipta sejak tahun 1915.
Ia adalah multivitamin pertama yang wujud di dunia. Bayangkan umur Vita-Lea ini saja telah lebih dari 100 tahun.
Agaknya ada tak produk lain yang umurnya lebih atau sama dengan multivitamin PERTAMA dunia ini ye?
Rasa 'menyesal' juga sebab tak amalkan sejak usia belasan dulu. Kalau tak mesti lebih awet muda dari sekarang.
3- 'Menyesal' Tak Serious Jadikan Shaklee Sebagai Kerjaya
Shaklee bukan sekadar MLM biasa. Sekarang Eray menyesal sebab agak lambat memilih Shaklee sebagai kerjaya tetap.
Dulu lepas habis belajar sibuk interview sana, interview sini. Konon nak jadi wanita korporat. Tak sampai 10 tahun bekerja dah merengek nak berhenti kerja.
Mahu bekerja dari rumah. Sebab keutamaan Eray adalah anak-anak.
Eray mahu anak-anak dapat penjagaan 100% dari tangan sendiri.
Syukur sangat bila dengan Shaklee, Eray dapat realisasikan impian ini.
Anak-anak terjaga dan dalam masa yang sama Eray dapat jana pendapatan yang stabil dan MASYUK.
Kini Shaklee adalah kerjaya tetap Eray.
4- 'Menyesal' Tak Rebut Trip 5 Bintang
Inilah salah satu sebab Eray cinta dengan Shaklee. Setiap trip yang disediakan samaada domestik atau luar negara, semuanya 5 bintang.
Shaklee tak pernah beri trip cikai-cikai buat ahlinya. Kalau nak keluar duit sendiri, silap-silap tak merasalah. Lagi baik simpan duit buat anak-anak.
Trip yang Shaklee beri ini PERCUMA. Dan yang lebih menarik lagi, bukan diri sendiri je dapat pergi. Suami, anak-anak dan ibu-ayah boleh turut pergi sama.
Syaratnya mestilah cemerlang dalam bisnes ini.
Terbaru, Shaklee bawa ahli Shaklee yang cemerlang ke Bangkok, Thailand.
Nampak macam "ekelleh...Bangkok je, aku pergi sendiri pun boleh". Ye memang, pergi dengan bajet ciput.
Tapi yang Shaklee sediakan semuanya yang PALING BAIK dan KELAS yang ada di sana. Bukan ahli Shaklee yang kata tau. Tapi pemandu pelancong yang kata sendiri. Seronok kan?
5- "Menyesal" Tak Ajak Ahli Keluarga Sendiri Join Shaklee
Sebenarnya bila kita buat bisnes, paling susah sekali nak ajak join atau beli adalah keluarga sendiri.
Eray "menyesal" sebab dulu malu-malu nak ajak mereka. Lagi mudah ajak 'stranger' sebab mereka sendiri dah buat 'homework' sebelum serah diri menjadi ahli Shaklee.
Sekarang Eray dah boleh senyum sedikit. Bila ibu, ayah, mak mertua, abang ipar dan adik-adik sendiri dah guna Shaklee.
Akan tersenyum lebar, bila sepupu sepapat, mak saudara, pak saudara dan saudara mara yang lain makan dan join Shaklee. Insyaallah.
Kalau anda terbit rasa 'menyesal' macam Eray, janganlah bertangguh lagi. Jom join Eray untuk menjadi ahli Shaklee.
Boleh terus hubungi Eray melalui SMS/Whatsapp di 0167731892 untuk maklumat lanjut.
#anakkuwirakushaklee
1 comments
selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D
ReplyDelete