5 Cara Mudah Atasi Period Tidak Teratur Supaya Tak Emosi Je

Friday, June 05, 2015

Satu lagi masalah biasa menyerang wanita sekarang. Period tidak teratur, kejap-kejap datang. Lepas tu tak datang pula, adakala yang sampai setahun period tak datang. 


Kalau takde masalah sampingan yang timbul tak apalah, tapi bila asyik mood swing dan emosi tak tentu hala.Sampai suami pun dah bingung tak tahu nak buat apa. Tersalah cakap sikit je mulalah isteri tarik muka tak pun menagis. Lagi parah, bila anak-anak pun dapat habuan mak asyik marah-marah je.

Kesan Period Tidak Teratur

Masalah haid tak teratur ni tak boleh dipandang remeh. Sebab ia mungkin tanda kepada masalah yang lebih serious seperti PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Selain itu masalah-masalah lain yang mungkin timbul adalah:
1- muka berjerawat
2- berat badan naik mendadak
3- pertumbuhan bulu roma secara luar biasa
4- payah nak kesan waktu subur dan waktu persenyawaan yang tepat
5- proses ovulasi tidak terjadi

Punca Period Tidak Teratur

Kebiasaannya masalah ni berkait rapat dengan ketidakstabilan hormon dalam badan. Sehingga menggangu sistem metabolisme dan kardiovaskular. Antara punca biasanya berlaku adalah:

1- diet yang keterlaluan
2- senaman yang berlebihan, seperti atlit wanita mereka biasa tak datang period
3- tertekan atau stress yang teruk menyebabkan hormon tunggang langgang dalam badan
4- pengambilan 'birth control' pil, sehingga menyebabkan period tak datang langsung
5- penyakit yang tak diketahui awal seperti PCOS
6- penyakit lain seperti tiroid
7- faktor umur dan sedang memasuki fasa menopouse

 

5 Cara Atasi Period Tidak Teratur

Apabila tak datang haid secara normal, ia adalah tanda bahwa anda perlu berjumpa dengan doktor. Ini kerana 10% wanita pada umur reproduktif (25-40) ada masalah PCOS.

Disamping itu, itu anda juga boleh mencuba 5 cara atasi period tak teratur secara semulajadi:

period tidak teratur, punca period tidak teratur, masalah period tidak teratur, kenapa period tidak teratur, faktor, haid tidak teratur, punca haid tidak teratur, sebab haid tidak teratur, masalah haid tidak teratur, sebab haid tidak teratur, mengatasi haid tidak teratur, kesan haid tidak teratur, ubat haid tidak teratur, doa haid tidak teratur, hukum haid tidak teratur, faktor haid tidak teratur


1- Berat Badan Ideal

Kurus tak semestinya sihat. Cuba untuk dapatkan berat yang ideal. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan masalah ini terus terjadi.

2- Semak Makanan Harian

Kita perlu tahu apa yang masuk ke dalam perut kita. Sihat atau tidak itu berkait rapat dengan perut. Terlalu banyak mengambil karbohidrat juga penyebab period tak tetap.

Ya badan kita perlukan karbohidtar untuk hasilkan tenaga, tapi bila terlalu banyak ianya tak bagus. Nasi dan roti adalah sumber karbohidrat paling popular di Malaysia. Macam Kevin Zahri sarankan, ambil satu genggam nasi setiap kali makan dan tak boleh tambah.

Juga bagi mereka yang terlampau diet dengan hanya mengambil sayur dan buah. Kitaran haid boleh jadi 'pening' dan tak datang secara konsisten. Apa pun yang kita makan dan lakukan, eloklah bersederhana. Itu lebih baik.

3- Kurangkan Tekanan

Bahaya stress atau tekanan ini bukan saja buat period tak konsisten, tapi boleh menyebabkan banyak penyakit lain seperti kanser. Oleh itu cubalah untuk kurangkan stress.

Ubah perspektif kita melihat sesuatu. Seperti rumah bersepah, jika sebelum ini anda rasa macam nak pecah dada. Cuba bawa bertenang, rumah bersepah maknanya anak-anak sedang belajar sesuatu. Chill.

Boleh juga tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi B-Complex seperti susu, telur, salmon dan sebagainya. Ini kerana B-Complex adalah bahan penenang yang semulajadi.

4- Berhenti Merokok

MD yakin wanita yang baca blog ni tak merokok. Tapi jika ada kawan-kawan yang merokok dan korang tahu dia ada masalah haid tak teratur ni. Ajaklah dia berhenti merokok.

Sudahlah rokok pun makin mahal, pulak tu takde satu kebaikan pun pada rokok tu. Kan?

5- Rawat Secara Semulajadi

Selain mengambil ubat, ada banyak makanan semulajadi yang boleh membantu merawat masalah period tidak teratur ni. Antaranya halia. Boleh ke http://www.top10homeremedies.comuntuk lihat bagaimana cara nak menggunakannya.

Macam Puan Ija Ramli, dah dekat setahun period dia tak datang. Memang dia rasa tertekan, asyik nak marah-marah dan emosi terganggu. Lebih teruk lagi bila dia dah mula asyik rasa letih.

Sampailah dia terjumpa dengan 'sesuatu'. Alhamdulillah tak sampai sebulan lepas tu, period dia datang macam biasa. Orang perempuan, senang hati bila 'best friend'datang kan? Nak tahu yang dia buat, boleh tengok video di bawah:






You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube