Khidmat Masyarakat
5 Cara Mudah Bantu Mangsa Banjir & Gerenti Dapat Pahala
Tuesday, December 30, 2014
Rakyat Malaysia memang pemurah, ramai yang sudah bantu mangsa banjir. Tapi mungkin masih ada yang nak bantu, tapi tak tahu macam mana?
Oleh itu saya kongsikan 5 cara mudah bantu mangsa banjir, dan Insyaallah walaupun sedikit tapi ikhlas pasti dapat pahala dari Allah SWT:
1-Dermakan Duit Pada NGO
Pelbagai NGO telah muncul dengan tabung-tabung untuk bantu mangsa banjir ni. Jadi kita bolehlah buat pilihan untuk dermakan pada NGO pilihan masing-masing.
Tak payah fikir sangat sampai ke duit aku kat mangsa banjir. Sebab jika terlampau fikir, mungkin anda terus tak menderma langsung.
Tak perlu RM50, mula dengan RM1 atau RM5 pun dah baik. Dan jika kita ikhlas, pasti Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
2-Dermakan Duit Pada Sukarelawan
Begitu ramai hati-hati murni dalam rakyat Malaysia. Ambil inisiatif sendiri untuk gerakkan tabung mangsa banjir.
Dan jika kita percayakan mereka yang mungkin kawan atau saudara mara kita. Bolehlah juga dermakan pada mereka.
Tak payah jumpa pun tak apa, kita ada nombor akaun mereka. Transfer sahaja berapa banyak yang dimahukan.
Lebih besar jumlah, lebih banyak saham di akhirat sana.
3-Berikan Baju Terpakai
Bukan baju yang sudah tidak mahu, dan baju yang dah dikategorikan sebagai sampah.
Kesian sukarelawan terpaksa pula uruskan pula 'sampah'. Pastikan baju yang nak diberikan itu masih elok keadaannya.
Masih boleh dipakai dan masih lawa. Bukan tahap buat kain lap dapur.
Dan lebih baik, kita bantu untuk 'sort' dulu sebelum serahkan pada pusat pengumpulan bantuan banjir.
Ingat sebaik-baik pemberian, adalah sesuatu yang kita sayang.
Oh, saya dan adik beradik Shaklee saya sedang berusaha mengumpulkan telekung, 'undergarment' aka seluar dalam dan baju dalam, botol susu dan baju bayi. Jadi jika anda berada di kawasan Ampang dan ada barang-barang ini untuk diinfakkan, silalah Whatsapp atau Call saya di 016 773 1892.
4-Tekan Button Share
Ada Facebook? Tahu tak yang anda boleh bantu mangsa banjir hanya menggunakan Facebook.
Mudah saja, bila anda scroll newsfeed dan ternampak poster pasal bantu mangsa banjir. Apa yang perlu dibuat? Hanya klik saja pada button Share.
Mana tahu sebab kita share tulah membuatkan hartawan dan dermawan berpusu-pusu keluarkan harta untuk beri bantuan kepada yang kena dugaan banjir.
Jom tekan butang Share laju-laju. Tapi jangan pula tekan Share pada sesuatu yang tak pasti atau fitnah. Tak pasal-pasal berantai dosa free dapat.
Facebook, medan dapat pahala atau dosa. Kita yang tentukan.
5-Doakan Mereka
Ini lagi satu cara yang cukup mudah untuk bantu mangsa banjir. Setiap kali lepas solat, selain kita doakan buat insan-insan tersayang. Jangan lupa doakan juga untuk mereka mangsa banjir, supaya kuat dan tabah terima ujian-Nya.
Moga mereka digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari Allah SWT. Tahukan, salah satu doa yang terbaik dan makbul adalah doa dari seorang mukmin kepada mukmin yang lain tanpa pengetahuannya.
Letakkan rasa simpati dan empati semasa berdoa. Bayangkan saja jika kita berada ditempat mereka.
Sejuk sungguh malam ni, kita yang masih ada selimut tebal pun rasa gigitan sejuk. Apatah lagi mereka yang di pusat-pusat pengumpulan mangsa banjir. Mungkin tidur beralaskan tikar sahaja.
Belum lagi mereka yang berlindung di atas bukit, mungkin sedang menggigil menahan kesejukan. Apakah mereka tak layak dibantu?
Teringat perbualan singkat dengan kawan yang sanggup balik ke Kuala Krai, Kelantan dari Putrajaya kerana ramai saudara mara yang perlukan bantuan. Ada yang terpaksa bergayut dibumbung rumah elak di bawa arus deras semalaman.
Maggi kering yang diberi dikoyak dan dimamah. Gula dalam paket digigit, disuapkan pada mulut. Semua sebab kelaparan. Berderai air mata.
Ada yang nak balik tengok rumah, bawa kunci rumah. Tapi bila sampai kawasan rumah, bayang rumah pun tak nampak. Tinggal lantai simen dan tangga batu sahaja.
Try baca yang ini, ada video banjir Kelantan yang 99% akan buat kita menangis.
Try baca yang ini, ada video banjir Kelantan yang 99% akan buat kita menangis.
Agaknya bagaimanalah mereka mahu teruskan hidup? Jomlah kawan-kawan kita sama-sama bantu mangsa banjir ye.
Ini mungkin masa mereka, masa kita? Hanya Allah SWT yang tahu. Jadi berbuatlah baik selagi nafas boleh dihela.
Tips Rumahtangga
7 Tips Kemas Rumah Berkesan Buat Suami Stop Bebel Rumah Sepah
Monday, December 29, 2014
Berpeluh ketiak kemas rumah, tapi masih jugak suami bebel rumah bersepah. Sakit hati, macam rasa tak dihargai usaha mengemas rumah tadi.
Sudahlah penat, tambah kena bebel lagi sebab ada yang tak kena di mata suami.
Harap hati nak dipuji suami, tapi kena komplen pulak 'ni kain baju, bila awak nak lipat?'. Ish kemas rumah ni macam tak pernah habis.
Macam mana nak buat? Nak bagi suami tersenyum ceria bila balik rumah?
Ada caranya, 7 tips kemas rumah berkesan, buat suami stop bebel dan siap dipuji-puji lagi.
1-Basuh Baju Setiap Hari
Ini paling penting, jangan sesekali biarkan baju kotor menimbun. Kerana sehari tangguh basuh baju, kemungkinan akan bertangguh 2-3 hari lagi.
Dan akhirnya, kain baju kotor berlonggok-longgok. Bukan saja menyemakkan mata, tapi menyesakkan nafas. Juga menyesakkan telinga kena bebel dengan suami.
2-Lipat Baju Setiap Hari
Tips kemas rumah yang juga penting, lipatlah baju setiap hari.
Baju dah kering, angkat dan sumbat dalam bakul. Sebelum tidur, atau sambil-sambil tengok TV lipatlah baju tadi. Tak payah tunggu esok lusa, kononnya hari ini tak sempat.
Tips mudah dan pantas lipat baju, asingkan baju ikut tuan punya baju. Buat target siap melipat dalam masa paling lama satu jam.
Dah siap lipat, terus angkat masuk ke dalam almari yang berkenaan.
3-Jangan Biar Pinggan Tak Basuh
Walaupun sebiji pinggan, atau sebiji cawan. Dan guna terus basuh.
Jika anda tinggal sebiji, maka berbiji-bijilah pinggan dan cawan yang akan berlonggok dalam sinki.
Tips kemas rumah ini dapat menyelamatkan anda buang masa 1/2 jam untuk cuci pinggan mangkuk yang bersusun di dalam sink.
4-Kemas Dapur Lepas Masak
Lepas masak jangan tinggal dapur kotor. Cepat lap dapur dan basuh peralatan dapur yang dah guna.
Dapur kotor boleh buat kawasan lain jangkit dengan kotor dan sepahnya. Jadi kemaskan dapur sejurus lepas masak.
5-Kemas Ruang Tamu Setiap Hari
Ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam rumah. Kerana disitulah anda dan juga suami akan duduk bila dia balik kerja.
Susun sofa, kemas mainan anak-anak, dan letak semula benda yang bersepah di tempat asalnya. Juga sapulah atau vacum setiap hari.
Ruang tamu yang kemas akan buat anda kurang stress.
6-Ajar Anak Kemas Mainan
Mainan anak-anak adalah satu benda yang pasti sepah setiap hari. Untuk elakkan anda dari stress dan sakit hati lihat mainan berterabur. Ajar dan ajaklah anak kemas mainan bersama.
Atau boleh juga berikan ganjaran kalau anak menolong. Contoh, upah makan ice cream lepas kemas mainan. Anak akan excited nak kemas. Elakkan marah-marah atau naik suara untuk ajak anak kemas mainan.
Dan buat rule satu mainan dalam satu masa. Maknanya anak boleh main satu jenis mainan je dalam satu masa. Nak main yang lain, kemas dahulu yang dah dia main tadi.
7-Buat Jadual Kemas Rumah Bulanan
Rumah ada banyak ruang dan tempat yang nak dibersihkan. Jadi sebagai saranan bolehlah buat jadual mengemas bulanan.
Senaraikan apa tugas untuk setiap hari. Jadi tidaklah anda pulun kemas rumah 2-3 jam dalam sehari. Tapi masih lagi dibebel suami sebab ada kawasan yang bersepah.
Jadi ibu dan isteri mesti kreatif dalam uruskan rumah tangga. Insyaallah ikut 7 tips kemas rumah di atas, rumah kemas, anda tak stress. Dan paling penting, anda tidak lagi dibebel tak pandai jaga rumah.
Tapi kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Tak guna ada tips kemas rumah sebab tak daya nak ikut kan?
Mungkin sudah sampai masanya anda kena ambil 'sesuatu' untuk elak masalah letih tak tentu hala ni. Bila letih dan penat, semua kerja jadi tertangguh. Bolehlah cuba multivitamin Shaklee yang terbukti berkesan.
Hasilnya lepas ambil multivitamin Shaklee, anda akan merasa lebih bertenaga. Dan kurang merasa letih dan tak larat. Sebotol boleh tahan empat bulan. Nak tahu lagi pasal multivitamin ini, bolehlah klik:
Tapi kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Tak guna ada tips kemas rumah sebab tak daya nak ikut kan?
Mungkin sudah sampai masanya anda kena ambil 'sesuatu' untuk elak masalah letih tak tentu hala ni. Bila letih dan penat, semua kerja jadi tertangguh. Bolehlah cuba multivitamin Shaklee yang terbukti berkesan.
Hasilnya lepas ambil multivitamin Shaklee, anda akan merasa lebih bertenaga. Dan kurang merasa letih dan tak larat. Sebotol boleh tahan empat bulan. Nak tahu lagi pasal multivitamin ini, bolehlah klik:
Vitalea Supplemen Buat Anda Larat Nak Kemas Rumah.
So, work smart don't work hard. Pasti makin bertambah-tambah sayang suami pada anda.
Saksikan apa yang 'perempuan' ini buat untuk puaskan hati suaminya yang asyik 'frust' rumah bersepah. Pastikan tonton sampai habis, kalau tak rugi terlepas apa benda yang perempuan ini buat.
mealshake
Anak Kurus Kering Asyik Sakit Sampai Tak Tahan Kena Perli Tak Pandai Jaga Anak, Apa Nak Buat?
Wednesday, December 10, 2014
"Lyn, anak kurus kering ni. Kau tak bagi makan ke?"
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
"Kenapa anak kau ni, asal jumpa je mesti berhingus, asyik sakit je. Kau tak kisah ke."
Dan banyak lagi-lagi ayat-ayat sentap yang dilontarkan bila anak kita kurus keding. Tambah lagi mudah sakit. Macamlah kita tak tahu jaga anak.
Ibu manalah nak anak kurus keding, kalau boleh memanglah nak anak yang chubby dan cheeky. Tapi sebenarnya masalah anak kurus ni, sedikit sebanyak ibu ayah lah puncanya.
Kenapa pula, apa pasal ibu ayah pulak yang salah?
Jadi dalam entry anak kurus kering dan selalu sakit, saya mahu kongsikan:
1-Kesilapan Ibu Ayah Sampai Anak Keding
2-Kesan Anak Kurus Kering
Kesilapan Ibu Ayah Sampai Anak Kurus Melidi
1- Sikap Kurang Kisah
Asalkan anak kenyang, apa dia makan apa pun tak kisah. Anak suka makan 'junk food', ibu ayah kata takpe, dari dia tak makan apa-apa. Makanan sampah tak berikan nutrisi untuk anak membesar.
Atau mungkin juga, ibu dah sediakan makanan sihat. Tapi kurang usaha supaya anak makan.
2-Contoh Kurang Baik
Anak-anak akan mencontohi apa saja yang ibu ayah lakukan. Kalau ibu ayah tak makan sayur, anak juga susah nak makan sayur.
Ibu ayah suka makan fast food, anak juga suka makan fast food.
3-Susu Paling Penting
Anak dah pun dua tahun. Tapi seolah-olah susu formula adalah yang paling penting. Sepatutnya, usia dua tahun anak sudah boleh makan pelbagai 'real food'.
Ibu ayah risau anak tak minum susu. Tapi tak risau pun anak tak makan nasi.
Susu formula hanyalah 'supplementary' sahaja dalam diet anak. Malahan ada sesetengah doktor menyatakan susu formula tidak perlu diberikan pada anak yang sudah berusia dua tahun.
Habis tu mana nak dapatkan sumber kalsium? Boleh ganti susu segar. Dan susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium. Beras dan kekacang juga kaya dengan kalsium.
Kesan Anak Kurus Kering
1-Anak mudah terkena sakit, lebih-lebih lagi jika duduk di taska
2-Anak kurang aktif
3-Anak mudah letih
4-Anak menjadi kurang fokus dalam kelas dan periksa dapat nombor corot
5-Anak tak bijak
Cara Buat Anak Berisi dan Sihat
1-Tunjuk Contoh Baik
Sebelum ajar anak makan sihat, ibu ayah mesti lakukan dulu. Tunjukkan 'excitement' makan sayur. Tunjukkan sedapnya minum air kosong.
Elakkan membeli junk food. Tak payah ke fast food outlets.
Masak sendiri di rumah. Simple tapi penuh khasiat. Selain itu air tangan ibu buat tambah rasa sayang anak kepada ibu.
2-Jadi Bos
Tunjukkan anak bahawa kita adalah bos. Jangan kalah dengan permintaan anak. Anak tak tahu apa yang baik untuk mereka.
Tapi ibu dan ayah tahu. Walaupun anak nangis berguling nakkan icecream, atau McDonalds. Kita mesti tegas.
Pujuk dengan perkara lain. Anak akan juga tetap berhenti mengamuk dan menangis. Walaupun mungkin setengah jam.
Konsisten dengan tindakan kita, biar anak kita tahu kita adalah bos.
3-Kuasi Teknik
Pelbagaikan teknik supaya anak boleh makan makanan berkhasiat. Samaada deco makanan.
Atau masaklah bersama-sama. Pergi shopping barang dapur bersama-sama.
Suap anak, pujuk dengan cara kreatif. Atau kalau anak tak suka disuap. Biarkan dia makan sendiri.
4-Pilih Supplemen Bukan Ubat
Ubat diberikan apabila anak sakit. Tapi supplemen diberi untuk kekalkan kesihatan anak. Dan juga mengelakkan anak dari terkena sakit.
Saya pernah ke doktor pakar kanak-kanak, dia langsung tak berikan ubat selsema pada anak saya, padahal masa tu anak saya selsema teruk.
Dia kata, sebaiknya jangan sesekali beri selsema pada anak kerana ada kesan negatif. Kalau teruk pun, hanya berikan Paracetamol.
Sejak dari itu saya memang dah tak berikan ubat selesema dan ubat batuk. Paracetamol pun jarang-jarang sekali.
Banyak supplemen kat pasaran, tapi saya pilih yang semulajadi, dijamin selamat dan berkesan. Sudah tentulah Shaklee. Untuk anak-anak saya berikan Mealshake dan Omega Guard.
Kesan ketara bila saya konsisten beri Mealshake dan Omega Guard, peti sejuk saya dah banyak ruang kosong. Kalau tak dulu penuh dengan segala macam ubat.
Anak saya jarang sakit. Walaupun masa diorang di taska. Jarang sangat pergi klinik. Kalaupun demam ke batuk selsema, sekejap je dah baik.
Dan saya seboleh mungkin tak berikan ubat untuk anak-anak. Kalau demam saya sponging dengan air sejuk, letak setitis Basic H. Takpun saya buat air asam pekat, bubuh atas kepala untuk turunkan panas.
Batuk ke selesema hanya guna bawang putih dan buat percussion. Lagi pun Omega Guard tu membuatkan dada anak panas. Tu yang cepat kering selsema. Dan batuk sekejap je.
Lagi pun Omega ni buat anak senang tangkap apa yang dia belajar.
Makan nasi pun senang je. Siap boleh makan sayur. Pelik Mak Ngah diaorang tengok.
Kulit pun cantik, ada parut luka cepat hilang. Aktif dari siang ke malam.
Oleh itu, kalau anda ibu ayah yang dah tak larat dengar orang mengata anak anda kurus kering. Bolehlah segera Whatsapp saya, di 016 773 1892.
Saya ada cara makan yang berkesan untuk buat anak makan nasi. Dan bukan setakat makan sekali, malahan bertambah-tambah. Siap boleh makan sayur sekali.
Boleh play video di bawah. Korang dengarlah sendiri apa kata ibu yang anak derang kurus keding dan asyik sakit ni:
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Tak sah betul Keputusan AIM 2014. Betul ke juri derang tu. Ish, serious tak sah tau.
Ye, keputusan memang tak sah.
Tak sah kalau Dato' Siti Nurhaliza tak menang besar. Huish hebat betul beliau.
Susah nak cari 'real entertainer' macam Tok Ti. Setakat hari ni belum ada pengganti.
Walaupun setiap tahun ada beribu artis baru. Tapi Tok Ti maintain.
Tah hapalah rahsia beliau.
Samalah juga macam jadi Pengedar Shaklee, biarpun beribu yang sign up nak meniaga.
Tapi kalau kita bagus dan jaga kualiti, berduyun-duyun customer datang cari. Ye tak?
Beranganlah dulu, baru jadi realiti.
Tapi tulah she is the best. One of the kind.
Masih lagi artis baru tak dapat melawan suara Dato' Siti yang gemersik. Tak jemu dengar.
Dato' Siti menang dua anugerah, vokal wanita terbaik dan album terbaik. Cuma lagu terbaik je bukan dia.
Sweet sangat muka Dato' K masa Tok Ti naik pentas ambil trofi AIM tu. Nampak loving sangat.
Keputusan AIM 2014 anugerah lagu terbaik jatuh kat lagu No More. Artis baru. Not bad lah kan lagu baru boleh menang.
Sebenarnya dah bertahun kut tak tengok AIM ni. Tahun ni pun tak plan nak tengok. Sekali tertengok pulak Zizan dan Faizal yang jadi pengacara, terus lekat.
Banyak persembahan best. Tapi tulah tak boleh nak catch up nama lagu-lagu baru, artis baru.
Rupanya dunia muzik Malaysia dan banyak berubah sejak saya tinggalkan dulu. Bahahahaha. Bajet artis taw.
Lagu Mewangi, Akim..pergh saya yang duduk rumah pun boleh rasa 'goosebumps'. Dia pun ada juga tersenarai dalam keputusan anugerah AIM 2014.
Overall AIM 2014 best. Tapi tulah, part closing tu saya tak berkenan.
Bukan pasal saya tak minat dangdut. Cuma rasanya ada banyak option lain untuk membuatkan AIM 2014 terus diingati.
Saje je off topik malam ni. Mana tahu boleh tackle SEO dengan entry Keputusan AIM 2014. Jangan maraaa...
Saya suka masak. Tapi yang senang dan sedap. Paling penting suami dan anak-anak suka. Macam Spaghetti Goreng.
Asalnya buat resepi ni sebab malas nak masak kuah. Ubah-ubah sikit jadilah Spaghetti Goreng Meatball Budak Sekolah Rendah Pun Boleh Buat.
Yang claim tak reti masak tu. Lepas tengok ni, mesti boleh masak. Kutlah nak impress tunang ke suami ke, kan?
Sebelum bertambah lagi dua perenggan intro. Baiklah saya terus masuk part bahan yang digunakan.
Bahan-Bahan:
1-2 ulas bawang besar
2-5 ulas bawang putih
3-3 biji tomato
4-1 tin tomato puri
5-1 packet spaghetti
6-1/2 packet meatball (guna brand Azmy)
7-1/4 packet mixed vege
8-sikit minyak masak
9-gula, garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Masak:
1-Rebus spaghetti hingga lembut & tos.
2-Potong dadu bawang besar, bawang putih dan tomato.
3-Potong meatball, ikut suka
4-Panaskan minyak, masukkan bawang dan tumis sekejap.
5-Masukkan meatball dan tomato puri dan tomato. Tumis sampai meatball masak.
6-Masukkan spaghetti yang dah di tos. Perasakan gula dan garam.
7-Last sekali, bubuh mixed vege. Kacau rata dan tutup api.
Tips dan Tricks:
1-Sebenarnya korang je ganti sosej, ayam, daging ke udang untuk masak spaghetti goreng ni.
2-Kalau korang suka pedas, tumislah sikit cili boh. Tak pun letak cili api.
Amacam senang kan?
Nilah hasilnya spaghetti goreng.
breastfeeding
Menyusu Anak Pramatang Susu Tak Cukup & Berat Bayi Tak Naik, Apa NakBuat?
Thursday, December 04, 2014
Menyusu anak pramatang lebih mencabar dari menyusukan bayi cukup bulan. Tetapi susu ibu lebih diperlukan oleh bayi yang lahir cukup bulan.
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Bertambah mencabar bila pam susu sikit sangat yang keluar. Bagi susu ibu, tapi berat bayi pun tak naik.
Rasa nak bagi susu formula je. Tapi doktor, suami dan mak semua suruh menyusukan anak. Apa yang baik sangat dengan susu ibu ni?
Mengapa Penting Menyusukan Bayi Pramatang?
Ada beberapa sebab mengapa susu ibu sangat penting untuk bayi pramatang, antaranya:
1-Mengelakkan kerosakan pada sistem pencernaan bayi yang belum matang
2-Baik untuk menjaga kesihatan bayi pramatang
3-Susu ibu adalah unik, kandungannya sangat sesuai dan baik untuk bayi pramatang, dan tiada susu formula yang boleh tandingi
4-Selain itu, susu ibu juga tak perlukan kos. Berbanding dengan susu formula bayi pramatang yang memang mahal.
Menyusukan anak pramatang juga adalah cara untuk berjimat. Kerana duit lebih diperlukan bagi membiayai kos rawatan bayi di hospital.
Tetapi menyusukan bayi pramatang bukan sesuatu yang mudah. Lebih banyak cabarannya.
Seperti bayi terlampau kecil, bayi tak pandai hisap, komplikasi kelahiran dan juga keaadaan bayi yang di dalam incubator.
Ditambah lagi dengan emosi ibu yang sangat rapuh. Segala yang dirancang tak kesampaian.
Anda dan suami terpaksa melalui saat-saat mendebarkan dan menakutkan semasa bayi nak dilahirkan. Dan biasanya bayi pramatang dilahirkan secara mengejut.
Angan-angan manis anda melahirkan bayi yang sihat. Dan menyusukan bayi selepas dilahirkan hanya tinggal angan-angan.
Sebabnya anda terpaksa berdepan dengan realiti. Bayi di dalam inkubator. Dan mungkin anda perlu menunggu berjam-jam untuk susukannya.
Saat-saat bahagia menyusukan anak bagai direntap. Bayi pramatang anda terpaksa 'tube feeding'. Dan sepertinya tak sanggup melihat anak yang berselirat dengan wayar di sana sini.
Tiada cara yang lebih baik untuk melihat bayi anda sihat, melainkan memberikannya susu anda. Susu ibu.
Apa Yang Ibu Perlu Lakukan Untuk Menyusu Anak Pramatang Supaya Susu Cukup dan Berat Bayi Naik?
1-Pam Seawalnya
Sebaiknya mulalah mengepam susu sebaik bayi dilahirkan. Mengepam seawal mungkin mempengaruhi kuantiti susu ibu yang akan terhasil.
Lebih awal mengepam, lebih banyak susu yang terhasil untuk bayi anda.
Tetapi kebiasaanya ibu yang melahirkan bayi pramatang berada dalam emosi yang tak stabil. Mudah stress kerana terpaksa hadapi luka bersalin yang menyakitkan.
Juga letih kerana telah melalui proses melahirkan yang sukar. Ditambah pula runsing memikirkan anak yang masih tak stabil.
Untuk sihat ibu perlu makan dengan baik. Tapi dengan anak yang tak sihat, nak makan pun tak berselera.
Ia mungkin akan menyebabkan susu ibu tak cukup. Walaupun dah pam dua jam sekali.
Nutrisi yang tak cukup kerana makan sedikit bolehlah dilengkapkan dengan pengambilan makanan tambahan.
Seperti B Complex baik untuk memberikan tenaga untuk ibu. Dan membantu mengawal stress dan keletihan.
Manakala zinc sangat baik bagi mempercepatkan luka sembuh. Vitamin C juga penting bagi mengelakkan ibu terkena demam dan sebagainya.
Ibu perlu terus sihat untuk terus pam susu. Kesihatan terganggu, penghasilan susu pun terbantut.
2-Pegang Bayi
Cuba pegang bayi dalam posisi menyusukan anak. Walaupun bayi pramatang tak boleh menyusu.
Tetapi ia bagus untuk membiasakan bayi dalam posisi penyusuan. Selain itu ibu bolehlah membasahkan 'cotton wool' dengan susu ibu. Dan letakkan di 'isolatte' supaya bayi boleh mengenal bau susu ibu.
Selain itu, teknik 'kangaroo care' juga baik bagi membantu bayi pramatang lebih sihat dan denyutan jantung menjadi stabil.
3-Eksperimentasi Posisi Menyusukan
Belajar dan cubalah pelbagai posisi menyusukan. Pastikan bayi anda 'attach' dengan betul. Supaya dia dapat susu yang secukupnya walaupun sesi menyusukan tak lama.
4-Reflek Let Down
Sebelum mula menyusukan anak. Ibu mungkin boleh cuba untuk hasilkan reflek 'let down' terlebih dahulu.
Boleh dihasilkan dengan mengepam sebentar, menggentel puting susu, atau mengurut payudara sebelum menyusukan bayi pramatang.
Ia membantu bayi anda untuk dapat lebih banyak susu semasa disusukan. Let down lebih mudah dilakukan jika ibu dalam keadaan tenang.
Pengambilan kalsium-magnesium seperti Ostematrix membantu mempercepat proses 'let down' ini.
5-Usah Risau
Tak perlu risau jika bayi tak melekao dengan baik. Kerana apa yang lebih penting adalah menyesuaikan bayi dengan proses penyusuan. Dan juga untuk mengenal ibunya.
Pastikan anda dalam keadaan yang sihat fizikal dan emosi. Kerana ianya bukan proses yang mudah.
Menyusukan bayi pramatang memerlukan ibu untuk lebih bersabar dengan bayi yang baru nak mula belajar hisap susu. Multivitamin sangat penting kerana membantu ibu kekal bertenaga walaupun tak dapat tidur dengan cukup.
Supplemen atau makanan tambahan yang ibu ambil juga turut dapat diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ia akan membuatkan berat badan bayi bertambah dengan cepat. Juga risiko komplikasi bayi pramatang juga dapat dikurangkan.
Lebih cepat berat bayi bertambah. Maka lebih cepatlah bayi untuk pulang ke rumah.
Tak perlulah anda bermalam atau berulang alik ke hospital setiap hari. Dan merasa sedih kerana terkenang anak di hospital.
Kini anda dan anak bersama-sama di rumah. Lebih tenang untuk meneruskan perjuangan menyusukan bayi pramatang.
Ambil masa untuk relaks dan tumpukan perhatian untuk membantu anak menyusu dengan baik. Perlahan-lahan sesuaikan rutin baru anda dan bayi.
Susukanlah bayi dengan kerap bagi memastikan susu ibu terhasil dengan cukup. Dan bayi pramatang anda dapat membesar dengan baik, membesar bagai johan.
Puan Hidayah adalah ibu yang telah melahirkan bayi pramatang. Dia hampir putus asa untuk terus menyusukan anaknya.
Tetapi sesuatu telah membuatkan dia kembali semangat. Apakah dia?
Nak tahu? Silalah 'play' video di bawah
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Jika anda juga seperti Puan Hidayah, terlampau tak larat, sakit akibat c-sect dan stress tapi nak susukan anak pramatang anda. Saya ada sesuatu yang boleh membantu anda.
Bukan setakat anda sihat, bertenaga dan boleh pam susu. Tapi berat badan anak pramatang anda juga boleh naik dengan cepat dan tiada komplikasi lain. Bayi anda juga boleh keluar dari hospital dengan secepat mungkin.
Cepat Whatsapp saya di 016 773 1892. Impian bersama-sama anak di rumah bakal jadi realiti.
Baca sini, Cara Tambah Stok Susu Kurang
Baca sini, Cara Tambah Stok Susu Kurang
omega guard
Batuk Tak Berhenti Sampai Nak Cium Isteri Pun Terbantut, Apa Nak Buat?
Tuesday, December 02, 2014
Gelisah hidup kalau batuk tak berhenti. Sampaikan nak cium isteri pun terbantut.
Yelah takut jangkit pula isteri. Nanti bersahut-sahutan lah pulak batuk kat rumah.
Batuk payah nak kawal. Tengah makan pun boleh batuk. Habis bersembur nasi. Terus hilang selera nak makan.
Boleh jadi huru hara hidup kalau batuk tak berhenti. Tak baik-baik walaupun dah berbotol ubat batuk masuk perut.
Jadi inginlah saya kongsikan beberapa perkara penting tentang masalah batuk tak berhenti ni. Antaranya:
1-Punca Batuk Tak Berhenti
2-Kesan Batuk Teruk
3-Cara Atasi Masalah Batuk
Punca Batuk Tak Berhenti
Terdapat pelbagai punca kepada masalah batuk teruk ini. Biasanya ia berpunca dari:
1-Lelah atau asma
2-Masalah sinussitis
3-Bronkitis yang kronik
4-Batuk biasa
5-Masalah sistem pernafasan
6-COPD, Chronic Obstructive Pulmonary Disease
7-Kanser paru-paru
Dan sebenarnya ada lebih kurang 92 punca masalah batuk tak berhenti ni. Boleh baca di sini.
Tiada jalan lain untuk mengetahui apakah punca kepada masalah batuk melainkan berjumpa dengan doktor. Dan lakukan pemeriksaan lanjut.
Kerana jika tak dikenalpasti dengan baik, ia mungkin akan memburukkan keadaan. Juga kemungkinan masalah lain akan timbul.
Kesan Batuk Teruk
Bukan sahaja menggangu ketenteraman hidup. Malah batuk tak berhenti membuatkan:
1-Tak boleh kawal proses buang air kecil
Ini kerana batuk yang berterusan memberi tekanan kepada pundi kencing. Maka apabila batuk, anda mungkin akan turut terkencing. Ketawa juga akan membuatkan insiden terkencing berlaku.
2-Pening
Batuk berlarutan membuatkan anda berasa pening. Kemungkinan anda hilang imbangan badan yang baik.
Ia akan menyebabkan anda mudah pitam dan mengalami 'vertigo'.
3-Sakit Kepala
Kepala akan berdenyut di kawasan depan, tepi atau belakang kepala. Kepala yang berdenyut seterusnya akan membuatkan anda merasa lemah, dan ianya menggangu urusan harian.
4-Tulang Selangka Retak
Tekanan semasa batuk mungkin akan mencederakan tulang selangka. Ia mungkin menjadi retak, bengkak dan lebam.
Anda juga turut merasa sakit untuk bernafas. Apatah lagi ketika batuk, sakit seperti menyucuk akan terasa pada bahagian dada.
Jadi apa yang harus dilakukan bagi mengurangkan masalah batuk tak berhenti ini selain dari mengambil ubat hospital? Ada tak cara lain yang boleh membantu?
Cara Atasi Masalah Batuk
Sebaik-baiknya pergilah berjumpa doktor dahulu bagi mengenal punca batuk. Ia akan membantu anda mengawal dan mengatasi batuk dengan lebih baik.
Berikut adalah cara-cara yang dapat membantu mengatasi batuk:
1-Minum air kosong secukupnya. Paling kurang amalkan dua liter air.
2-Jika anda merokok, berhentilah serta merta.
3-Minum air suam. Boleh campurkan madu, halia, atau cengkih bagi melegakan kerongkong yang sakit atau pedih akibat batuk.
4-Elakkan makanan yang alergik seperti susu. Ia hanya akan memburukkan keadaan, kahak akan bertambah banyak.
Atau kurangkan pengambilan karbohidrat. Bagi penghidap COPD, karbohidrat yang banyak akan menambahkan kandungan karbon dioksida dalam badan.
Dan menyebabkan batuk tak berhenti bertambah teruk.
5-Banyakkan mengambil bijiran, buah-buahan dan sayur.
6-Kurangkan minyak dan gula dalam diet harian.
7-Elakkan minum ais.
8-Mengambil makanan dan supplemen kaya antioksidan. Ia akan membantu memudakan sistem badan yang sudah rosak dan tua akibat dari batuk teruk
Dan jika anda betul sudah tak larat nak hadap masalah batuk tak henti ini. Sehingga membuatkan anda susah nak makan dan jadi terlampau kurus.
Mungkin anda perlukan Vivix Shaklee. Ia satu-satunya supplemen yang tertinggi kandungan antioksidannya.
Dan yang lebih penting lagi, ia adalah satu-satunya supplemen yang mampu menembus ke DNA manusia. Membaiki DNA yang rosak.
DNA badan seolah-olah terlahir semula. Sihat dan cantik seperti anda tiada masalah batuk teruk.
9-Kekurangan nutrisi juga menyebabkan batuk. Oleh itu masukkanlah vitamin A, C dan E dalam diet harian.
10-Kawasan dada yang radang akibat batuk boleh diredakan dengan pengambilan asid lemak seperti Omega 6 dan 3.
Yang biasanya ada pada ikan. Atau mungkin anda boleh cuba Omega Guard.
Anda pening nak pilih supplemen tapi sudah jemu dengan batuk yang tak baik-baik. Sampaikan asyik tersembur nasi, hingga rasa tertekan sebab lapar dan terlampau kurus.
Anda boleh Whatsapp saya di 016 773 1892. Saya pastikan supplemen yang bakal diambil adalah yang paling sesuai dengan masalah batuk tak berhenti anda.
Vivix Ikhtiar Terbaik Sakit Kronik
Vivix Ikhtiar Terbaik Sakit Kronik