Menyusu Anak Pramatang Susu Tak Cukup & Berat Bayi Tak Naik, Apa NakBuat?

Thursday, December 04, 2014

Menyusu anak pramatang lebih mencabar dari menyusukan bayi cukup bulan. Tetapi susu ibu lebih diperlukan oleh bayi yang lahir cukup bulan.



Bertambah mencabar bila pam susu sikit sangat yang keluar. Bagi susu ibu, tapi berat bayi pun tak naik. 

Rasa nak bagi susu formula je. Tapi doktor, suami dan mak semua suruh menyusukan anak. Apa yang baik sangat dengan susu ibu ni? 

Mengapa Penting Menyusukan Bayi Pramatang?

Ada beberapa sebab mengapa susu ibu sangat penting untuk bayi pramatang, antaranya:

1-Mengelakkan kerosakan pada sistem pencernaan bayi yang belum matang
2-Baik untuk menjaga kesihatan bayi pramatang
3-Susu ibu adalah unik, kandungannya sangat sesuai dan baik untuk bayi pramatang, dan tiada susu formula yang boleh tandingi
4-Selain itu, susu ibu juga tak perlukan kos. Berbanding dengan susu formula bayi pramatang yang memang mahal.
Menyusukan anak pramatang juga adalah cara untuk berjimat. Kerana duit lebih diperlukan bagi membiayai kos rawatan bayi di hospital.

Tetapi menyusukan bayi pramatang bukan sesuatu yang mudah. Lebih banyak cabarannya. 

Seperti bayi terlampau kecil, bayi tak pandai hisap, komplikasi kelahiran dan juga keaadaan bayi yang di dalam incubator.

Ditambah lagi dengan emosi ibu yang sangat rapuh. Segala yang dirancang tak kesampaian. 

Anda dan suami terpaksa melalui saat-saat mendebarkan dan menakutkan semasa bayi nak dilahirkan. Dan biasanya bayi pramatang dilahirkan secara mengejut.

Angan-angan manis anda melahirkan bayi yang sihat. Dan menyusukan bayi selepas dilahirkan hanya tinggal angan-angan.

Sebabnya anda terpaksa berdepan dengan realiti. Bayi di dalam inkubator. Dan mungkin anda perlu menunggu berjam-jam untuk susukannya.

Saat-saat bahagia menyusukan anak bagai direntap. Bayi pramatang anda terpaksa 'tube feeding'. Dan sepertinya tak sanggup melihat anak yang berselirat dengan wayar di sana sini.

Tiada cara yang lebih baik untuk melihat bayi anda sihat, melainkan memberikannya susu anda. Susu ibu.

Apa Yang Ibu Perlu Lakukan Untuk Menyusu Anak Pramatang Supaya Susu Cukup dan Berat Bayi Naik?

1-Pam Seawalnya
Sebaiknya mulalah mengepam susu sebaik bayi dilahirkan. Mengepam seawal mungkin mempengaruhi kuantiti susu ibu yang akan terhasil.

Lebih awal mengepam, lebih banyak susu yang terhasil untuk bayi anda.

Tetapi kebiasaanya ibu yang melahirkan bayi pramatang berada dalam emosi yang tak stabil. Mudah stress kerana terpaksa hadapi luka bersalin yang menyakitkan.

Juga letih kerana telah melalui proses melahirkan yang sukar. Ditambah pula runsing memikirkan anak yang masih tak stabil. 

Untuk sihat ibu perlu makan dengan baik. Tapi dengan anak yang tak sihat, nak makan pun tak berselera.

Ia mungkin akan menyebabkan susu ibu tak cukup. Walaupun dah pam dua jam sekali.

Nutrisi yang tak cukup kerana makan sedikit bolehlah dilengkapkan dengan pengambilan makanan tambahan.

Seperti B Complex baik untuk memberikan tenaga untuk ibu. Dan membantu mengawal stress dan keletihan.

Manakala zinc sangat baik bagi mempercepatkan luka sembuh. Vitamin C juga penting bagi mengelakkan ibu terkena demam dan sebagainya.

Ibu perlu terus sihat untuk terus pam susu. Kesihatan terganggu, penghasilan susu pun terbantut.

2-Pegang Bayi
Cuba pegang bayi dalam posisi menyusukan anak. Walaupun bayi pramatang tak boleh menyusu. 

Tetapi ia bagus untuk membiasakan bayi dalam posisi penyusuan. Selain itu ibu bolehlah membasahkan 'cotton wool' dengan susu ibu. Dan letakkan di 'isolatte' supaya bayi boleh mengenal bau susu ibu.

Selain itu, teknik 'kangaroo care' juga baik bagi membantu bayi pramatang lebih sihat dan denyutan jantung menjadi stabil.



3-Eksperimentasi Posisi Menyusukan
Belajar dan cubalah pelbagai posisi menyusukan. Pastikan bayi anda 'attach' dengan betul. Supaya dia dapat susu yang secukupnya walaupun sesi menyusukan tak lama. 

4-Reflek Let Down
Sebelum mula menyusukan anak. Ibu mungkin boleh cuba untuk hasilkan reflek 'let down' terlebih dahulu.

Boleh dihasilkan dengan mengepam sebentar, menggentel puting susu, atau mengurut payudara sebelum menyusukan bayi pramatang.

Ia membantu bayi anda untuk dapat lebih banyak susu semasa disusukan. Let down lebih mudah dilakukan jika ibu dalam keadaan tenang.

Pengambilan kalsium-magnesium seperti Ostematrix membantu mempercepat proses 'let down' ini.

5-Usah Risau
Tak perlu risau jika bayi tak melekao dengan baik. Kerana apa yang lebih penting adalah menyesuaikan bayi dengan proses penyusuan. Dan juga untuk mengenal ibunya. 

Pastikan anda dalam keadaan yang sihat fizikal dan emosi. Kerana ianya bukan proses yang mudah. 

Menyusukan bayi pramatang memerlukan ibu untuk lebih bersabar dengan bayi yang baru nak mula belajar hisap susu. Multivitamin sangat penting kerana membantu ibu kekal bertenaga walaupun tak dapat tidur dengan cukup. 

Supplemen atau makanan tambahan yang ibu ambil juga turut dapat diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ia akan membuatkan berat badan bayi bertambah dengan cepat. Juga risiko komplikasi bayi pramatang juga dapat dikurangkan.

Lebih cepat berat bayi bertambah. Maka lebih cepatlah bayi untuk pulang ke rumah. 

Tak perlulah anda bermalam atau berulang alik ke hospital setiap hari. Dan merasa sedih kerana terkenang anak di hospital. 

Kini anda dan anak bersama-sama di rumah. Lebih tenang untuk meneruskan perjuangan menyusukan bayi pramatang.

Ambil masa untuk relaks dan tumpukan perhatian untuk membantu anak menyusu dengan baik. Perlahan-lahan sesuaikan rutin baru anda dan bayi.

Susukanlah bayi dengan kerap bagi memastikan susu ibu terhasil dengan cukup. Dan bayi pramatang anda dapat membesar dengan baik, membesar bagai johan.

Puan Hidayah adalah ibu yang telah melahirkan bayi pramatang. Dia hampir putus asa untuk terus menyusukan anaknya. 

Tetapi sesuatu telah membuatkan dia kembali semangat. Apakah dia?

Nak tahu? Silalah 'play' video di bawah


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Jika anda juga seperti Puan Hidayah, terlampau tak larat, sakit akibat c-sect dan stress tapi nak susukan anak pramatang anda. Saya ada sesuatu yang boleh membantu anda.

Bukan setakat anda sihat, bertenaga dan boleh pam susu. Tapi berat badan anak pramatang anda juga boleh naik dengan cepat dan tiada komplikasi lain. Bayi anda juga boleh keluar dari hospital dengan secepat mungkin.

Cepat Whatsapp saya di 016 773 1892. Impian bersama-sama anak di rumah bakal jadi realiti.

Baca sini, Cara Tambah Stok Susu Kurang


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube