Tips Menyusu Anak Pramatang
5 Tips Susukan Anak Pramatang Khas Ibu Bermasalah Susu Sikit
Sunday, June 19, 2016Assalamulaikum,
Syukur anda telah melahirkan seorang anak. Walaupun dia anak pramatang, dia tetap membawa berjuta rahmat buat anda dan suami bukan?
Bertenang dan bersabar hadapi ujian dari Allah. Setiap ujian itu pasti punya hikmah yang besar dari-Nya. Yakinlah.
Di kala ini anda mungkin masih rasa sakit akibat c-sect. Ditambah lagi dengan kerisauan susu yang sedikit. Tak cukup.
Doktor kata kalau mahu anak sihat cepat, anda mesti berikan susu ibu. Tiada pilihan lain. Apa kata anda cuba tips yang bakal Eray kongsikan ini.
Insyallah, anda pasti berjaya susukan anak pramatang hanya dengan SUSU IBU sahaja.
Tips Susukan Anak Pramatang
1- Buang Kerisauan
Mungkin sekarang anda dalam keadaan emosi yang kurang stabil. Risau anak yang ditinggalkan di NICU. Ditambah lagi, anda masih lemah dan tidak kuat.
Bertenang dan cuba untuk hilangkan kerisauan. Apabila risau, anda akan menjadi stress. Stress pula adalah penyebab utama ibu gagal menyusukan anak.
Insyaallah, anak anda dalam penjagaan yang terbaik di hospital. Tumpukan untuk sihatkan diri dan hasilkan susu.
2- Gunakan Pam Susu Yang Baik
Gunakan pam susu untuk meransang susu supaya terhasil. Terdapat banyak pilihan, Eray cadangkan pilih pam yang memiliki ciri 'double pumping'.
Ini kerana ia dalah meransang kedua-dua belah payudara dalam masa yang sama. Ini bermakna lebih susu dapat dihasilkan.
3- Pam Secara Konsisten dan Kerap
Hisapan bayi adalah ransangan terbaik untuk hasilkan susu. Tapi tak bermakna tanpa anak disisi anda tak boleh hasilkan susu.
Pamkan susu anda. Buat secara konsisten. Lebih baik jika anda buat satu jadual mengepam, ini akan membantu anda lebih berdisiplin untuk mengepam.
Kekerapan mengepam memberi kesan kepada berapa banyak susu yang terhasil. Semakin bertambah kekerapan, semakin banyak susu yang terhasil.
Seeloknya pam 3-4 jam sekali. Jika guna 'double pumping', ambil masa 15-20 minit bagi setiap sesi.
Ini bermakna anda akan mengepam sebanyak 6-8 kali sehari.
4- Jaga Pemakanan
Tubuh yang lemah juga memberi kesan negatif terhadap penghasilan susu. Semasa dalam pantang anda mesti makan makanan yang sihat.
Pastikan makanan tersebut mempunyai nutrisi yang seimbang. Ini semua akan membuatkan tubuh dapat berfungsi dengan baik.
5- Supplemen Penyusuan
Bagaimana ada mahu hasilkan susu yang cukup, jika anda sendiri lemah dan belum kuat?
Sakit luka c-sect belum sembuh. Sibuk berulang alik ke hospital melihat anak. Mana nak urus anak-anak yang lebih besar? Urusan rumah lagi......memenatkan bukan?
Inilah sebabnya anda perlu supplemen penyusuan. Luka c-sect sembuh dengan cepat, emosi terkawal, kurang letih dan lebih bertenaga. Dan yang lebih penting lagi, anda dapat mengepam susu dengan konsisten.
Oleh itu, tiada lagi masalah susu sikit atau tak cukup susu. Susu anda sentiasa cukup buat anak di NICU.
Anak anda juga mendapat tempias kebaikan set ini. Berat badannya akan segera bertambah dan mengelakkankan komplikasi akibat kelahiran pra matang.
Makin cepatlah anak sihat dan pulang ke rumah.
Ikuti pengalaman Puan Hidayah , mana tahu ia membantu anda untuk lebih bersemangat untuk terus menyusukan anak pramatang anda.
Anda mahu cuba set ini? Boleh hubungi Eray di 016 773 1892. Bimbingan cara makan yang betul akan diberikan secara eksklusif. Disamping itu, Eray akan kongsikan tips-tips penyusuan agar anda dapat susukan anak pramatang dengan lebih baik.
Eray Majid
ID Shaklee 840943
016 773 1892