Tips Berpantang Sihat Ceria
Lepas 3 Hari, Luka Ceaser Sembuh Siap Boleh Jalan Laju
Wednesday, October 25, 2017
Anda juga mahu luka ceaser sembuh segera? Vivix adalah yang diperlukan supaya harapan anda untuk cepat sembuh tercapai.
Sama seperti Puan Azirul:
"Selepas tiga hari ambil Vivix, rasa sajit bahagian ceaser bersalin makin kurang. Dan boleh mengiring selesa menyusukan anak, jalan pun makin laju.Kalau dulu bahagian luka tu memang tak boleh jalan sangat sebab sakit.Sekarang dah 30 hari, rasa cergas. Tak sakit langsung bahagian luka jahitan sampai terlupa yang diri bersalin ceaser."
Vivix adalah gabungan empat tumbuhan botanikal yang terpilih melalui beratus ujian klinikal.
Ia juga telah dijamin 100% selamat, semulajadi dan berkesan.
Kandungan
resveratrol di dalamnya menjadikan sel-sel yang rosak akibat pembedahan
diransang dan bertambah baik. Selain itu, ia menjadikan badan
menghasilkan sel-sel baru yang sihat.
Kesannya luka ceaser cepat sembuh, risiko jangkitan kuman paling minima, badan bertenaga dan luka bercantum cantik.
Sehinggakan pada hari ke tiga Puan Azirul dah boleh mengiring dengan selesa untuk menyusukan. Siap boleh jalan laju.
Masuk hari ke 30, ternyata beliau luka beliau sudah sembuh sampai terlupa dia baru melahirkan anak secara pembedahan.
Sediakan Vivix seawalnya. Boleh dimakan semasa di hospital lagi. Hanya satu sudu kecil sehari.
Ingat
anda perlu jadi ibu yang kuat bertenaga untuk menjaga dan menyusukan
anak yang baru lahir. Oleh itu, berikan persediaan terbaik untuk diri
anda.
Mahu menempah Vivix? Hubungi saya;
Eray Majid
Pengedar Shaklee
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
Pantang larang buat ibu bekerja yang memerah susu. Kalau tak mahu susu perahan sedikit, tolonglah jangan buat 5 perkara ini:
1- Tak Ikut Jadual Mengepam
Masa baru naik kerja bersemangat ikut jadual mengepam. 2-3 jam sekali mesti pergi mengepam. Tapi apabila sudah sibuk, mulalah 'skip' sesi mengepam.
Kalau sehari dua, tak apalah. Kalau sudah berbulan-bulan, usahlah pelik susu perahan sedikit yang berjaya dibawa pulang.
Cuba sebaiknya untuk ikut jadual yang telah dibuat.
2- Tunggu Payudara Bengkak
Kerja menimbun, sayang nak tinggal meja kerja. Walaupun dah tiba masa mengepam. Tunggu sajalah payudara bengkak. Kalau tak bengkak tak payah pam.
Perbuatan begini menyebabkan penghasilan susu terbantut. 'Supply' tidak akan ada jika tiada 'demand'.
Lagi pula, jika menunggu payudara bengkak menyebabkan komposisi susu perahan tak seimbang. Lebih banyak susu foremilk dari hindmilk.
3- Tak Ganti Sesi Mengepam
Tak sempat langsung pam di pejabat. Bila sampai di rumah pula tersadai pam di tepi dinding. Sebaiknya, apabila sudah 'skip' memerah susu semasa di pejabat gantikanlah semasa di rumah.
Anda boleh memerah sambil anak menyusu. Ataupun setelah anak menyusu dan tidur, ambil masa 15-20 minit untuk mengepam. Barulah stok susu perahan dapat dikumpul.
4- Tidak Memerah Susu
Ini sebab yang paling kaw! Langsung tidak memerah susu apabila di tempat kerja. Hanya mengharapkan anak menyusu di rumah nanti.
Jika anak jenis hisap bersungguh-sungguh mungkin susu tak terjejas. Tetapi jika anak pun hisap main-main sebab dah kenyang dengan susu formula. Jangan pelik jika sampai masa nak memerah susu, hanya sedikit saja susu yang dapat dikumpul.
Jika berniat mahu menyusukan anak hingga usia dua tahun, elakkan dari buat perangai begini.
5- Berikan Susu Formula
Tanpa disedari, akibat dari stress di tempat kerja dan tak sempat mengepam. Akhirnya susu perahan sedikit saja.
Stok beku EBM pula dah habis. Habislah susu tak cukup. Maka terpaksalah beli dan berikan anak susu formula.
Mulanya beri semasa anak di rumah pengasuh untuk 'top-up'. Tapi bila benda dah ada depan mata, makin mudahlah nak berikan anak susu formula.
Penat balik kerja dan tak larat, minta tolong suami bancuhkan susu formula. Cuba kalau memang tak ada langsung susu formula di dalam rumah, pasti anda akan berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak.
Manusia, apabila benda ada tak dihargai. Bila dah tak ada, barulah beriya nak cari. Seperti ibu yang hentikan penyusuan badan tanpa sebab yang munasabah.
Tiba-tiba apabila ada suatu kejadian, atau anak selalu sakit barulah nak kembali berikan susu badan. Tapi masa tu, susu badan pun dah kering.
Terpaksa relaktasi. Bagi yang kuat mental, boleh berjaya. Tapi bagi yang tak? Terhentilah penyusuan susu ibu selamanya.
Oleh itu, jika anda nak capai tempoh dua tahun. Elakkan dari buat 5 perkara ini ya.
Menu Eat Clean
Resepi Eat Clean, Chicken & Broccoli Rice Skillet with Cheese
Sunday, October 22, 2017
Buntu nak makan apa hari tu, buka applikasi Yummly. Cari apa yang boleh dibuat degan nasi semalam, brokoli dan dada ayam. Sekali apps cadangkan resepi eat clean ini, Chicken & Broccoli Rice Skillet with Cheese.
Begitu mantap sekali namanya. Jangan risau senang saja nak buat. Ala-ala nasi goreng, beza sikit je. Nasi goreng tak payah tambah air, yang ini ada.
Skillet pun tak ada kat rumah, jadi guna non-stick pan saja. Cara tak berapa penting, yang penting rasa mesti sedap.
Ini bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 bawang besar
- 3 bawang putih
- 1 dada ayam
- Serbuk Cayenne (kalau suka)
- 1/2 cawan nasi
- 1 cawan air
- 1 cawan brokoli
- 2 keping cheese
- 1 sb minyak zaitun
Ini cara nak masak:
- Panaskan skillet, masak ayam (Eray gaul ayam dengan serbuk Cayenne). Dah masak keluarkan.
- Di pan yang sama, saute bebawang sampai layu.
- Masuk pula nasi, gaul rata.
- Masukkan air, tutup pan. Biar air separuh kering. Masuk pula brokoli dan ayam tadi.
- Gaul rata, pastikan air dah kering.
- Masukkan cheese. Gaul lagi dan selamat santap.
mengancam tak? |
ini close up, aww terliur |
Selamat mencuba. Kalau dah cuba kongsikan rasanya di sini ye.
Ini ceria awal pagi tadi, tengah seronok menghirup Vico yang dicampurkan dengan Cinch Tea Mix. Teh ini bagus kalau mahu badan cergas dan cerdas. Bagus juga untuk kurangkan inci lilitan perut.
Sambil itu jari rancak menari-nari atas skrin telefon.
Habis semak Whatsapp dari customer dan prospek. Beralih pula untuk semak Messenger, sebenarnya jarang benar buka aplikasi ini. Rupanya ada banyak mesej yang masuk.
Mata tertancap pada satu pengirim, Cik Hasnita. Mulanya Eray ingatkan prospek yang mahu beli Set Postnatal Shaklee. Sekali bukan.
Cik Hasnita rupanya penulis dari web Pa&Ma. Terperanjat bila dia nyatakan hajatnya mahu melamar artikel Eray untuk dimasukkan ke majalah web Pa&Ma.
Orang kata, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Peluang begini bukan selalu datang kan? Mana tahu lepas ini boleh masuk televisyen pula. Berangan dulu pun jadilah.
Tadi saja ke Pa&Ma, eh sudah adalah artikel Eray. Harapnya secebis perkongsian itu dapatlah beri manfaat untuk ramai orang.
Inilah kemanisannya menulis. Moga terus diberikan kekuatan dan keizinan untuk terus menulis. Amin.
Sambil itu jari rancak menari-nari atas skrin telefon.
Habis semak Whatsapp dari customer dan prospek. Beralih pula untuk semak Messenger, sebenarnya jarang benar buka aplikasi ini. Rupanya ada banyak mesej yang masuk.
Mata tertancap pada satu pengirim, Cik Hasnita. Mulanya Eray ingatkan prospek yang mahu beli Set Postnatal Shaklee. Sekali bukan.
Cik Hasnita rupanya penulis dari web Pa&Ma. Terperanjat bila dia nyatakan hajatnya mahu melamar artikel Eray untuk dimasukkan ke majalah web Pa&Ma.
Orang kata, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Peluang begini bukan selalu datang kan? Mana tahu lepas ini boleh masuk televisyen pula. Berangan dulu pun jadilah.
Tadi saja ke Pa&Ma, eh sudah adalah artikel Eray. Harapnya secebis perkongsian itu dapatlah beri manfaat untuk ramai orang.
Inilah kemanisannya menulis. Moga terus diberikan kekuatan dan keizinan untuk terus menulis. Amin.
Anda baru pertama kali menyusukan anak, dan tidak pasti berapa lama perlu menyusukannya? Berikut adalah 8 panduan yang anda boleh ikuti:
Menyusukan anak hingga kenyang. Pastikan anda gunakan posisi dan lekapan yang betul.
Kebiasaannya, bayi akan menghisap susu pada kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Namun ada bayi yang hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja.
Biarkan bayi puas menghisap sebelah payudara hingga kenyang. Hanya selepas itu gilirkan ke sebelah lagi payudara.
Jika anda tiada pengalaman dan tidak tahu berapa lama perlu menyusukan anak. Anda digalakkan untuk menyusu sebelah payudara selama 20-30 minit (sehingga bayi kenyang). Selepas itu baru beralih ke sebelah lagi.
Jika bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Tawarkan payudara yang sebelah tadi untuk sesi penyusuan seterusnya.
Sekiranya payudara yang masih belum disusukan sudah penuh dan mula rasa tak selesa. Sebaiknya ibu memerah susu untuk disimpan.
Jika bayi anda tertidur selepas menyusu pada kedua-dua payudara, berikutnya mula menyusukan anak dengan payudara yang kedua tadi.
Ada juga bayi yang menyusu sekejap-sekejap pada satu-satu payudara dan melepaskannya. Anda perlu sendawakan bayi dahulu dan kemudian biarkannya menyusu di payudara yang sama sehingga dia kenyang.
Setiap perkara pasti ada permulaanya, begitulah juga dengan menyusukan anak. Berikan masa untuk diri sendiri dan bayi untuk sama-sama belajar.
Terus menyusukan anak dan yakinlah anda boleh capai dua tahun target penyusuan.
breastfeeding
8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat, Supaya Susu Cukup
Thursday, October 19, 2017
Cuti berpantang hampir habis? Ini ada panduan yang betul untuk anda memerah susu ibu di pejabat. Ikuti kesemuanya supaya cukup bekalan susu buat anak di rumah pengasuh.
8 Panduan Betul Memerah Susu Ibu di Pejabat
1- Buat Jadual Mengepam
Jadual mengepam sangat penting supaya anda tidak terlupa untuk mengepam susu. Buatlah jadual yang bersesuaian dengan masa bekerja.
Sebaiknya cuba untuk mengepam 2-3 jam sekali.
Jadual yang dah siap nanti, tampalkan supaya mudah untuk anda lihat.
2- Perah Selepas Menyusukan Anak
Cuba untuk memerah susu ibu selepas menyusukan. Cuti berpantang dan bersama anak di rumah menjadikan anda sudahpun ada jadual menyusu yang khusus.
Jadikan ianya sebagai panduan untuk anda membuat jadual memerah susu di pejabat nanti.
3- Perah 3 Jam Sekali
Jika anda terpaksa berjauhan dengan anak sekali 8-9 jam sehari, cuba untuk mengepam 3 jam sekali. Kurang mengepam boleh membuat susu semakin kurang.
4- Perah Di Rumah
Cukup hanya untuk memerah sebanyak dua kali. Sekali di awal pagi sebelum pergi ke pejabat dan sekali lagi sebelum tidur.
Ini akan menambahkan kuantiti stok EBM (expressed breast milk).
5- Pam Secara Konsisten
Mengikuti jadual pam secara konsisten, ia lebih menjamin penghasilan susu yang berterusan. Namun, jika jadual kerja sukar dijangka pamlah walaupun sekejap.
Ini lebih baik dari terus meninggalkannya.
6- Pilih Pam Yang Bagus
Pilih pam yang boleh mengepam kedua-dua payudara dalam masa yang sama. Ini sangat sesuai buat ibu yang sibuk dan tidak ada banyak masa untuk memerah susu ibu.
7- Bijak Mengurus
Jika ada mesyuarat atau perjumpaan, awalkan 15 hingga 20 minit waktu mengepam. Atau, minta kebenaran untuk keluar mengepam sebentar.
8- Gantikan Waktu Memerah Susu
Ada ketika anda tidak dapat ikut jadual yang sepatutnya. Usah risau, hanya gantikan waktu memerah susu ibu sambil menyusukan anak.
Atau boleh juga mengepam di waktu tengah malam. Ini penting supaya cukup bekalan susu untuk keesokkan harinya.
Menyediakan perahan susu badan untuk anak bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ianya bukan mustahil.
Mungkin susah diawalnya, tapi apabila sudah terbiasa pasti mudah.
Tips Berpantang Sihat Ceria
Set Berpantang Untuk Bersalin Caeser, Luka Sembuh Segera
Wednesday, October 18, 2017
Pening
mahu pilih set berpantang untuk bersalin caeser? Wanita yang bersalin
melalui pembedahan mestilah menggunakan set yang bersesuaian.
Kebanyakan doktor menyaran untuk mengelakkan set pantang yang berasaskan jamu.
Saya cadangkan anda untuk berpantang dengan Set Postnatal Shaklee.
Mari
saya kongsikan pengalaman suami yang prihatin ini. Betapa 'romantik'
nya sanggup keluarkan duit untuk beri yang terbaik buat isterinya.
"Alhamdulillah
selepas keluar hospital langsung tak makan ubat hospital. Walaupun
ceaser balik rumah tidak ada apa-apa alahan tanpa makan ubat hospital.
Kekal ambil Shaklee saja.
Bekas
jahitan pun tak adalah dia merungut sakit ke apa. Berbanding dengan
kawan dia yang ceaser sama. Mereka kata sakitlah, tidak selesa dan bekas
jahitan luka-luka.
Langsung tak ada alahan. Luka jahitan kering saja.
Kesannya memang nampak, walaupun tak makan ubat hospital.
Berjalan pun ok saja selepas balik ke rumah".
Suami mana tak gembira kalau isterinya cepat sembuh dan nampak sihat.
Tak rugi langsung suami ini melabur belikan set berpantang untuk bersalin ceaser ini.
Pilihlah yang terbaik buat diri anda. Berpantanglah dengan selesa dengan sat dari Shaklee ini.
Mahu beli set ini? Boleh terus hubungi;
Eray Majid
Pengedar Shaklee
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
Eray akan berikan bimbingan cara pengambilan supplemen Set Berpantang Shaklee. Insyaallah korang akan merasakan pengalaman yang luar biasa ketika 44 hari berpantang.
Anda boleh juga klik --> Beli Set Postnatal Shaklee untuk pembelian terus secara online. Hanya ikuti arahan selanjutnya.
Tips Berpantang Sihat Ceria
5 Terbaik Makanan Elak Sembelit Selepas Bersalin
Tuesday, October 17, 2017
Sembelit saja sudah menyakitkan, apatah lagi sembelit selepas bersalin. Bayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung ibu yang baru melahirkan anak ini.
Nak meneran kuat takut jahitan luka terbuka. Cuba teran perlahan-lahan, tetapi hampa. Terpaksalah membawa sakit sembelit berhari-hari.
Tak termasuk lagi penderitaan berjam-jam di tandas. Sangat memenatkan dan stress.
Oleh itu, jika anda sudah memasuki fasa akhir mengandung jagalah pemakanan sebaiknya. Kerap ambil makanan elak sembelit supaya tenang semasa berpantang nanti.
Berikut adalah 7 jenis makanan elak sembelit selepas bersalin:
1- Prune
Makanan ini kaya dengan fiber. Nutrisi yang terkandung di dalamnya membantu anda mengeluarkan najis yang sudah terkumpul.
Cuma jika anda ada kencing manis ketika hamil, hadkan pengambilannya. Ini kerana ia mengandungi gula tambahan yang tinggi.
2- Kiwi
Buah kimi mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula. Buah yang rendah gula adalah bagus untuk mengelakkan masalah perut kembung.
Ia juga kaya dengan vitamin C yang berkesan menyelesaikan masalah sembelit. Sifat vitamin C yang larut air akan menarik kandungan air ke usus. Lalu ia akan melembutkan najis yang mahu dikeluarkan.
3- Popcorn
Usah terperanjat ya, popcorn atau bertih jagung adalah makanan elak sembelit selepas bersalin. Ini kerana popcorn kaya dengan fiber.
Apa saja makanan yang kaya fiber, ianya pasti bagus untuk elak sembelit.
Sebaiknya makan popcorn kosong, elakkan yang banyak mentega dan gula.
4- Oat
Oat mengandungi fiber tidak larut dan larut. Keduanya bagus untuk lancarkan proses pembuangan najis.
Fiber yang tidak larut ini berfungsi melancarkan proses penghadaman. Manakala fiber larut pula membantu melancarkan proses mengeluarkan najis.
Membuang najis tanpa meneran adalah tanda anda mempunyai sistem penghadaman yang baik.
5- Yogurt
Kandungan nutrisi di dalam yogurt adalah sangat baik bagi mengelakkan sembelit dari terjadi. Ia juga makanan yang baik untuk kesihatan usus.
Yogurt ada kandungan probiotik yang menambah bilangan bakteria baik di dalam usus. Terdapat kajian menunjukkan bahawa yogurt meningkatkan pergerakan najis di dalam usus. Selain itu, ia juga melembutkan najis dan memudahkan proses membuangnya.
Sedap-sedap bukan makanan yang membantu elak masalah sembelit ini? Jadi pergilah ke pasaraya dan beli untuk buat stok di rumah.
Jangan tunggu sudah sembelit. Teruk kalau dah sembelit, nanti boleh jadi buasir pula. Masukkan makanan-makanan ini dalam diet harian anda.
Anda mahu mengelakkan sembelit dengan lebih baik lagi? Tambahkan Ostematrix sebagai suplemen harian.
Bukan hanya tak sembelit lagi. Ia melengkapkan keperluan kalsium harian buat anda yang sedang hamil. Masalah kejang kaki, sakit gusi, lenguh pinggang dan lenguh kaki dapat dihilangkan.
Mahu beli Ostematrix? Boleh WA atau SMS saya di 0167731892 untuk maklumat lanjut.
Tips Berpantang Sihat Ceria
7 Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer Supaya Cepat Baik
Monday, October 16, 2017
Penjagaan luka bersalin czer ternyata lebih teliti. Ini kerana lukanya lebih besar dan begitu dalam berbading dengan luka bersalin secara normal. Samaada luka akibat terkoyak atau episotomi.
Berikut adalah 7 tips penjagaan luka bersalin czer supaya cepat baik:
1- Pergerakan Lebih Awal
Apabila pulang ke rumah, cuba untuk melakukan pergerakan seawalnya. Iaitu dengan berjalan disekeliling katil atau bilik.
Pergerakan ini membantu pengaliran darah yang baik. Bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Jika takut untuk berjalan sendiri. Minta bantuan ahli keluarga. Ini juga boleh mengurangkan risiko darah beku.
2- Makan Makanan Sihat dan Seimbang
Pemilihan makanan semasa berpantang amat penting. Makanan yang sihat dan seimbang bertindak menggantikan tenaga, protein dan darah yang hilang semasa proses pembedahan czer.
Protein adalah zat yang penting bagi mencantum dan menyembuhkan luka. Kekurangan zat ini membuatkan luka lambat tercantum, dan mengundang risiko terkena jangkitan kuman.
Pilih protein yang baik dari ikan, ayam dan juga daging. Jika mahukan protein bebas kolestrol, anda boleh masukkan soya dalam diet harian.
Boleh cuba minuman Energizing Soy Protein (ESP). Bukan saja luka cepat baik, malah membantu meningkatkan dan memekatkan susu badan.
Makanlah banyak sayuran dan buah-buahan. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral bagi proses penyembuhan yang cepat. Lengkapkan keperluan vitamin dan mineral ini dengan Set Postnatal dari Shaklee.
3- Minum Air Secukupnya
Pastikan minum air yang cukup, sekurang-kurangnya 2 liter. Jangan risau rahim kembang atau bengkak, ini hanya mitos semata-mata.
Air penting bagi membuang toksin. Kurang air boleh memyebabkan sembelit dan kekurangan penghasilan susu badan.
4- Pengambilan Suplemen Pil Multivitamin
Pilih pil multivitamin yang mengandungi zat besi seperti Vita Lea with Iron Formula dari Shaklee. Ambil hanya dua biji sehari selepas sarapan.
Tujuan utama pengambilan multivitamin ini adalah untuk menambah darah merah yang telah banyak hilang semasa proses pembedahan. Ia juga dapat membantu luka segera sembuh.
5- Ubat Tahan Sakit
Ini juga membantu penjagaan luka bersalin czer. Ambil jika sakit yang melampau. Ini akan membuat pergerakan lebih selesa dan mudah untuk menyusukan anak.
6-Pastikan Luka Kering dan Bersih
Jangkitan kuman lebih mudah terjadi jika luka basah dan kotor. Ini membuatkan risiko luka terbuka dan sukar untuk bercantum dengan baik. Kalau bercantum pun, ianya tak nampak cantik.
Lindung luka ketika mandi. Bersihkannya jika perlu. Sesekali dedahkan luka kepada angin supaya kawasan luka kering.
7- Berbengkung
Ibu yang czer juga boleh berbengkung. Pilih bengkung yang yang lembut dan menyerap peluh. Berbengkung akan memberikan sokongan pada abdomen dan kawasan yang telah dibedah.
Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit ketika batuk atau bersin. Selain itu, perut juga akan menjadi kempis. Angin dalam usus juga dapat dikeluarkan.
Masih ada wanita yang tidak menyangka menyusukan anak juga adalah tips penjagaan luka bersalin czer yang penting. Ini kerana semasa menyusukan, hormon oxytocin akan dikeluarkan. Hormon inilah yang membantu mengecutkan dan menyembuhkan rahim yang tercedera.
Nikmati waktu berpantang, tidak perlu terkocoh-kocoh. Berikan masa dan ruang supaya badan dirawat dan kembali pulih seperti sebelum hamil. Bukankah lama lagi badan mahu digunakan?
Love yourself.
Tak sanggup tungu lama untuk luka czer sembuh? Saya cadangkan untuk ambil Vivix sesudu kecil sehari. Boleh WA/SMS untuk dapatkan Vivix.
Bisnes Shaklee
Bisnes Online Shaklee, Bisnes Paling Senang Yang Pernah Eray Buat
Sunday, October 15, 2017
Sejujurnya Eray nak beritahu pada semua yang baca entry ni, bisnes online Shaklee adalah bisnes paling mudah dan lumayan yang Eray pernah buat.
Macam-macam bisnes Eray pernah buat dari zaman belajar Diploma in Banking di UiTM Melaka. Maklumlah ayah dan ibu sendiri pun pernah ada bisnes gerai makan dan jual satay.
