5 Trik Anak Tidur Awal Supaya Mak Ayah Boleh Berdating
Saturday, June 06, 2015Rasanya ramai juga kawan-kawan yang ada masalah anak tidur awal. Lagi malam, lagi galak dia main. Sampai waktu nak berdua dengan suami tu memang payah. Kadang-kadang terpaksa Whatsapp je kalau ada perkara penting nak bincang. Di rumah tak sempat.
Jadi apa nak di buat nak suruh anak tidur awal? Takkan nak bagi pil tidur pulak kan. Beriya suruh anak tidur, akhirnya mak yang tidur dulu. Ayah? Gigit jari sajalah.....
5 Trik Anak Tidur Awal Supaya Mak Ayah Boleh Berdating
Trik ini berdasarkan pengalaman MakDara (MD) dengan tiga orang anak-anak syurga. Mana tahu ada yang boleh membantu korang.
1- Kurangkan Tidur Siang Hari
Rayna anak MD yang sulong adalah jenis tak tidur siang. Walaupun letih balik dari sekolah. Sanggup dia main seorang diri.Jadi, jika anak jenis suka tidur siang. Cuba ajak anak buat aktiviti yang boleh buat dia bangun. Kalau nak bagi dia tidur pun 1-2 jam sudah cukup.
Bila anak kurang tidur siang, secara automatik pukul 9.30 malam, battery dah lemah. Mata pun dah kuyu. Mak cepat-cepatlah ajak anak masuk tidur.
2- Kurangkan Gula
Gula baik untuk beri tenaga. Tapi berlebihan anak boleh jadi over aktif. Itu yang dia jadi galak main sampai ke tengah malam. Dan susah nak tidur awal.Sebaiknya elakkan beri air manis pada anak. Kalau nak bagi pun sekali dua dah cukup. Kawal, dan jangan ikut permintaan anak. Ajar anak untuk minum air kosong.
Gula-gula atau jajan pun tak payah bagi juga. Selain buat anak susah tidur, ia juga merosakkan minda anak.
3- Simpan Gadjet
Ini MD belajar dari kesilapan sendiri. Yelah masa tu berpantang anak yang ketiga. Anak yang sulong dah boleh bawa diri. Tapi yang kedua ni asyik meragam. Lagi-lagi bila time nak tidur.Mungkin sebab dulu masa belum ada adik, dia yang tidur bawah ketiak. Jadi nak senang, ayah bebudak ni bagi iPad dan biar sampai dia tertidur sendiri. Ada sekali tu, bila MD terjaga tengah pagi buta tengok dia masih tak tidur.
Rupanya benda ini jadi satu sebab utama, anak jadi payah nak tidur awal. Akhirnya, MD terpaksa bertegas untuk tak bagi iPad masa anak tidur.
Siang hari pun waktu iPad cuma 1-2 jam sahaja. MD lebih rela anak-anak sepahkan rumah, dari ketagih gadjet. Dan lebih rela dengar dia melalak.
4- Masuk Bilik Awal
Bersambung dengan point diatas. Memang mulanya anak mengamuk, menangis dan merentan nak iPad. Tapi MD tabahkan hati, buat derq. Dan tetap ajak dia masuk bilik dan tidur pukul 10.00 malam.Tutupkan lampu dan baring atas katil. Padahal waktu tu dia berzikir-zikir nak iPad nak kartun. Ulang perkara yang sama setiap hari. Sampailah rutin tidur lambat dia berjaya diubah.
MD suka guna konsep 'show them who is the BOSS'. Mak ayahlah boss kepada anak-anak. Tunjukkan yang kita 'in charge' situasi dan keadaan. Jangan biar anak jadi bos kita.
5- Bina Rutin Tidur
Tidur pun ada rutin tau. MD buat pukul 9.30 malam dah masuk balik. Paling lambat 10.30 malam. Suruh anak-anak baring elok-elok. Tutupkan lampu dan buka lampu tidur.Kemudian bacakan bedtime story untuk anak-anak. Ikutlah buku apa korang nak guna. Kalau boleh bercerita santai lagi bagus. Macam MD campur-campur ada kisah para nabi, dan kisah princess. Lepas tu ajak baca doa tidur dan jom tidur.
Nak ajak anak tidur awal ni, mak pun kenalah berkorban. Yelah, kekadang ada cerita best time pukul 10.00 malam tu kan?
Dan jangan pula korang give up, dah buat seminggu tapi anak tak nak. Teruskan buat sampailah anak paham itu adalah rutin tidur yang dia perlu patuh.
Lepas tu barulah korang boleh berdating suami isteri. Heaven gitu! Oh, kat sini ada banyak lagi tips nak ajak anak tidur awal.
1 comments
bab simpan gadget tu memang setuju sangat.
ReplyDeletekalau tak, kul 2-3 pagi..masih layan upin dan ipin. haha