Susu Badan Sikit: 6 Tanda Palsu
Wednesday, January 15, 2014
Alasan paling popular, ibu berhenti menyusukan anak adalah "Susu Badan Sikit" atau "Susu Tak Cukup". Tapi tahukah ibu, bahawa jarang sungguh kes ibu yang baru melahirkan takde kebolehan menghasilkan susu. Bukankah Allah yang memberikan kamu rezeki 'anak', dan Allah jualah yang akan memberikan rezeki 'susu badan' untuk anak tadi.
Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak kerana salah paham susu badan sikit atau tak cukup. Tanggapan salah ini biasanya terjadi bila anak asyik menangis, dah susukan tapi nampak tak puas, baru menyusu nak menyusu lagi.
Bayi menangis bukan sahaja kerana lapar susu. Banyak sebab lain. Sakit perut, sejuk, dan lain-lain lagi. Bayangkanlah, bayi 9 bulan duduk dalam perut ibu yang nyaman. Bila keluar dari perut ibu dengan cuaca sejuk, bising, tak selesa. Dan tentulah tempat paling nyaman selepas perut adalah dakapan ibu. Tak semestinya asyik nak menyusu sahaja.
Kenali 6 Tanda Palsu Susu Badan Sikit
1-Bayi Nampak Lapar Di Antara Waktu Penyusuan
Nampak saje lapar, tapi ia juga adalah tanda perkembangan oral bayi. Kebanyakan bayi suka menghisap ketika ini. Jadi bayi akan menunjukkan tanda lapar ketika penat, bosan, stress atau hanya kerana bayi suka menghisap. Kerap kali bayi akan tertidur semasa menyusu. Jadi bayi akan mengaitkan tidur dan menyusu. Dan sebab itulah bayi gemar disusukan sebentar sebelum dia tidur lena.
2-Bayi Mahu Menyusu Kerap
Penyusuan 8-12 kali dalam masa 24 jama adalah normal bagi bayi yang baru lahir. Ada juga bayi 'cluster feed' minum sedikit tapi kerap. Juga bayi akan menyusu lebih kerap ketika mahu beralih bulan (growth spurt). Atau ibu salah anggap pada bayi, asal bayi memasukkan tangan ke dalam mulut, tandanya bayi mahu disusukan.
3-Bayi Lapar Walaupun Baru Menyusu
Bayi dari umur 0 hingga 6 bulan mempunyai keinginan menghisap yang kuat. Jika LDR ibu cepat, ini bermakna bayi akan kenyang cepat. Tetapi keingininan bayi untuk menghisap gagal dipenuhi. Oleh sebab itulah bayi nampak lapar, yang sebenarnya tidak pun. Dan ini bukanlah tanda susu badan sikit.
4-Bayi Minum Susu Botol, Walaupun Lepas Menyusu
Bayi adalah unik. Dilahirkan dengan reflax hisapan sehingga umur bayi 3 ke 4 bulan. Reflex ini adalah automatic dan respon yang tak dapat dikawal. Reflax hisapan terjadi apabila mulut bayi diberikan puting ibu, puting buatan, atau jari ibu atau ayah. Oleh itu, ibu percayalah yang susu badan yang disangka sikit, sebenarnya cukup untuk bayi. Elakkan pemberian puting tiruan atau botol susu semasa bayi berumur 0 hingga 1 bulan. Ini akan membuatkan bayi menjadi keliru.
5-Berat Bayi Tak Banyak Naik
Banyak atau tidak kenaikan berat badan adalah kurang penting. Apa yang ibu perlu perhatikan adalah bayi nampak sihat, cerdas, aktif dan ceria. Dan bayi adalah unik, jadi kenaikkan berat bayi juga berbeza.
6-Payudara Lembik Dan Tak Bocor
Selalu kita akan kaitan susu ibu yang bocor adalah tanda susu banyak. Tapi tahukan yang sebenarnya ia dadalah tanda pengeluaran susu yang tak efektif. Maksud bayi tak menyusu atau ibu mengelat untuk pam susu.
Dan payudara ibu sungguh bijak, akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi sahaja. Ya, pada minggu-minggu awal payudara akan mudah membengkak kerana menghasilkan susu lebih dari yang sepatutnya. Semakin bayi membesar, penghasilan susu ibu akan dilaraskan dengan keperluan bayi sahaja. Payudara lembik, bukan bermakna susu badan sikit.
Hafalkan tanda-tanda ini. Supaya ibu tak panik atau angkat bendera putih. Mahu menghentikan penyusuan semata-mata kerana salah paham.
Ingatlah ibu, tiada susu formula (walau mahal giler) dapat menandingi susu badan ibu. Dipenuhi dengan khasiat dan antibodi yang tinggi. Rasanya yang boleh berubah ikut apa yang ibu makan. Suhunya yang suam, paling sesuai untuk bayi. Dan juga datang dengan bekas yang menarik.
Oleh itu ibu, target 2 tahun penyusuan lengkap. Dan berusahalah. Breastmilk is the best for our babies.
Nota: Bagi membantu ibu terus kekal sihat dan positive, boleh mengambil Set Penyusuan Shaklee. Tanpa ibu yang sihat dan positive menyusukan akan menjadi lebih sukar. Jadi ibu jagalah kesihatan. Bonus kepada Set Penyusuan Shaklee adalah susu badan yang sikit akan kembali banyak.
Setiap pembelian Set Penyusuan Shaklee dari WeLoveSusuIbu akan menerima:
1-E-Book Khas Tips Tambah Susu
2-Jadual Rutin Mengepam
3-Penghantaran
4-Konsultasi cara pengambilan Set Penyusuan Shaklee dan bantuan penyusuan
SECARA PERCUMA!!!!
Harga bagi Set Penyusuan Shaklee (Set 3M) RM497. Hubungi Eray 016 773 1892 bagi mendapatkan harga SUPER ISTIMEWA.
Set Penyusuan Shaklee (Set 3M) ini boleh digunakan lebih dari 4 bulan. Sangat menjimatkan!
0 comments