5 Cara Mudah Bantu Mangsa Banjir & Gerenti Dapat Pahala

Tuesday, December 30, 2014

Rakyat Malaysia memang pemurah, ramai yang sudah bantu mangsa banjir. Tapi mungkin masih ada yang nak bantu, tapi tak tahu macam mana?

Oleh itu saya kongsikan 5 cara mudah bantu mangsa banjir, dan Insyaallah walaupun sedikit tapi ikhlas pasti dapat pahala dari Allah SWT:

1-Dermakan Duit Pada NGO

Pelbagai NGO telah muncul dengan tabung-tabung untuk bantu mangsa banjir ni. Jadi kita bolehlah buat pilihan untuk dermakan pada NGO pilihan masing-masing.
Tak payah fikir sangat sampai ke duit aku kat mangsa banjir. Sebab jika terlampau fikir, mungkin anda terus tak menderma langsung.
Tak perlu RM50, mula dengan RM1 atau RM5 pun dah baik. Dan jika kita ikhlas, pasti Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


cara bantu mangsa banjir, mangsa banjir di kemaman, banjir kelantan, banjir di kelantan


cara bantu mangsa banjir, mangsa banjir di kemaman, banjir kelantan, banjir di kelantan

2-Dermakan Duit Pada Sukarelawan

Begitu ramai hati-hati murni dalam rakyat Malaysia. Ambil inisiatif sendiri untuk gerakkan tabung mangsa banjir.
Dan jika kita percayakan mereka yang mungkin kawan atau saudara mara kita. Bolehlah juga dermakan pada mereka.
Tak payah jumpa pun tak apa, kita ada nombor akaun mereka. Transfer sahaja berapa banyak yang dimahukan.
Lebih besar jumlah, lebih banyak saham di akhirat sana.

3-Berikan Baju Terpakai

Bukan baju yang sudah tidak mahu, dan baju yang dah dikategorikan sebagai sampah.
Kesian sukarelawan terpaksa pula uruskan pula 'sampah'. Pastikan baju yang nak diberikan itu masih elok keadaannya.
Masih boleh dipakai dan masih lawa. Bukan tahap buat kain lap dapur.
Dan lebih baik, kita bantu untuk 'sort' dulu sebelum serahkan pada pusat pengumpulan bantuan banjir.
Ingat sebaik-baik pemberian, adalah sesuatu yang kita sayang.
Oh, saya dan adik beradik Shaklee saya sedang berusaha mengumpulkan telekung, 'undergarment' aka seluar dalam dan baju dalam, botol susu dan baju bayi. Jadi jika anda berada di kawasan Ampang dan ada barang-barang ini untuk diinfakkan, silalah Whatsapp atau Call saya di 016 773 1892.

cara bantu mangsa banjir, mangsa banjir di kemaman, banjir kelantan, banjir di kelantan

4-Tekan Button Share

Ada Facebook? Tahu tak yang anda boleh bantu mangsa banjir hanya menggunakan Facebook.
Mudah saja, bila anda scroll newsfeed dan ternampak poster pasal bantu mangsa banjir. Apa yang perlu dibuat? Hanya klik saja pada button Share.
Mana tahu sebab kita share tulah membuatkan hartawan dan dermawan berpusu-pusu keluarkan harta untuk beri bantuan kepada yang kena dugaan banjir. 
Jom tekan butang Share laju-laju. Tapi jangan pula tekan Share pada sesuatu yang tak pasti atau fitnah. Tak pasal-pasal berantai dosa free dapat.
Facebook, medan dapat pahala atau dosa. Kita yang tentukan.

 cara bantu mangsa banjir, mangsa banjir di kemaman, banjir kelantan, banjir di kelantan



5-Doakan Mereka


Ini lagi satu cara yang cukup mudah untuk bantu mangsa banjir. Setiap kali lepas solat, selain kita doakan buat insan-insan tersayang. Jangan lupa doakan juga untuk mereka mangsa banjir, supaya kuat dan tabah terima ujian-Nya.
Moga mereka digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari Allah SWT. Tahukan, salah satu doa yang terbaik dan makbul adalah doa dari seorang mukmin kepada mukmin yang lain tanpa pengetahuannya.
Letakkan rasa simpati dan empati semasa berdoa. Bayangkan saja jika kita berada ditempat mereka.

Sejuk sungguh malam ni, kita yang masih ada selimut tebal pun rasa gigitan sejuk. Apatah lagi mereka yang di pusat-pusat pengumpulan mangsa banjir. Mungkin tidur beralaskan tikar sahaja.

Belum lagi mereka yang berlindung di atas bukit, mungkin sedang menggigil menahan kesejukan. Apakah mereka tak layak dibantu? 

Teringat perbualan singkat dengan kawan yang sanggup balik ke Kuala Krai, Kelantan dari Putrajaya kerana ramai saudara mara yang perlukan bantuan. Ada yang terpaksa bergayut dibumbung rumah elak di bawa arus deras semalaman.

Maggi kering yang diberi dikoyak dan dimamah. Gula dalam paket digigit, disuapkan pada mulut. Semua sebab kelaparan. Berderai air mata.

Ada yang nak balik tengok rumah, bawa kunci rumah. Tapi bila sampai kawasan rumah, bayang rumah pun tak nampak. Tinggal lantai simen dan tangga batu sahaja.

Try baca yang ini, ada video banjir Kelantan yang 99% akan buat kita menangis.

Agaknya bagaimanalah mereka mahu teruskan hidup? Jomlah kawan-kawan kita sama-sama bantu mangsa banjir ye.

Ini mungkin masa mereka, masa kita? Hanya Allah SWT yang tahu. Jadi berbuatlah baik selagi nafas boleh dihela.



You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube