extended breastfeeding: kebaikan kepada ibu dan anak

Sunday, April 08, 2012


orang tua-tua rata-rata tidak menyokong extended breastfeeding ni, katanya anak akan berkepit sahaja dengan ibu, tidak tahu berdikari, terlampau manja.

bahkan ada yang mengganggap jika anak lelaki disusukan lebih dari 2 tahun akan berpewatakan lembut, cenderung menjadi seperti perempuan apabila dewasa kelak. hakikatnya ini hanya MITOS semata-mata, perwatakan lembut seseorang boleh dikaitkan dengan banyak faktor. tak semua sifat lembut boleh dikatakan 'kewanitaan'. kelembutan juga perlu untuk anak lelaki agar tidak menjadi ganas bila dewasa.

extended breastfeeding ini memberikan kebaikan kepada ibu dan juga anak.

kebaikan untuk ibu:

  • pengamal extended breastfeeding akan memperoleh kebaikan dari hormon penyusuan, horman prolaktin yang tercetus semasa penyusuan akan membantu menenangkan perasaan ibu, ibu kurang menghadapi stress.
  • manakala oksitosin pula meransang perasaan kasih sayang yang sedia ada.
  • terbukti, hormon-hormon penyusuan ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan fizikal ibu.
  • melalui penyusuan juga ibu dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang ibu dan anak dalam masa yang suntuk.
  • juga, extended breastfeeding melambatkan kesuburan ibu dengan menahan ovolusi daripada berlaku.
  • sebagai perlindungan tambahan kepada kanser payudara, kanser ovari, kanser rahim, endometrium, osteoporosis and mengurangkan insulin bagi penghidap diabetes.
kebaikan untuk anak:

  • extended breastfeeding memberikan perlindungan imunologi kepada anak.
  • bukan sekadar memberi zat pemakanan, si manja menyusu untuk memperoleh ketenangan. susu ibu bertindak sebagai penenang semasa anak marah atau kesedihan.
  • manakala ketika anak sakit, susu ibu membantu menghidrasi tubuh anak dengan efektif.
  • sebagai asas memperkukuh kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. anak yang mendapat kasih sayang yang cukup akan lebih berkeyakinan. seterusnya membentuk keperibadian anak yang cemerlang.kajian psikologi juga menunjukkan bahawa, keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak.
khasiat susu ibu adalah sama, tidak berkurangan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. sampai ada yang menganggap susu ibu tersebut adalah hampas, tiada satupun zat. memang benar bahawa selepas tempoh 6 bulan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. paling ketara air dan kandungan lemak. namun, walaupun kekurangan beberapa komponen susu ibu masih jauh lebih baik daripada susu formula yang ada dipasaran.

mengikut satu kajian juga, susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan lebih dari 1 tahun menunjukkan peningkatan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang lebih singkat.

secara umumnya, tiada satu pun susu formula dipasaran yang mampu menandingi susu ibu. suus ibu masih yang terbaik untuk anak. kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu masih sama walaupun mengamalkan extended breasfeeding. ingat SUSU IBU adalah yang terbaik!!!

nota kaki: shaklee ada menyediakan rangkaian yang membantu menjayakan extended breastfeeding, kelangsungan extended breastfeeding sangat dipengaruhi oleh kesihatan mental dan fizikal ibu, jadi pengambilan pemakanan yang baik dan mengamalkan vitamin dan mineral adalah sangat penting.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Pertanyaan??Hubungi kami di eray2311[a]gmail.com atau SMS 016-7731892 (Eray)untuk maklumat lanjut.

You Might Also Like

1 comments

  1. god info to share...sudah follow...hope sudi follow sy balik.. ;)

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube