penyalahgunaan payudara

Tuesday, April 03, 2012


penyalahgunaan payudara berlaku dalam masyarakat kita.

sesetengah orang, lebih-lebih lagi lelaki akan mengaitkan payudara dengan 18sx. mereka tidak melihat peranan payudara adalah lebih daripada itu sahaja. fungsi sebenar payudara adalah sebagai sumber makanan kepada bayi yang baru dilahirkan. cuba lihat payudara sebagai makanan penting kepada bayi, mungkin unsur 18sx akan terpadam dengan segera.

betapa masyarakat dahulu kala memartabatkan payudara dan penyusuan ibu. banyak tugu dan lukisan yang mempamerkan perbuatan menyusukan bayi. mereka mengangkat payudara sebagai 'alat menyusukan bayi'. sebagai contoh masyarakat Rom Kuno percaya kepada Dewi Penyusuan, Rumina, yang bermaksud penyusuan ibu.



mitos masyarakat Greek juga mengagungkan penyusuan ibu, sehingga nama galeksi Bima Sakti disebut sebagai Milky Way, dan nama ini masih digunakan hingga ke abad ini. perkataan Milky Way lahir semperna dengan perbuatan Hera yang (mitos masyarakat Greek) menyusukan anaknya dan susunya terpancar lalu membentuk galaksi @ Milky Way @ Bima Sakti.


jangan pula percayakan mitos ini, ini hanya untuk membuka minda kita tentang kegunaan sebenar payudara.

penyalahgunaan payudara juga berlaku apabila menganggap payudara sebagai perhiasan semata-mata. alasan tidak mahu menyusukan anak yang baru dilahirkan semata-mata untuk menjaga kecantikan payudara. masih ada yang fikir jika menyusukan anak keadaan payudara akan menjadi tidak cantik atau 'jatuh'. walhal ini adalah mitos semata-semata.

ditambah lagi dengan banyak susu formula dipasaran, mereka dengan mudah menolak fungsi sebenar payudara, dan menggantikan susu formula kepada bayi. promosi produk-produk mencantikkan payudara yang semakin berluasa juga sedikit sebanyak telah memberi imej 18sx dan menjadi pemangkin untuk penyalahgunaan payudara. hingga sering kali payudara & perbuatan menyusukan dijadikan bahan lawak oleh segelintir golongan.

reset semula minda kita, buang penyalahgunaan payudara, payudara dianugerahkan kepada kaum wanita adalah untuk memberi kehidupan kepada bayi, sebagai makanan awal kepada bayi. sesuai dengan kejadiannya dan sistem menutup aurat di dalam islam. bertudung atau berhijab akan memelihara 'makanan' bayi dari dilihat atau dipertontonkan. lebih-lebih lagi bertudung juga akan memudahkan proses menyusukan anak jika berada di tempat awam. kembali imej yang baik kepada payudara dan kembalilah kepada fitrah.







You Might Also Like

2 comments

  1. setuju dgn eray... lately ni kat blog sue ada anon yg konfem adalah lelaki. suka komen2 kat post sue yg berkait dgn breastfeeding. lepas tu komen macam orang gila sx je... gilo..

    ReplyDelete
  2. huhu deletekn sajo...tp cmne pun mesti rase cam diganggu kan..??

    gile derang nie...tak melihat ape yg kita lihat...

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube