Recipes: Chocolate Marble Muffin with Chocolate Chip

Monday, March 26, 2012

Opss i did it again! Did what? Hehehe buat muffin, plan nak buat cake nuttella tapi tukar jadi chocolate marble muffin.

So here is the beautiful muffin




Ambil bau dulu.......


Nampak tak glimpse of hand,tu lah tangan budak kecik tak sabar makan muffin.

Ok dah tengok gambar kan? Nak share recipe pulak:

First and foremost, panaskan oven dengan 220 degree celcius.

Adunan Vanilla
Bahan Kering
Tepung 4 cawan
Baking powder 2 sudu besar
(ayak tepung and baking powder sekali, nak lagi elok ayak 3 kali)
Gula 2 cawan
(campur dan gaul rata)

Bahan Basah
Telur 3 biji
Vanilla essen 1 sudu besar
8 sudu besar mentega
(cairkan terlebih dahulu)
*masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas dan dipukul hingga sebati, jangan lama sangat, nanti muffin tak kembang cantik
2 cawan susu segar

*masukkan bahan kering ke dalam bahan basah secara bergilir-gilir dengan susu segar. Hanya kaup dan balikkan adunan hingga rata, buat dalam masa 15 saat sahaja, if terlebih risiko muffin terbantut boleh berlaku. Dah siap letak tepi. Dan boleh buat adunan chocolate pula.

Adunan Chocolate
Bahan Kering
1 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar baking powder
(ayak semua)
1 cawan gula

Bahan Basah
2 biji telur
4 sudu mentega
(cairkan)
1 sudu kecil essen vanilla
1 cawan susu
*cara mengadun sama seperti tadi

Ocay, now both vanilla and chocolate are ready to be combined, soon will become Chocolate Marble Muffin with Chocolate Chip.

How to do it?
Letak satu sudu besar adunan vanilla dan chocolate secara berselang seli. Hingga 3/4 penuh muffin cup or muffin tray. And last but not least hiaskan muffin dengan chocolate chip di atasnya.

Bakar Chocolate Marble Muffin with Chocolate Chip selama 20 minit. First 10 mins bakar with 220 degree, and 180 degree for the next ten minute.

Adunan nie approximately boleh dapat 24 cups of muffin, bergantung pada saiz muffin cup.

So cuba ye, sure anak-anak suka.




Gambar Chocolate Marble Muffin with Chocolate Chip dengan budak excited nak makan muffin.


- Posted using BlogPress from my iPhone

You Might Also Like

1 comments

  1. ee...pandainya eray buattt..nak pandai buat jugakk..tp pemalas..camne tu? huhu

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube