Anak Kurus Kering Asyik Sakit Sampai Tak Tahan Kena Perli Tak Pandai Jaga Anak, Apa Nak Buat?
Wednesday, December 10, 2014"Lyn, anak kurus kering ni. Kau tak bagi makan ke?"
"Kenapa anak kau ni, asal jumpa je mesti berhingus, asyik sakit je. Kau tak kisah ke."
Dan banyak lagi-lagi ayat-ayat sentap yang dilontarkan bila anak kita kurus keding. Tambah lagi mudah sakit. Macamlah kita tak tahu jaga anak.
Ibu manalah nak anak kurus keding, kalau boleh memanglah nak anak yang chubby dan cheeky. Tapi sebenarnya masalah anak kurus ni, sedikit sebanyak ibu ayah lah puncanya.
Kenapa pula, apa pasal ibu ayah pulak yang salah?
Jadi dalam entry anak kurus kering dan selalu sakit, saya mahu kongsikan:
1-Kesilapan Ibu Ayah Sampai Anak Keding
2-Kesan Anak Kurus Kering
Kesilapan Ibu Ayah Sampai Anak Kurus Melidi
1- Sikap Kurang Kisah
Asalkan anak kenyang, apa dia makan apa pun tak kisah. Anak suka makan 'junk food', ibu ayah kata takpe, dari dia tak makan apa-apa. Makanan sampah tak berikan nutrisi untuk anak membesar.
Atau mungkin juga, ibu dah sediakan makanan sihat. Tapi kurang usaha supaya anak makan.
2-Contoh Kurang Baik
Anak-anak akan mencontohi apa saja yang ibu ayah lakukan. Kalau ibu ayah tak makan sayur, anak juga susah nak makan sayur.
Ibu ayah suka makan fast food, anak juga suka makan fast food.
3-Susu Paling Penting
Anak dah pun dua tahun. Tapi seolah-olah susu formula adalah yang paling penting. Sepatutnya, usia dua tahun anak sudah boleh makan pelbagai 'real food'.
Ibu ayah risau anak tak minum susu. Tapi tak risau pun anak tak makan nasi.
Susu formula hanyalah 'supplementary' sahaja dalam diet anak. Malahan ada sesetengah doktor menyatakan susu formula tidak perlu diberikan pada anak yang sudah berusia dua tahun.
Habis tu mana nak dapatkan sumber kalsium? Boleh ganti susu segar. Dan susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium. Beras dan kekacang juga kaya dengan kalsium.
Kesan Anak Kurus Kering
1-Anak mudah terkena sakit, lebih-lebih lagi jika duduk di taska
2-Anak kurang aktif
3-Anak mudah letih
4-Anak menjadi kurang fokus dalam kelas dan periksa dapat nombor corot
5-Anak tak bijak
Cara Buat Anak Berisi dan Sihat
1-Tunjuk Contoh Baik
Sebelum ajar anak makan sihat, ibu ayah mesti lakukan dulu. Tunjukkan 'excitement' makan sayur. Tunjukkan sedapnya minum air kosong.
Elakkan membeli junk food. Tak payah ke fast food outlets.
Masak sendiri di rumah. Simple tapi penuh khasiat. Selain itu air tangan ibu buat tambah rasa sayang anak kepada ibu.
2-Jadi Bos
Tunjukkan anak bahawa kita adalah bos. Jangan kalah dengan permintaan anak. Anak tak tahu apa yang baik untuk mereka.
Tapi ibu dan ayah tahu. Walaupun anak nangis berguling nakkan icecream, atau McDonalds. Kita mesti tegas.
Pujuk dengan perkara lain. Anak akan juga tetap berhenti mengamuk dan menangis. Walaupun mungkin setengah jam.
Konsisten dengan tindakan kita, biar anak kita tahu kita adalah bos.
3-Kuasi Teknik
Pelbagaikan teknik supaya anak boleh makan makanan berkhasiat. Samaada deco makanan.
Atau masaklah bersama-sama. Pergi shopping barang dapur bersama-sama.
Suap anak, pujuk dengan cara kreatif. Atau kalau anak tak suka disuap. Biarkan dia makan sendiri.
4-Pilih Supplemen Bukan Ubat
Ubat diberikan apabila anak sakit. Tapi supplemen diberi untuk kekalkan kesihatan anak. Dan juga mengelakkan anak dari terkena sakit.
Saya pernah ke doktor pakar kanak-kanak, dia langsung tak berikan ubat selsema pada anak saya, padahal masa tu anak saya selsema teruk.
Dia kata, sebaiknya jangan sesekali beri selsema pada anak kerana ada kesan negatif. Kalau teruk pun, hanya berikan Paracetamol.
Sejak dari itu saya memang dah tak berikan ubat selesema dan ubat batuk. Paracetamol pun jarang-jarang sekali.
Banyak supplemen kat pasaran, tapi saya pilih yang semulajadi, dijamin selamat dan berkesan. Sudah tentulah Shaklee. Untuk anak-anak saya berikan Mealshake dan Omega Guard.
Kesan ketara bila saya konsisten beri Mealshake dan Omega Guard, peti sejuk saya dah banyak ruang kosong. Kalau tak dulu penuh dengan segala macam ubat.
Anak saya jarang sakit. Walaupun masa diorang di taska. Jarang sangat pergi klinik. Kalaupun demam ke batuk selsema, sekejap je dah baik.
Dan saya seboleh mungkin tak berikan ubat untuk anak-anak. Kalau demam saya sponging dengan air sejuk, letak setitis Basic H. Takpun saya buat air asam pekat, bubuh atas kepala untuk turunkan panas.
Batuk ke selesema hanya guna bawang putih dan buat percussion. Lagi pun Omega Guard tu membuatkan dada anak panas. Tu yang cepat kering selsema. Dan batuk sekejap je.
Lagi pun Omega ni buat anak senang tangkap apa yang dia belajar.
Makan nasi pun senang je. Siap boleh makan sayur. Pelik Mak Ngah diaorang tengok.
Kulit pun cantik, ada parut luka cepat hilang. Aktif dari siang ke malam.
Oleh itu, kalau anda ibu ayah yang dah tak larat dengar orang mengata anak anda kurus kering. Bolehlah segera Whatsapp saya, di 016 773 1892.
Saya ada cara makan yang berkesan untuk buat anak makan nasi. Dan bukan setakat makan sekali, malahan bertambah-tambah. Siap boleh makan sayur sekali.
Boleh play video di bawah. Korang dengarlah sendiri apa kata ibu yang anak derang kurus keding dan asyik sakit ni:
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
0 comments