5 Top Food Ibu Menyusu Berpuasa Supaya Kekal Cergas dan Bertenaga
Friday, June 12, 2015Bila nak masuk bulan Ramadan, mesti kebanyakan ibu menyusu bingung samaada perlukah turut berpuasa atau tidak. Ini kerana ibu menyusu berpuasa akan merasa lebih kepayahan berpuasa berbanding orang lain. Ibu perlu memastikan dirinya dan bayi yang disusukan mendapat zat dan nutrisi yang cukup.
Allah SWT begitu sayangkan kaum ibu sehingga adanya rukhsah bagi ibu berpuasa yang menyusu. Namun jika ibu merasa sihat dan berpuasa tak mendatang mudarat bagi dirinya dan bayi. Adalah lebih baik berpuasa baginya. Malahan menurut ulama wajib berpuasa ke atasnya.
Ada pelbagai makanan yang dapat ibu menyusu berpuasa dengan baik. Sungguh Allah itu Maha Pemurah bukan?
5 Top Food Ibu Menyusu Berpuasa Supaya Kekal Cergas dan Bertenaga
1- Kurma
Tak lain dan tak bukan, makanan terbaik sepanjang zaman. Terutama bulan puasa adalah kurma. Ia adalah makanan terbaik bagi ibu menyusu berpuasa. Kurma dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan.Sesuai dengan hadis "Bila seseorang diantara kamu berbua, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Jika tidak menemukannya, hendaklah ia berbuka dengan air. Kerana air adalah pembersih"(HR. Abu Dawud, Tirmizi, Darimi dan Ibnu Majah). Berbuka dengan kurma atau tamar adalah amalan Nabi Muhammad SAW, jadi sudah jika diniatkan mengikut sunnah, pasti mendapat pahala.
Kurma diperakui sebagai makanan yang dapat melancarkan penghasilan susu. Kandungan kurma tinggi dengan zat besi dan kalsium. Dan kedua-dua zat ini sangat diperlukan untuk susu terus terhasil.
Selain itu, di dalam kurma juga terdapat satu hormon oksitosin. Hormon ini adalah antara hormon terpenting bagi ibu menyusu. Kerana ia dapat melancarkan pengeluaran susu.
Ambillah kurma semasa berbuka dan bersahur. Jika tak gemar makan begitu saja boleh blend bersama susu atau masukkan ke dalam makanan lain seperti bubur gandum atau bubur oat.
2-Buah-buahan Tinggi Bendalir
Setelah merasa letih dan dahaga berpuasa. Pastinya mahukan sesuatu yang menyegarkan. Ibu boleh cuba mengamalkan buah-buahan yang kaya dengan bendalir.
Bendalir yang cukup juga diperlukan ibu menyusu berpuasa bagi menghasilkan susu yang cukup untuk anak. Tembikai dan betik antara pilihan yang terbaik untuk ibu.
Potong dan letakkan dalam peti sejuk. Pasti enak dimakan semasa berbuka.
3- Sayuran Hijau
Tahukah ibu bahawa di dalam sayuran hijau terdapat Omega 3. Lemak asid (omega 3) ini dapat meninggikan kandungan lemak di dalam susu ibu.
Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi mudah kenyang selepas menyusu. Disebabkan bayi tidak mengambil masa yang lama untuk menyusu. Ibu juga tidak akan merasa letih.
Omega 3 ini juga turut meningkatkan tenaga ibu menyusu berpuasa. Terdapat banyak sumber sayuran hijau ini. Antaranya adalah sawi, bayam, kailan dan macam-macam lagi.
Alfalfa dan spirulina juga termasuk di dalam kategori sayuran hijau. Ibu be creative, pelbagai menu sahur dan berbuka yang ada sayuran hijau ini.
4- Telur Rebus
Mengapa telur rebus? Ini kerana di dalam telur ada kandungan protein yang tinggi. Protein adalah salah satu nutrisi yang diperlukan untuk penghasilan susu.
Telur rebus yang ringkas ini sesuai di ambil semasa bersahur. Jika tak sukakan telur rebus, boleh pelbagaikan cara menikmati telur ini.
Atau boleh ambil sumber protein yang lain seperti ikan, sayur atau daging. Dan jika mahukan protein tinggi tanpa kandungan kolestrol boleh cuba Energizing Soy Protein (ESP).
Disamping itu juga ESP ini mengandugi kandungan glisemik rendah. Di mana ia tercerna secara perlahan dan membekalkan tenaga yang berpanjangan.
5- Oat
Terkenal sebagai makanan penggalak susu, oleh itu sangat baik diambil ibu menyusu ketika berpuasa. Boleh dinikmati semasa bersahur. Ada pelbagai resepi, antaranya boleh dibuat bubur yang dicampaurkan dengan susu dan kekacang pilihan dan kismis atau kurma.
Atau lebih trendy sekarang overnight oats, orang yang kembang tekak dengan oat pun boleh makan oat disebabkan resepi ini. Ada macam-macam resepi yang boleh dicuba di sini.
Pendek kata dengan menjaga dan mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah kunci kejayaan berpuasa bagi ibu yang menyusukan anak. Kurangkan garam, lemak dan pedas semasa berpuasa. Ibu hamil dan orang dewasa lain pun boleh mengamalkan diet ibu menyusu berpuasa ini.
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Selamat berpuasa!
0 comments