7 Cara Tepat Tambah Susu Ibu Supaya Sempat Buat Stok Susu
Monday, June 01, 2015"Alamak lagi dua minggu nak naik kerja, stok susu takde lagi. Macam mana nak tambah susu ibu, biar sempat sediakan susu untuk anak". Getusan mak-mak yang bersemangat nak beri hanya susu ibu, tapi takut tak sempat buat stok sebab dah nak naik kerja.
7 Cara Tepat Tambah Susu Ibu Supaya Sempat Buat Stok Susu
1- Jangan Panik
Ini paling penting supaya proses tambah susu ibu berjalan dengan lancar. Bukan apa, bila panik secara tak langsung kita akan jadi stress.
Dan bila stress pula, susu yang banyak pun akan terbantut nak keluar. Jadi tenangkan diri, fikirkan apa dan bagaimana cara terbaik untuk tambah susu badan. Supaya boleh buat stok sebelum naik kerja.
2- Mula Mengepam
Ya direct feeding itu sungguh mudah, sampaikan terbit rasa malas nak mula mengepam. Padahal kita sudah pun maklum. Kalau tak mula pam susu manakan dapat nak buat stok.
Cari masa untuk mula mengepam. Tak perlu fikirkan banyak atau sikit susu yang akan keluar. Just do it! Kenali pattern menyusu anak masing-masing.
Waktu terbaik untuk mula mengepam adalah dikala anak sedang tidur. Dan juga boleh mengepam selepas menyusukan anak. Keluar ke susu kalau pam lepas susukan anak? Biasanya akan ada lebihan atau baki susu yang masih terkandung dalam payudara ibu.
Dan lebihan inilah yang perlu dikeluarkan, menerusi proses mengepam susu. Apabila payudara berjaya dikosongkan, ia akan menghantar signal ke otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. Maka susu ibu akan mula bertambah.
Bagaimana jika anak asyik nak menetek saja, sampaikan payah nak mengepam? Sementara anak menyusu di sebelah payudara, ambil peluang untuk mengepam dari payudara yang sebelah lagi. Dapatkan pam susu yang mudah dikendalikan seperti pam elektrik. Kalau payah nak buat seorang diri, mintalah suami untuk membantu.
Kuantiti susu yang keluar tak penting. Banyakkan ransangan supaya susu dapat bertambah.
3- Banyakkan Makan Protein
Protein adalah salah satu zat yang paling diperlukan bagi menghasilkan susu. Jadi ibu banyakkanlah pengambilan protein yang baik.
Ibu yang menyusukan anak memerlukan protein dua kali ganda berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. Selain dari ianya dapat tambah penghasilan susu, ia juga membantu perkembangan dan tumbesaran bayi.
Tapi pastikan ibu pilih protein yang sihat dan selamat. Selain dari mengambil ayam, ikan, susu atau daging sebagai sumber protein. Ibu bolehlah mengambil Energizing Soy Protein untuk melengkapkan keperluan protein bagi menambah susu ibu.
4- Kerapkan Mengepam
Kekerapan mengepam mempengaruhi jumlah atau kuantiti susu yang terhasil. Oleh itu, ibu tambahkan sesi mengepam. Cuba untuk buat 2-3 sesi mengepam dalam masa sehari.
Sebagai cadangan, ibu boleh mengepam sebelum masuk tidur. Kemudian, bangun awal pagi untuk mengepam. Dan juga pam sebentar selepas anak menyusu di waktu tengahari atau petang. 15-20 minit bagi satu sesi sudah mencukupi.
Ibu juga boleh mencuba teknik power pumping untuk tambah penghasilan susu badan.
5- Rajin Minum Air
Air yang cukup sangatlah diperlukan oleh tubuh ibu bagi membantu tambah susu ibu. Jadikan minum air paling kurang dua liter sehari sebagai amalan.
Minum kerap dalam kuantiti yang sedikit, lebih baik dari minum sekali dalam kuantiti yang banyak. Gunakan botol yang boleh disukat, supaya ibu boleh tahu berapa liter air yang telah diminum. Dan letakkan botol air berdekatan. Minumlah semasa menyusukan anak atau mengepam susu.
6- Ambil Penggalak Susu
Ada banyak penggalak susu yang boleh diamalkan ibu. Antaranya lobak putih, kurma, oat dan sebagainya. Pilih penggalak susu yang bukan sahaja tambah susu badan.
Tetapi ia juga mampu bertindak memberikan tenaga dan membantu kekalkan kesihatan ibu. Susu yang banyak tidak membawa erti jika ibu mudah penat dan stress untuk mengepam susu.
Dapatkan penggalak susu yang mampu buat ibu cergas. Serta mampu mengepam susu supaya sempat buat stok susu seperti vitamin penyusuan lengkap.
7- Kekal Positif
Ibu perlu kekal positif dan yakin susu yang dipam sempat dan cukup untuk dibuat stok. Walaupun mungkin di hari pertama mengepam hanya 1oz yang keluar.
Bila kekal positif, ibu akan teruskan usaha mengepam susu biarpun banyak cabaran yang diterima. Antaranya ibu atau mertua atau suami kata "takpelah awak tak payah stress-stress, kita beli je susu formula buat bekal baby".
Perangkap susu formula ini bahaya, sekali terjebak. Risiko berkali-kali terjebak boleh berlaku. Jadi tetapkan niat dan teruskan usaha untuk tambah susu ibu.
Selain itu, ibu perlu juga lengkapkan diri dengan tips penyusuan khas ibu bekerja seperti cara menyimpan stok susu dan sebagai. Supaya, perjalanan menyusukan anak menjadi lebih senang.
Selain itu, ibu perlu juga lengkapkan diri dengan tips penyusuan khas ibu bekerja seperti cara menyimpan stok susu dan sebagai. Supaya, perjalanan menyusukan anak menjadi lebih senang.
Penyusuan ibu bukan sesuatu yang mudah. Tapi ianya bukan mustahil. MD doakan semoga impian ibu untuk terus berikan susu badan walaupun bekerja akan dipermudahkan.
Dulu Puan Fara ini pun panik, waktu kerja tak menentu, sibuk sangat. Takut sangat dia anak lapar tak cukup stok susu. Sampailah dia temui cara tambah susu ibu yang buat dia relax dan berjaya sediakan banyak stok susu.
Nak beli vitamin penyusuan supaya terus cergas dan dapat kumpul stok susu cepat, boleh Whatsapp MD di 016 773 1892.
0 comments