Hari ini hari sabtu
Saturday, March 03, 2012Ramai orang makan tebu, pernah dengar tak pantun dua kerat tu? Hehehe intro dan tajuk takde kaitan dengan content entry nie. Huhuhu.
Penat masih bersisa, tapi puas. Sebab berhujung minggu di rumah bersama dua tuan puteri. Puteri sulong dari tadi mengemas rumah, cantik rumah hanya Allah yang tahu. Huhuhu. Tunggu tuan puteri sulong puas kemas rumah, baru boleh kemas betul-betul. Puteri kecil, sedang duduk santai tengok tv, cool skit puteri kecik nie. Die tengokkan aja kakak die main, huhu beberapa bulan lagi, joinlah puteri kecik main kemas-kemas dengan puteri sulong. Adooohh. Kompem tongkat pecah tak pun kapal karam. Xpe nanti import maid handsome dari kg baru (ayah puteri sulong & puteri kecik). Hehehe.
Sempat juga bermain masak-masak, sambil melayan puteri-puteri. Lauk kampung menu hari nie. Sotong sambal dan lemak pucuk paku. Memang kaw kaw, berlemak-lemak, tapi takpe ada lecithin shaklee, fat emulsier. Heheh.
Ok done blogging, nak sambung kemas rumah pulak. Sedap skit mate en somi bile pulang nanti. Thanks to shaklee b compex, keep on going since lepas subuh masih bertenaga sampai sekarang. Sempat promote skit.
Next entry nak share, ape yang telah berjaya menaikkan selera puteri sulong ku. Sampaikan susu tepung yang die tak pernah suka, tetiba suka. Lunch tadi siap tambah nasi and request sayur lagi. Kagum ibu. Tunggu ye!
- Posted using BlogPress from my iPad
2 comments
uiii..sedapnya masak lemak pucuk paku tu eray..terliurrr
ReplyDeletehehe meh dtg ampang, eray buat khas tuk mira :)
ReplyDelete