Bisnes dah umpama darah yang mengalir dalam tubuh badan. Teringat masa kecil dahulu, sanggup tak tidur sebab tunggu ayah balik menjual satay. Selesai saja kemas motor roda tiga yang dibawa ronda untuk menjual, Eray mesti ambil bekas duit.
Lekas-lekas kira berapa dapat malam ini.Terasa banyak sungguh duit dalam tangan masa tu.
Cuma Eray rasa kasihan dekat ibu dan ayah. Nampak penat sekali. Siang ayah kerja pejabat, malam lepas solat Maghrib mulalah dia ronda satu taman sambil bunyikan hon.
Susah nak cari duit demi nak suap nasi ke mulut Eray empat beradik.
Eray faham sangat bila orang kata bisnes ni susah. Tapi bila Eray jumpa bisnes online Shaklee, ternyata berbeza sungguh.
Semasa di UiTM Melaka jualkan choco ball kawan, entah mana tah dia dapat supply. Lepas Isya' dia hantar satu bekas, lepas tu Eray bawalah jual dekat blok Camelia.
Tidak habis kat situ, zaman Degree di UiTM Machang pakat dengan kawan jual buah. Keluar modal seorang sedikit, habis kelas dengan kereta antik dia pergi borong buah.
Biasanya kami beli buah mangga, orang Kelantan panggil buoh pauh.
Berkilo-kilo buah, selamba saja kami basuh di bilik air asrama. Selesai, angkat pula masuk ke bilik untuk operasi mengupas dan bungkus.
Tak larat nak jual sendiri, pasang tiga orang kaki. Budak-budak junior lah jadi mangsa, kami upah RM10 ke RM20. Banyak juga untung masa tu dekat RM1,000.00. Bahagi dua, dapatlah RM500.00 seorang. Bolehlah kan?
Adalah lagi bisnes-bisnes lain lagi.
Sampailah masa Eray lahirkan Rayna. Semasa cuti berpantang lagi sudah terfikir apalah yang bisnes yang aku boleh buat? Tujuan utama nak berhenti kerja dan jaga Rayna sendiri. Tapi masih pegang duit sendiri.
Ditakdirkan bertemu dengan Premium Beautiful. Huh silap besar, bila ikut kata 'mentor' buat pinjaman RM20,000.00. Silap diri sendiri terlampau gelojoh.
Akhirnya bisnes yang dicanang senang tu, tak sesuai langsung dengan jiwa Eray.
Macam mana nak sesuai bila kena keluar malam? Lepak kedai mamak sampai tengah malam sembang 'business plan'.
Tak cukup itu, kena paksa puji upline melambung-lambung untuk nampakkan keteguhan bisnes.
Akhirnya Eray lari. Taubat dah! Tak nak dah buat bisnes lagi.
Nasiblah balik juga modal RM20,000.00. Kalau tak, huh sudah jatuh ditimpa tanggalah pula.
Namun agaknya memang sudah takdir Eray bersama dengan bisnes. Secara tak sengaja kenal dengan Shaklee sebab mahu cari vitamin tambah susu badan. Susu merudum teruk masa Rayna lapan bulan.
Eray beli set percubaan RM80.00, bila makan dalam satu minggu nampak kesannya. Susu yang dipam bertambah kuantitinya.
Lebih mengujakan bila kawan-kawan yang sama mengepam tegur warna susu kuning dan pekat. Eray pun cadangkan mereka cuba sekali.
Makin ramai yang berminat nak cuba bila Eray kongsikan di Facebook. Itulah titik tolak bermulanya Eray dengan bisnes online Shaklee.
Bermula hanya di Facebook, kemudian Eray kembangkan di blog atas nasihat mentor. 3-4 bulan fokus, Eray mula dapat pelanggan dari serata Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Tahun 2017 maknanya sudah 6 tahun Eray membuat bisnes yang senang ini. Impian Eray nak berhenti kerja pun dah tercapai sebelum Rayna masuk darjah satu.
Eray memang sudah memasang azam, mahu uruskan hal elwal persekolahan anak. Hantar dan ambil ke sekolah, sediakan makan tengah hari dan sebagainya. Puas rasanya bila anak di depan mata.
sambil layan Sumayya, siap dah satu entry blog |
Walaupun kehidupan Eray semakin sibuk apabila berhenti kerja, bisnes online Shaklee Eray langsung tidak terjejas.
Bisnes tetap saja berjalan, pasti ada saja prospek dan pelanggan yang SMS dan Whatsapp untuk beli produk-produk Shaklee. Walaupun ada ketikanya Eray tidak sempat update blog.
Apatah lagi nak pegang telefon 24 jam untuk promosikan Shaklee.
Blog memang platform terbaik untuk bisnes online Shaklee. Hanya pada awalnya kena struggle, paksa diri buat entry setiap hari. Itu pun hanya 3-4 bulan, kalau tahu teknik-teknik tertentu boleh jadi lebih cepat dari itu.
Samalah seperti kita menyemai pokok. Masa kecilnya kita harus baja dan siram setiap hari, tapi bila sudah matang kita hanya mengutip hasilnya sahaja. Sebab itulah Eray katakan inilah bisnes yang paling senang yang pernah Eray buat.
Sudahlah tak perlu:
- keluar modal sampai RM20,000.00, hanya RM79.50 sahaja untuk daftar keahlian
- keluar melepak sampai tengah malam borak pasal bisnes, buang masa
- duduk menghadap Facebook atau IG 24 jam untuk buat promosi
- tinggalkan anak-anak demi kerana bisnes, Shaklee is family business
- puja puji upline untuk tunjukkan bisnes hebat
Lagi sekali, TAK PERLU.
Hanya perlukan usaha yang sungguh-sungguh, sanggup belajar perkara baru dan berhenti beri alasan. Itu saja.
Dan itu saja kualiti dan ciri-ciri downline Shaklee yang Eray nantikan.
Apa guna ilmu kalau disimpan saja, Eray mahu curahkan semuanya supaya korang juga akan dapat nikmati apa yang Eray dapat dengan bisnes Shaklee ini. Atau mungkin lebih lagi.
Kalau korang cari bisnes goyang kaki, tiba-tiba duit jatuh dari langit. Ini bukan bisnesnya, pergilah belajar menjahit sana.
Tapi kalau korang mahu bisnes yang boleh mengubah hidup dan meningkatkan kualiti hidup, inilah bisnesnya, bisnes online Shaklee.
Mana tahu hati terpanggil untuk memulakan perniagaan online ini, boleh terus saja WA/SMS Eray ke 0167738192. I wait for you.
Tips Berpantang Sihat Ceria
Anda Mahu Bayi Cukup Susu? Elak 3 Amalan Berpantang Kuno
Saturday, October 14, 2017
Jika anda sudah memasang niat menyusukan anak, dan mahu bayi cukup susu. Anda mesti ambil tahu tiga perkara penting yang tak sepatutnya berlaku semasa berpantang.
Tiga amalan berpantang kuno ini bukan saja buat susu badan tak cukup. Anda sendiri akan keletihan melampau, dan paling teruk bila terpaksa berhadapan dengan azab sembelit.
Ini adalah tiga perkara yang anda perlu tahu:
1- Minum Air Sedikit
Ada sesetengah kepercayaan mak atau nenek kita, kalau minum air mestilah sedikit saja. Ini kerana air boleh menyebabkan 'benda' di bawah basah dan kembang.
Benda yang dimaksudkan disini faraj. Air tidak akan mengembangkan faraj.
Walhal air adalah amat penting untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Lagipula, kalau hanya minum 2-3 gelas sehari, mana cukup untuk penghasilan susu.
Seeloknya anda perlu minum 8-9 gelas sehari. Bukan minum sekali gus.
Minum sedikit-sedikit. Barulah bayi cukup susu. Anda pun gembira lihat bayi kekenyangan dan tidur lena.
2- Hanya Kopi
Ada pula mak yang hanya benarkan anaknya minum kopi o panas. Tidak boleh minum minuman lain. Kopi o mengandugi kafein yang banyak. Ini juga akan mempengaruhi kuantiti susu badan.
Berpantang tidak perlu menyeksakan. Anda bebas untuk minum air yang berkhasiat dan sedap. Contohnya Horlicks panas. Ramai juga ibu-ibu mengatakan Horlicks bagus untuk meningkatkan susu ibu.
Cuma usahlah ambil secara berlebihan. Cukup satu mug sehari, ambil semasa sarapan atau minum petang. Ada banyak gula dalam minuman ini tau.
3- Makan Ikan Kering
Ibu berpantang perlukan makanan yang cukup dan berkhasiat. Anda perlukan tenaga yang cukup untuk menjaga diri dan menyusukan anak. Selain itu, makanan yang diambil turut menjadikan bayi cukup susu.
Jika hanya berlaukkan ikan kering, anda fikir cukup ke nutrisi yang diperlukan?
Pelbagaikan makanan, ikan merah, ikan tenggiri, ayam dan banyak lagi pilihan lauk untuk anda. Cuma pilih yang dimasak secara sihat ya.
Ini Sumayya, puas menyusu sampai asyik muntah susu je |
Berpantang tidak menyeksa dan menyesakkan jika tahu amalan berpantang yang betul. Antara amalan yang penting:
- dapatkan khidmat mengurut dari bidan berdekatan
- gunakan bengkung untuk kecutkan rahim dan elak angin masuk ke dalam badan
- pakai stokin supaya tidak terkena bentat
- bertungkung
- amalkan set berpantang supaya badan kekal cergas, luka cepat baik dan kembali langsing cantik
- elak tambah nasi kalau tak mahu perut buncit, makan lebih sayuran
- minum air sedikit demi sedikit
Jika anak anda mengalami kuning atau jaundis, elakkan mengambil jamu. Sebagai alternatif, anda boleh mengamalkan Set Post Natal Shaklee.
Ia adalah set suplemen yang dengan dengan segala vitamin dan mineral yang diperlukan ibu berpantang seperti anda.
100% semulajadi dan ianya mesra buat si ibu yang menyusukan anak. Malah, bertindak sebagai 'milk booster' supaya bayi anda dapat susu yang cukup dan membesar dengan baik.
Set ini mengandungi;
- Vitalea with Iron Formula 120 biji
- B-Complex 120 biji
- Sustained Release Vita C 180 biji
- Alfalfa Complex 330 biji
- Energizing Soy Protein 850 grams
- Omega Guard 90 biji
Set ini sangat praktikal dan sangat sesuai untuk ibu yang masih perlu bekerja walaupun berpantang. Ibu yang hebat semestinya perlukan bantuan set berpantang yang hebat juga bukan?
Jika anda mahu berpantang dengan set ini, boleh klik pada Beli Set Post Natal dan ikuti arahan lanjut.
Anda mahu beli pada harga ahli dengan diskaun 20%? Terus hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut;
Eray Majid
Pengedar Shaklee Anda
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
Tips Berpantang Sihat Ceria
Bagaimana Rawat Luka Czer Keluar Air? Dah 2 Minggu Pun Tak Sembuh
Tuesday, October 03, 2017
Siapalah yang tak panik, kalau luka czer keluar air warna kuning tiba-tiba kan? Kalau sedikit mungkin tidak apa-apa. Tapi ini sampai basah seluar dalam, kain batik pun basah sama.
Mesti dah terbayang yang bukan-bukan kan? Lagilah pula dalam pantang, emosi mudah rapuh.
Berhenti! Usah panik. Rupanya ini masalah ini adalah yang normal bagi ibu yang menjalani pembedahan czer.
Air kuning itu puncanya dari air terkumpul yang digunakan semasa proses pembedahan czer. Ada sesetengah orang memanggilnya air bisa.
Akan tetapi masalah luka czer keluar air ini, boleh mengundang masalah yang lebih teruk. Seperti luka lambat baik, dan berisiko tinggi untuk terkena jangkitan kuman.
Boleh jadi mimpi ngeri kalau luka sudah terkena kuman. Bayangkan sajalah, ia boleh menyebabkan luka tak dapat ditutup. Lebih mengerikan, ada yang kena jahit sekali lagi.
Ini luka czer yang dah kena jangkitan kuman teruk |
Kalau pun boleh tercantum sendiri, perut tak lagi cantik. Otot tak akan bercantum semula dan tak kuat. Boleh mengundang masalah lain pula nanti.
Apa Yang Perlu Dibuat Jika Luka Czer Keluar Air Kuning?
1- Segera Jumpa Doktor
Apabila masalah berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor. Jika bersalin di hospital kerajaan, pergilah ke Klinik Kesihatan (KK) berhampiran. Jika merasa sakit yang teruk pada bahagian luka sampai demam, bolehlah terus ke Emergency.
2- Dapatkan Rawatan
Jururawat dan doktor akan buat penilaian pada luka yang keluar air kuning tadi. 'Dressing' akan dibuat dan ibu akan dibekalkan dengan antibiotik.
3- Teruskan Dressing
Boleh pergi ke KK untuk buat 'dressing' jika takut untuk lakukan sendiri. Berani? Boleh buat sendiri di rumah, minta bantuan suami atau mak yang menjaga pantang.
4- Elakkan Terkena Air
Pastikan luka sentiasa tertutup apabila mahu mandi. Elak dari terkena air. Ini boleh menyebabkan luka lagi lambat baik.
5- Dedahkan Pada Udara
Ambil masa untuk dedahkan luka pada udara. Luka yang asyik terlindung mudah terkena jangkitan kuman.
Selain dari 5 perkara di atas ini, ada perkara yang sama penting untuk dibuat. Iaitu jaga pemakanan. Pastikan ibu dapat makanan yang sihat.
Sebagai pelengkap ambil Set Post Natal Shaklee yang terbukti bagus memulihkan luka czer dengan cepat.
Seperti Puan Asilah, boleh baca pengalamannya di bawah:
Assalamualaikum.
Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih.
.
.
Ok, saya nak share something yang bestt sangat dengan anda semua. Rugi sangat sapa yang tak baca sampai habis ni. Hihi..Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok. ;)
.
.
First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set ini lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set post natal Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je.
.
.
Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. 3Rezekii...Hehe...Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set ini 100%..Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni...Vitamin je pn...Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu...
.
.
14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg...Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan..
.
Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set yang sama. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat.
.
.
Set ini bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks.
.
.
Bila saya share cerita ini dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih untuk berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee.
.
.
Tq kepada semua yang baca kisah cinta saya dengan Shaklee ni sampai habis.
Stress tau kalau masa pantang ada masalah dengan luka czer. Kesannya boleh buat susu badan pun terbantut nak keluar. Banyak pula masalah lain yang akan timbul nanti.
Cepat sembuhkan luka czer, maka cepatlah ibu dapat habiskan tempoh berpantang dengan tenang.
Anda perlukan Set Post Natal Shaklee? Boleh klik BELI SET POSTNATAL dan ikuti arahan selanjutnya.
Jika anda mahu beli dengan harga ahli yang lebih istimewa, boleh terus hubungi:
Eray Majid
Pengedar Shaklee Set Post Natal
SMS/WA;
0167731892
Emel;
eray2311@gmail.com
Anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix, sekiranya anda sukakan cara pengambilan yang lebih mudah dan ringkas.
Bisnes Shaklee
5 Idea Bisnes Modal Rendah Khas Buat Surirumah Ada Anak Kecik
Monday, October 02, 2017
Pertama sekali Eray ucapkan TAHNIAH buat surirumah yang sudah berniat untuk mulakan bisnes modal rendah. Mulia sungguh hati seorang isteri, sanggup korbankan masa terluang untuk membantu suami kukuhkan ekonomi keluarga.
Banyak sekali pilihan untuk buat bisnes modal rendah dari rumah.
Berikut Eray kongsikan 5 pilihan untuk rujukan anda;
Buat tester, dan edarkanlah pada jiran tetangga. Minta suami tolong sekali untuk bawakan tester bagi kawan pejabat dia rasa.
Sambil-sambil tu, gunakan FB dan IG untuk promosikan cookies anda.
Untung? Lebih kurang dua kali ganda dari modal. Biasanya kedai jual alatan buat biskut dan kek menjual bahan pada harga yang lebih murah. Survey dan pilih yang terbaik.
Resepi cookies ada banyak, paling kurang mesti ada satu resepi yang anda biasa buat dan anak-anak suka kan?
Ini resepi cookies yang Eray pernah guna untuk buat jualan.
Mulakan servis di pejabat suami dan lantiklah suami untuk jadi 'delivery boy'.
Buat menu yang simple dan menarik. Seperti spaghetti bolognese atau carbonara. Google saja, pasti tercetus idea untuk bisnes ini.
Modal bisnes ini juga sangat rendah. Contohnya spaghetti bolognese per pax, modalnya dalam RM4.00 sahaja. Anda boleh jual RM8.00 sebekas.
Buat nasi lemak RM1.00 sebungkus. Jika lokasi rumah anda ramai orang lalu lalang, buka satu meja. Tak perlu buat banyak. Mulakan dalam 30-50 bungkus sahaja.
Kos buat nasi lemak pun murah. Bahan pun senang untuk didapati.
Cara satu lagi, anda buat nasi lemak dan tolak terus pada penjual sarapan pagi yang ada dikawasan anda. Tiada apa yang mustahil.
Anda perlukan inspirasi untuk mula bisnes modal rendah sandwich? Boleh lihat Garsa Kitchen. Kagum melihat perniagaan sandwich mereka berkembang.
Lebih bagus lagi, anda boleh buat bisnes begini di atas talian sahaja. Anda boleh terus berniaga tanpa risaukan bagaimana untuk menguruskan anak-anak.
Namun pilihlah produk yang kukuh, selamat dan berkesan. Ini perlukan sedikit masa untuk anda buat kajian. Sebagai contoh bisnes Shaklee, modalnya cuma RM69.00.
Tidak perlu modal untuk membeli stok. Hanya apabila pelanggan setuju membuat belian. Dan membuat bayaran, barulah anda belikan untuknya.
Belian produk boleh dibuat di http://www.shaklee2u.com.my. Anda terus dapat untung runcit dan bonus (bergantung pada jumlah jualan) pada pertengahan bulan berikutnya.
Sebagai contoh, untung runcit sebotol Vivix RM70.00. Ini baru sebotol. Bayangkan anda berjaya jual 2 botol sahaja sehari, RM140.00 masuk poket anda begitu saja.
Ini tak termasuk lagi bonus. Soalannya adakah anda sanggup mengambil langkah pertama?
Pesanan pelanggan pula 100% diuruskan oleh pihak Shaklee Malaysia.
Mudah bukan?
Anda hanya fokus untuk mempromosikan produk secara online. Samaada melalui blog, FB atau IG. Lagipula anda akan dibimbing oleh mentor yang berpengalaman.
Pilihlah bisnes yang mudah dan murah untuk dimulakan. Orang putih kata "Starts small, end big."
Selagi anda tidak mula mengambil langkah, selagi itulah anda tidak akan tahu potensi diri.
Jom sama-sama kita jadi surirumah bergaji dan membantu suami tercinta. Paling tidak, kalau ternampak baju cantik di IG atau FB tidak lagi perlu memendam rasa atau minta pada suami. Anda dah boleh beli sendiri.
Nikmat!
Jika anda berminat untuk mula bisnes Shaklee, boleh WA/SMS Eray di 0167731892 untuk perkongsian lanjut. I wait for you ya.
Banyak sekali pilihan untuk buat bisnes modal rendah dari rumah.
Berikut Eray kongsikan 5 pilihan untuk rujukan anda;
1. Jual Cookies
Modal kurang dari RM100.00 dan sebiji oven. Tak kisahlah jenama apa dan kapasiti besar mana. Pasaran? Jangan risau, ramai orang suka makan cookies.Buat tester, dan edarkanlah pada jiran tetangga. Minta suami tolong sekali untuk bawakan tester bagi kawan pejabat dia rasa.
Sambil-sambil tu, gunakan FB dan IG untuk promosikan cookies anda.
Untung? Lebih kurang dua kali ganda dari modal. Biasanya kedai jual alatan buat biskut dan kek menjual bahan pada harga yang lebih murah. Survey dan pilih yang terbaik.
Resepi cookies ada banyak, paling kurang mesti ada satu resepi yang anda biasa buat dan anak-anak suka kan?
Ini resepi cookies yang Eray pernah guna untuk buat jualan.
2. Servis Penghantaran Makan Tengahari
Ramai orang yang kerja pejabat malas nak keluar makan. Salah satu sebab masa yang suntuk. Oleh itu, servis penghantaran makan tengahari adalah antara idea yang 'best'.Mulakan servis di pejabat suami dan lantiklah suami untuk jadi 'delivery boy'.
Buat menu yang simple dan menarik. Seperti spaghetti bolognese atau carbonara. Google saja, pasti tercetus idea untuk bisnes ini.
Modal bisnes ini juga sangat rendah. Contohnya spaghetti bolognese per pax, modalnya dalam RM4.00 sahaja. Anda boleh jual RM8.00 sebekas.
3. Jual Nasi Lemak
Hari itu pernah viral bukan seorang ibu mengendong anaknya menjual nasi lemak di tepi jalan. Ini juga idea yang sangat baik.Buat nasi lemak RM1.00 sebungkus. Jika lokasi rumah anda ramai orang lalu lalang, buka satu meja. Tak perlu buat banyak. Mulakan dalam 30-50 bungkus sahaja.
Kos buat nasi lemak pun murah. Bahan pun senang untuk didapati.
Cara satu lagi, anda buat nasi lemak dan tolak terus pada penjual sarapan pagi yang ada dikawasan anda. Tiada apa yang mustahil.
4. Berniaga Sandwich
Sekarang sandwich bukan sahaja orang buat makan waktu sarapan. Sandwich sekarang sudah dihidang ketika majlis keraian, seperti majlis hari lahir.Anda perlukan inspirasi untuk mula bisnes modal rendah sandwich? Boleh lihat Garsa Kitchen. Kagum melihat perniagaan sandwich mereka berkembang.
5. Jadi Agen Jual Produk
Berlambak produk kecantikan dan kesihatan yang ada dipasaran. Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk mulakan bisnes.Lebih bagus lagi, anda boleh buat bisnes begini di atas talian sahaja. Anda boleh terus berniaga tanpa risaukan bagaimana untuk menguruskan anak-anak.
Namun pilihlah produk yang kukuh, selamat dan berkesan. Ini perlukan sedikit masa untuk anda buat kajian. Sebagai contoh bisnes Shaklee, modalnya cuma RM69.00.
Tidak perlu modal untuk membeli stok. Hanya apabila pelanggan setuju membuat belian. Dan membuat bayaran, barulah anda belikan untuknya.
Belian produk boleh dibuat di http://www.shaklee2u.com.my. Anda terus dapat untung runcit dan bonus (bergantung pada jumlah jualan) pada pertengahan bulan berikutnya.
Sebagai contoh, untung runcit sebotol Vivix RM70.00. Ini baru sebotol. Bayangkan anda berjaya jual 2 botol sahaja sehari, RM140.00 masuk poket anda begitu saja.
Ini tak termasuk lagi bonus. Soalannya adakah anda sanggup mengambil langkah pertama?
Pesanan pelanggan pula 100% diuruskan oleh pihak Shaklee Malaysia.
Mudah bukan?
Anda hanya fokus untuk mempromosikan produk secara online. Samaada melalui blog, FB atau IG. Lagipula anda akan dibimbing oleh mentor yang berpengalaman.
Pilihlah bisnes yang mudah dan murah untuk dimulakan. Orang putih kata "Starts small, end big."
Selagi anda tidak mula mengambil langkah, selagi itulah anda tidak akan tahu potensi diri.
Jom sama-sama kita jadi surirumah bergaji dan membantu suami tercinta. Paling tidak, kalau ternampak baju cantik di IG atau FB tidak lagi perlu memendam rasa atau minta pada suami. Anda dah boleh beli sendiri.
Nikmat!
Jika anda berminat untuk mula bisnes Shaklee, boleh WA/SMS Eray di 0167731892 untuk perkongsian lanjut. I wait for you ya.