paduan memilih bekas simpan susu paling selamat

Thursday, April 26, 2012



bagi mommies yang bekerja memilih bekas simpan susu paling selamat dan bagus akan menjadi sukar. dipasaran terdapat pelbagai pilihan botol atau beg plastik untuk menyimpan 'gold liquid' yang berjaya diperah semasa dalam pantang atau mula bekerja. apapun pilihan ibu, bekas simpan susu mestilah dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna. jika ibu memilih bekas beg plastik, pastikan beg plastik telah disterilkan. jangan lupa untuk melabel tarikh dan masa perahan pada bekas simpan susu. ini kerana penggunaan ebm (expressed breast milk) menggunakan konsep FIRST IN, FIRST OUT. melabel amat penting untuk mengelak pembaziran ebm dari expired.

apa pun pilihan ibu-ibu, masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan. berikut adalah senarai kebaikan dan keburukan bekas simpan susu sebagai panduan ibu-ibu untuk memilih:

Beg Plastik
bekas penyimpanan yang agak popular. tapi adakah paling selamat?
 

Kebaikan:
  • cut down proses membasuh dan steril botol.
  • mudah, boleh terus mengepam ke dalam plastic.
  • save space, tidak makan ruang semasa proses penyimpanan.
  • mudah untuk dilabel, ada ruang nama anak, tarikh dan masa, pengendalian mudah untuk pengasuh atau nursery. jika anak dinursery, label nama anak adalah sangat penting, bagi mengelakkan bertukar ebm.
  • pengedalian yang lebih mudah untuk pengasuh atau nursery, buka plastik, tuang ke dalam botol dan buang. proses membasuh botol tiada. jadi jimat air.


Keburukan:
  • risiko kontiminasi, udara yang berlebihan boleh mencemar kualiti ebm.
  • dikatakan juga bahawa dakwat pen yang digunakan untuk melabel berisiko untuk mencemar ebm
  • risiko ebm tumpah, ini kerana bentuk beg plastik yang tidak stable.
  • beg plastik sering melekat diantara satu sama lain semasa proses penyimpanan, boleh menyebabkan beg plastik bocor dan ebm tidak dapat digunakan.
  • semasa proses mengalih ebm dari beg plastik ke botol susu, lemak ebm sering melekat di dinding plastik. lemak dalam ebm adalah elemen yang penting untuk menambah berat bayi. jika melekat, lemak tersebut tidak dapat dinikmati oleh bayi.
  • memerlukan kos yang agak tinggi, lebih-lebih lagi jika ibu-ibu menggunakan beg plastik secara konsisten. at least 2 pek beg plastik susu akan diperlukan untuk menyimpan susu.
Solution:
jika ibu memilih untuk menggunakan beg plastik, pastikan ebm tidak tercemar. pilih yang tahan lasak dan stable. buat survey sebelum membeli.

Botol/Bekas Plastik
ibu perlu pastikan bahawa botol yang digunakan adalah BPA free atau non toxic plastic.

 

Kebaikan:
  • hanya sedikit kos yang diperlukan, iaitu kos permulaan. botol boleh digunakan berulang kali. pastikan botol disteril sebelum penggunaan.
  • mudah, ebm boleh terus dipanaskan dan terus diberikan kepada bayi.
  • bentuk botol yang lebih stabil, mengelakkan risiko susu tumpah.
Keburukan:
  • sukar dilabel, memerlukan sticker atau pelekat untuk melabel nama anak, tarikh dan masa.
  • perlu dibasuh, extra energy and extra water.
  • perlu pastikan sabun basuh tersebut baby friendly.
  • sukatan di botol mudah hilang jika dicuci selalu
  • semasa proses penyimpanan, botol memakan ruang yang banyak. 
Solution: Jika ibu memilih untuk menggunakan botol, pastikan ibu mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan ebm.

walau apapun pilihan, mom knows the best. yang penting ebm boleh disimpan dan diberikan kepada si permata hati. pemilihan bekas penyimpanan susu bergantung kepada situasi kerja dan juga faktor ekonomi keluarga masing-masing. try and error adalah proses yang bagus dalam menentukan bekas simpan susu yang paling selamat dan sesuai. combinasi kedua-dua penggunaan bekas juga boleh jadi yang terbaik!

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube