5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya Supaya Tak Sia-sia Puasa

Thursday, July 09, 2015

Raya kan tak lama lagi, jadi MakDara (MD) suka nak kongsikan benda yang berguna di kala raya kelak. Malam ini MD kongsikan tips kekal kurus selepas beraya.


Bersungguh berpuasa 30 hari. Lepas tu buka pun makan makanan-makanan sihat je. Berat pun dah turun cantik. Habis tu takkan nak gadai semua sebab makanan hari raya kan?

Memang makanan raya begitu menggoda. Lagilah kalau ada 3-4 biji rumah open house yang gah. Rambang kut mata nak pilih. Sampai terlupa baju yang masa puasa hari tu dah loose, ni dah mula rasa ketat.

Jadi apa nak buat? Meh follow 5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya ni:


tips kekal langsing,


1- Makanlah, Bukan Tak Boleh Makan

Hah itu dia tips yang pertama. Siapa kata tak boleh makan, tapi mesti berpada. Kenal makanan apa yang nak masuk ke dalam perut.

Kalau ceduk makanan tu jangan sekali banyak. Sebab bila makanan banyak kat pinggan kita akan ada tendency nak habiskannya. Lagilah kalau food sedap.

Ikut rules makan dalam kuantiti sedikit, bukan sekali banyak.

2- Pilih Pinggan Kecik

Ya, jangan ambil pinggan yang besar. Sebab akan ada banyak ruang kosong yang akan buat kita nak letak makanan yang tak diperlukan, tapi mulut kita nak.

Ambil pinggan kecik, jadi makanan pun cukup-cukup je untuk perut kita yang dah mengecil tu.

3- Cari Makanan Yang Sihat

Ada pelbagai juadah di hari raya. Boleh pilih makanan yang paling kurang kalori.

Ataupun kalau nak juga makan rendang, ikut balik tips kekal kurus nombor 1. Iaitu makan dalam kuantiti sedikit.

4- Bawa Air Kosong

Bila beraya air kosong atau air tanpa kalori selalu jadi pilihan terakhir. Banyak air macam-macam kaler yang ada.

Tapi air macam-macam kaler tu biasa ada banyak kandungan gula yang tersembunyi. Jadi bawalah air kosong ke mana-mana.

5- Puasa Sunat Enam

Selain dari dapat faedah badan kekal langsing. Puasa sunat enam ni jika dibuat secara ikhlas banyak ganjarannya.

Lepas puas beraya, cubalah untuk kembali berpuasa. Tak lama, enam hari je.

Tak semestinya kena buat straight, boleh selang-selang ikut kemampuan. Tapi syaratnya mesti dilakukan di bulan Syawal. Bulan lain kalau nak puasa, boleh buat puasa sunat Isnin Khamis. Bagi yang perempuan, eloklah ganti puasa cepat-cepat.

MD memang suka bawa air kosong ke mana-mana. Yelah kadang segan nak minta air kosong pada tuan rumah. Bukan tak suka air warna warni tu, cuma lepas minum air manis mesti nak bilas dengan air kosong.

Baru rasa lega tekak.

Lagi satu MD akan bawa Lecithin sekali. Lepas makan terus je telan, bagi bakar lelemak yang dah masuk. Lagi satu Phytocol ST, bila makan ni tak sempat kolestrol nak landing dalam badan. Masuk terus kena tendang keluar.

Kuranglah risau di hati pasal berat naik lepas hari raya.

Nak kurus senang, tapi nak kekal kurus tu agak tricky kan? Takpe selagi ada usaha, pasti berjaya.

Paling penting hari raya bukan setakat makanan sedap. Tapi berjumpa dengan sanak saudara. Dan bermaaf-maafan.

MD tahun ni beraya kat JB dulu, raya ke empat baru balik KB. Sabtu ni kami sekeluarga dah bertolak balik. Bestnya sempat buka puasa dengan family.

Ingat ye hati-hati di jalan raya. Moga selamat bertemu keluarga terchenta.


You Might Also Like

3 comments

  1. Kena terus kekal berpuasa 6 la lepas ni..baru boleh kekalkan momentum nak kurangkan berat badan ni

    ReplyDelete
  2. Tips yang sangat baik. Lepas raya takut juga kalau berat badan kita naik kan.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube