seks ketika penyusuan

Friday, April 27, 2012



sering kali dibincangkan, seks semasa kehamilan. jarang sekali dibincangkan mengenai seks ketika penyusuan. adakah sama seks ketika penyusuan dan kehamilan? ya, lebih kurang sama. ada ibu yang bertambah keinginan dan ada yang hilang minat kepada seks semasa tempoh ini.

awas, walaupun mempunyai bayi yang perlu disusukan hampir sepanjang masa, sebagai seorang isteri tanggungjawab seks juga harus ditunaikan. ibu menyusu yang kekurangan zat dan gizi makanan akan merasa mudah lesu dan penat, oleh itu ibu menyusu perlu mengambil berat pemakanan yang diambil setiap hari. makanan tambahan amatlah diperlukan ketika penyusuan, ini kerana ibu menyusu memerlukan lebih nutrient berbanding ketika hamil. 

mengapa ibu menyusu perlu zat dan nutrient yang lebih? ini kerana ibu perlu menyusukan, menjaga keluarga, dan memastikan keadaan rumah yang bersih dan teratur. jika ibu tidak sihat, maka tugas ini tidak dapat dilakukan termasuk menunaikan tanggungjawab seks bersama suami tercinta.

isteri dan suami perlu menjadi lebih kreatif dalam menjalankan hubungan intim ini. sesetengah pasangan berpendapat seksi jika si suami terminum susu ibu semasa menjalinkan hubungan. tetapi ada sesetengah yang merasa terganggu, jadi isteri disarankan memakai bra atau breast pad semasa sesi tersebut. suami dan isteri perlu mempelbagaikan posisi supaya pasangan merasa tidak tertekan. seks ketika penyusuan akan menjadi menarik jika isteri dan suami berfikiran terbuka dan sedia menjadi kreatif.

seks ketika penyusuan juga akan menjadi sukar bagi sesetengah pasangan kerana dalam tempoh penyusuan hormon estrogen menurun. ini akan menyebabkan vagina menjadi kering dan seks sukar dilakukan. jika ini berlaku, cecair pelincir diperlukan untuk melancarkan hubungan intim ini. 

selain itu ibu juga boleh mencuba ALFALFA bagi menjayakan hubungan intim bersama suami tercinta. ibu yang telah mengamalkanya merasa lebih nyaman dan sensasi ketika menjalankan hubungan. ALFALFA bukan sekadar menberikan keseronokan ketika bersama suami, ia juga bertindak sebagai 'milk booster' yang membantu menambah susu ibu. 

seks ketika penyusuan adalah sesuatu yang tidak mustahil, malah akan menjadi lebih menarik jika pasangan menjadi kreatif. hubungan intim yang berjaya, insyaallah akan menjamin kerukunan rumah tangga sepanjang hayat.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube