Shaklee halal ke? Kan takde pengesahan halal JAKIM. Betul ke halal?
Nie kes ramai yang dengar orang kata. Tapi tak selidik dulu. Terus percaya dan sebarkan kabar angin. Tahukah korang yang status halal Shaklee nie ISA yang iktiraf. Siapa ISA? ISA adalah Islamic Service of America. Dan badan ini telah diiktiraf oleh JAKIM untuk sebarang sijil halal yang dikeluarkannya. Boleh semak sini untuk pengesahan.
Alhamdulillah, makin ramai yang pentingkan isu halal sekarang. Pengguna makin bijak. Malahan bukan saje orang Islam yang mencari halal nie. Orang bukan Islam pun dan sedar. Sebab sebahagian dari halal adalah bersih. Dan lebih menarik lagi bila pengedar sendiri menyelidik sejauh mana status halal Shaklee nie. Sebagai pengedar yang baik. Perlu ada rasa tanggungjawab memastikan status halal haram sebelum membuat promosi. Tak baik tau, jika jual saje tanpa pasti akan halal atau haram sesuatu barang tu.
inilah sijil halal shaklee malaysia, dari ISA |
Tahu sajelah sekarang nie. Banyak sangat percampuran antara yang halal dan haram. Bukan hanya pada sumber makanan. Dari segi kewangan, pergaulan lelaki perempuan, jual beli dan macam-macam lagi. Jadi sebagai pengguna Islam, mencari yang halal itu fardhu. Nak beli kereta atau rumah pun, pilihlah pembiayaan yang berlandaskan syariat Islam. Betul kadang-kadang sedikit mahal. Tapi takpe kita jihadkan kerana Allah. Bukan ke hidup nie untuk dapatkan redha Allah.
Sumber atau apa saja yang tidak halal, balasannya pasti di neraka. Itu janji Allah. Di dunia pun sudah nampak impak nya. Seperti hidup kucar kacir, hati tak tenang, selalu dirundung masalah, hati keras menjadi batu dan macam-macam lagi. Jadi jom kita mencari yang halal.
Isu Shaklee halal nie juga terkadang menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Sebab rakyat kita dah terbiasa sangat dengan JAKIM. Jika produk tu tiada status halal JAKIM, maka status halalnya terus diragukan. Walhal beratus lagi badan lain yang mengeluarkan status/sijil halal bagi produk buatan Malaysia. Seperti Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia.
Monopoli halal oleh JAKIM juga menjadi isu bagi badan-badan pengeluar sijil halal. Mereka usulkan agar sijil halal tak dimonopoli oleh JAKIM sahaja. Tapi dari segi pemasaran, pastilah produk dengan sijil halal JAKIM lah yang biasanya hot. Sebab ramai yang percaya sijil halal JAKIM.
Setiap badan pensijilan halal ada prosedur yang ketat sebelum sijil halal dikeluarkan. Mengikut pembacaan saya, status halal yang paling ketat sekali adalah dari Kanada dan USA. Sukar mendapat pelepasan jika produk tak menepati prosedur mereka. Jadi bila Shaklee mendapat pengiktirafan halal dari ISA, maka sepatutnya tiadalah lagi isu kehalalannya kan? Setiap produk yang ada sijil halal tak boleh main-main. Ini kerana jika ada prosedur yang dilanggar, sijil halal akan ditarik semula.
Produk-produk Shaklee Malaysia ada tersenarai pada sijil halal tersebut. Maka gunakanlah tanpa was-was. Tak perlu ragu. Nikmatilah segala kebaikan Shaklee yang halal nie.
Jika masih ada pertanyaan tentang Shaklee halal tau tidak, bolehlah menghubungi Shaklee Malaysia.
Jika mahu memesan atau mengetahui kebaikan-kebaikan produk Shaklee ini. Silalah hubungi saya. Insyaallah saya akan kongsikan bersama.
sayalah pengedar shaklee yang halal :D |
Suriya Ab Majid
Shaklee ID: 840943
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892