Batuk Tak Berhenti Sampai Nak Cium Isteri Pun Terbantut, Apa Nak Buat?
Tuesday, December 02, 2014Gelisah hidup kalau batuk tak berhenti. Sampaikan nak cium isteri pun terbantut.
Yelah takut jangkit pula isteri. Nanti bersahut-sahutan lah pulak batuk kat rumah.
Batuk payah nak kawal. Tengah makan pun boleh batuk. Habis bersembur nasi. Terus hilang selera nak makan.
Boleh jadi huru hara hidup kalau batuk tak berhenti. Tak baik-baik walaupun dah berbotol ubat batuk masuk perut.
Jadi inginlah saya kongsikan beberapa perkara penting tentang masalah batuk tak berhenti ni. Antaranya:
1-Punca Batuk Tak Berhenti
2-Kesan Batuk Teruk
3-Cara Atasi Masalah Batuk
Punca Batuk Tak Berhenti
Terdapat pelbagai punca kepada masalah batuk teruk ini. Biasanya ia berpunca dari:
1-Lelah atau asma
2-Masalah sinussitis
3-Bronkitis yang kronik
4-Batuk biasa
5-Masalah sistem pernafasan
6-COPD, Chronic Obstructive Pulmonary Disease
7-Kanser paru-paru
Dan sebenarnya ada lebih kurang 92 punca masalah batuk tak berhenti ni. Boleh baca di sini.
Tiada jalan lain untuk mengetahui apakah punca kepada masalah batuk melainkan berjumpa dengan doktor. Dan lakukan pemeriksaan lanjut.
Kerana jika tak dikenalpasti dengan baik, ia mungkin akan memburukkan keadaan. Juga kemungkinan masalah lain akan timbul.
Kesan Batuk Teruk
Bukan sahaja menggangu ketenteraman hidup. Malah batuk tak berhenti membuatkan:
1-Tak boleh kawal proses buang air kecil
Ini kerana batuk yang berterusan memberi tekanan kepada pundi kencing. Maka apabila batuk, anda mungkin akan turut terkencing. Ketawa juga akan membuatkan insiden terkencing berlaku.
2-Pening
Batuk berlarutan membuatkan anda berasa pening. Kemungkinan anda hilang imbangan badan yang baik.
Ia akan menyebabkan anda mudah pitam dan mengalami 'vertigo'.
3-Sakit Kepala
Kepala akan berdenyut di kawasan depan, tepi atau belakang kepala. Kepala yang berdenyut seterusnya akan membuatkan anda merasa lemah, dan ianya menggangu urusan harian.
4-Tulang Selangka Retak
Tekanan semasa batuk mungkin akan mencederakan tulang selangka. Ia mungkin menjadi retak, bengkak dan lebam.
Anda juga turut merasa sakit untuk bernafas. Apatah lagi ketika batuk, sakit seperti menyucuk akan terasa pada bahagian dada.
Jadi apa yang harus dilakukan bagi mengurangkan masalah batuk tak berhenti ini selain dari mengambil ubat hospital? Ada tak cara lain yang boleh membantu?
Cara Atasi Masalah Batuk
Sebaik-baiknya pergilah berjumpa doktor dahulu bagi mengenal punca batuk. Ia akan membantu anda mengawal dan mengatasi batuk dengan lebih baik.
Berikut adalah cara-cara yang dapat membantu mengatasi batuk:
1-Minum air kosong secukupnya. Paling kurang amalkan dua liter air.
2-Jika anda merokok, berhentilah serta merta.
3-Minum air suam. Boleh campurkan madu, halia, atau cengkih bagi melegakan kerongkong yang sakit atau pedih akibat batuk.
4-Elakkan makanan yang alergik seperti susu. Ia hanya akan memburukkan keadaan, kahak akan bertambah banyak.
Atau kurangkan pengambilan karbohidrat. Bagi penghidap COPD, karbohidrat yang banyak akan menambahkan kandungan karbon dioksida dalam badan.
Dan menyebabkan batuk tak berhenti bertambah teruk.
5-Banyakkan mengambil bijiran, buah-buahan dan sayur.
6-Kurangkan minyak dan gula dalam diet harian.
7-Elakkan minum ais.
8-Mengambil makanan dan supplemen kaya antioksidan. Ia akan membantu memudakan sistem badan yang sudah rosak dan tua akibat dari batuk teruk
Dan jika anda betul sudah tak larat nak hadap masalah batuk tak henti ini. Sehingga membuatkan anda susah nak makan dan jadi terlampau kurus.
Mungkin anda perlukan Vivix Shaklee. Ia satu-satunya supplemen yang tertinggi kandungan antioksidannya.
Dan yang lebih penting lagi, ia adalah satu-satunya supplemen yang mampu menembus ke DNA manusia. Membaiki DNA yang rosak.
DNA badan seolah-olah terlahir semula. Sihat dan cantik seperti anda tiada masalah batuk teruk.
9-Kekurangan nutrisi juga menyebabkan batuk. Oleh itu masukkanlah vitamin A, C dan E dalam diet harian.
10-Kawasan dada yang radang akibat batuk boleh diredakan dengan pengambilan asid lemak seperti Omega 6 dan 3.
Yang biasanya ada pada ikan. Atau mungkin anda boleh cuba Omega Guard.
Anda pening nak pilih supplemen tapi sudah jemu dengan batuk yang tak baik-baik. Sampaikan asyik tersembur nasi, hingga rasa tertekan sebab lapar dan terlampau kurus.
Anda boleh Whatsapp saya di 016 773 1892. Saya pastikan supplemen yang bakal diambil adalah yang paling sesuai dengan masalah batuk tak berhenti anda.
Vivix Ikhtiar Terbaik Sakit Kronik
Vivix Ikhtiar Terbaik Sakit Kronik
0 comments