Vitamin oh Vitamin, bahaya ke makan banyak sangat? Apa kesan makan banyak vitamin? Boleh sakit ke? Soalan popular bagi orang yang nak mula ambil vitamin. Bagus soalan-soalan ini ditanya, sebab badan kita, jadi kita berhak pilih yang terbaik untuk badan kita.
Tapi ada juga yang, 'wow, nie murah nie, siap dapat free satu lagi, kita beli nie lah' beli sebab murah'
Atau, jalan-jalan, nampak kedai farmasi, masuk dan 'amiklah yang nie, famous, selalu keluar tv, ok kut' dan paling best tak baca pun label kat belakang. Terus pergi cashier dan bayar.
Ish, korang nie tak kisah ke apa yang masuk dalam perut? Perut itulah tempat mulanya segala penyakit. Jadi kalau korang buat keputusan nak makan vitamin pilihlah yang tepat. Bukan semata-mata sebab murah, atau selalu keluar tv.
Lagi satu, tanggapan yang 'kalau vitamin sintetik nie tak bagus, tak kan diaorang jual?'. Tanggapan begini kurang cerdik, yalah, habis tu rokok yang dah sah-sah tak bagus, orang pun jual jugak kan? berlambak lagi.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu dikisahkan adalah, adakah vitamin itu sintetik, organik atau semulajadi?
Susah nak faham? Mari lihat analogi mudah di bawah:
Vitamin Sintetik umpama Buah Plastik
Biasa orang buat perhiasan, nampak lawa tapi tak boleh makan. Kalau makan juga boleh mendatangkan mudarat. Kesan makan banyak vitamin sintetik, umpama makan buah plastik. Sanggupkah?
Sama seperti vitamin sintetik, botol nampak cantik, bentuk dan rupa vitamin pun molek je. Warna pun cantik. Tapi bila masuk dalam perut, lambat dicerna dan akhirnya boleh datangkan mudarat pada organ badan, seperti buah pinggang.
Vitamin Organik umpama Jus Dalam Kotak
Ramai yang suka, mana taknya, sedap. Tapi jus telah di'modified', kalau tak pastilah sehari dua saje bertahan. Nie berbulan-bulan tahap dalam peti sejuk. Agak-agak kalau jus yang kita perah sendiri, tahan berapa lama ya?
Vitamin Semulajadi umpama Buah Sebenar
Buah original, beli kat kedai, balik potong terus makan. Kalau buah betik, silap-silap petik sendiri, potong dan makan. Bestkan? Dari pokok terus ke perut. Takde jalani proses-proses yang boleh menghilangkan kebaikan buah tersebut. Makan betik, rasa betik. Bukan rasa oren atau mangga.
Beza banyakkan, dan tiada satu pun persamaan antara satu sama lain.
Manusia buat dengan Tuhan buat, pastilah yang Tuhan buat berjuta-juta kali lebih baik. Jadi, be wise, pilihlah yang semulajadi. Melainkanlah kalau korang memang nak makan buah plastik, tak pun minum jus yang dah ada bahan pengawet, perisa, pewarna dan gula yang berganda-ganda banyak?
Kesan makan banyak vitamin yang betul walaupun banyak, tidak akan mendapatkan mudarat. Umpama makan tembikai banyak-banyak. Paling-paling pun banyak kali buang air. Dan, pastikan dapat konsultasi yang berkualiti, ini kerana jika banyak vitamin yang diambil dalam satu masa, membuatkan kesan vitamin tadi tak sepenuhnya atau optimum.
Dapatkan vitamin semulajadi, konsultasi cara makan vitamin kesan optimum secara PERCUMA dan pelbagai tawaran menarik di WeLoveSusuIbu.
Bulan nie masih berlangsung promosi Vita-Lea Shaklee. Vita-Lea Shaklee, adalah multivitamin dengan 28 bahan mineral dan vitamin yang sangat penting untuk tubuh. Sesuai untuk orang yang nak mula mengambil vitamin.
Mahu cuba? Boleh call/WhatsApp/SMS Eray di 016 773 1892.