CoQ-Trol Plus adalah suplemen
terbaik untuk meningkatkan endurance dan stamina. Jika anda benar-benar
seorang yang begitu mementingkaan ‘performance’ dan pencapaian, ini
adalah suplemen yang anda cari.
Ianya sesuai untuk anda yang
bergelar atlet. Seorang atlet perlulah mempunyai daya ketahanan dan
stamina yang tinggi. Supaya anda boleh melalui apa saja latihan tanpa
sebarang masalah.
Suplemen ini 100% selamat, semulajadi dan berkesan. Ia telah dikeluarkan oleh syarikat nombor satu industri makanan tambahan, iaitu Shaklee.
Apakah Itu CoQ-Trol Plus?
CoQ-Trol Plus adalah suplemen konsentrasi coenzyme Q10 (coQ10). Enzim ini sangat penting bagi proses penjanaan tenaga seseorang.
Secara normal, setiap manusia mempunyai enzim coQ10 ini. Namun apabila usia meningkat dan badan terdedah dengan pelbagai pencemaran, kuantiti enzim ini semakin berkurangan.
Kekurangan ini mestilah diatasi dengan mengambil makanan kaya coQ10. Di samping itu, lengkapkannya dengan pengambilan suplemen seperti Coq-Trol Plus ini.
Satu kapsul CoQ-Trol Plus mengandungi 100mg coQ10 yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari. Ini bagi membolehkan tubuh menjana tenaga yang sepatutnya.
100mg coQ10 CoQ-Trol Plus ini bersamaan dengan 3kg daging merah. Agak mustahil bukan seorang manusia walaupun segagah Badang dapat makan 3kg daging lembu dalam masa sehari.
Kalaupun berjaya makan 3kg daging, sudah tentu kadar kolestrol badannya akan meningkat naik. Bahaya bukan?
Disebabkan itulah, Shaklee menghasilkan suplemen khusus enzim coQ10 ini.
Keistimewaan Suplemen CoQ-Trol Plus
Shaklee sentiasa akan cuba berikan yang terbaik untuk pelanggannya. Oleh itu, suplemen enzim coQ10 Shaklee ini berbeza dengan suplemen lain di pasaran.
Setiap 100mg coQ10 digabungkan dengan tocopherols 5.5mg dan resveratrol 2mg. Supaya ia dapat memberikan kesan yang lebih optimum, di mana daya ketahanan atau endurance dan stamina akan meningkat.
Bagaimana Suplemen CoQ-Trol Plus Tingkatkan Endurance & Stamina?
Setiap sel-sel di dalam tubuh manusia berisiko terdedah kepada tindak balas oksidasi yang disebabkan radikal bebas. Ia boleh menyebabkan sel-sel rosak.
Di dalam kes anda sebagai atlit, radikal bebas ini akan menggangu penghasilan tenaga pada otot. Kesannya otot menjadi keras dan kontraksi otot berkurangan. Ini akan menjadikan daya tahan semasa latihan berkurang.
Seorang atlit yang berjaya adalah atlet yang mampu menjalani latihan selama mana yang boleh bukan? Practise makes perfect.
Satu kajian telah dibuat bagi mengesan kesan enzim coQ10 terhadap aktiviti fizikal. Selepas 60 hari, mereka yang mengambil suplemen 1200mg coQ10 ini setiap hari menunjukkan kurang mengalami tindak balas oksidasi akibat radikal bebas.
Selain itu, pengambilan suplemen ini meningkatkan tenaga semasa menjalani latihan atau senaman. Keletihan juga semakin berkurang. Ini bermakna prestasi akan bertambah baik.
Testimoni Suplemen Coq-Trol Plus
“Biasanya first km saya lari continously, pastu kena slow down jap sebab pancit. Then baru sambung balik.
Starting awal tahun cuba push 2km tak slow down…mood kasut baru sekali.
Sejak makan CoQ-Trol..hasilnya 4km non-stop! Dah 4km baru start pancit & kena slow down.
Ni kalau tak sebab ada appointment satgi ni mau sambung lagi.”
Cara Order
Sebotol CoQ-Trol Plus mengandungi 30 biji kapsul dan berharga RM157.68.
Anda boleh terus SMS/WA “Nak beli CoQ-Trol Plus” kepada saya melalui WA/SMS di 0167731892.
Setiap pembelian akan diserta bimbingan cara makan yang betul. Supaya suplemen ini dapat memberikan kesan yang optimum.
Ambil secara konsisten untuk mendapatkan hasil terbaik.
Ingat pilihlah suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan. Buat pilihan bijak.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Tengah pening nak buat bisnes apa? Ini ada tujuh idea bisnes untuk pelajar universiti macam anda. Mana tahu ada satu idea yang buat anda terinspirasi dan nak mula meniaga kan?
7 Idea Bisnes Modal Rendah
sumber: http://www.fizarahman.com/2014/03/malas-lipat-kain-ni-ada-service-lipat.html |
Berniaga tak semestinya perlukan modal yang beratus atau beribu. Tujuh idea bisnes ini menggunakan modal yang rendah. Ada yang tak guna modal tunai pun ada tau.
Jom kita lihat bersama-sama.
1- Ambil Upah Dobi
Tak semua orang suka tunggu lama di kedai dobi self-service. Jadi inilah peluang anda untuk buat bisnes ambil upah dobi.
Kumpulkan baju, bawa ke kedai dobi, basuh dan keringkan. Lepas tu kenalah upah, mungkin RM2 untuk 5 helai baju ke?
2- Servis Lipat Baju
Mana tahu melipat baju ini hobi anda? Ia boleh dijadikan sumber rezeki juga tau. Hebahkan pada rakan-rakan kelas dan kolej yang anda ada buat servis melipat baju.
Percayalah tak ramai orang yang gemar melipat baju. Itulah peluang perniagaan anda.
3- Kedai Runcit Mini
Pelajar universiti sering lapar. Lagi-lagi kalau musim hantar tugasan dan peperiksaan, semua asyik lapar saja.
Kedai koperasi pula buka sampai jam 9.00 malam. Habis tu yang lapar di tengah malam dan habis stok makanan, di mana mereka nak membeli?
Inilah peluang anda, ini juga antara idea bisnes yang bernas.
Sediakan Nescafe 3 in 1, Maggi Kari dan Tomyam dan Roti Coklat Gardenia. Beli borong, dan naikkan sikit harga untuk upah anda.
4-Kedai Printer Mini
Anda ada printer? Dah guna berbulan-bulan ink tak habis lagi? Nah inilah idea bisnes untuk anda, bukalah kedai printer mini.
Tak ramai yang suka beli printer sendiri. Ada juga yang inknya habis. Peluang keemasan begini jangan dilepaskan.
Lagi-lagi yang terdesak nak print sebab esok nak hantar tugasan kepada pensyarah.
5- Pusat Tusyen
Anda mahir dalam satu-satu matapelajaran? Setiap kali ujian pasti skor A? Gunakan otak anda yang bergeliga tu. War-warkan pada rakan sekelas yang anda buka 'group tutorial' untuk subjek yang anda hebat tu.
Mereka yang terdesak nak skor, mesti akan join kelas tusyen anda.
Manfaatkan peluang yang ada.
Nampak mudah bukan nak mulakan satu-satu idea bisnes ini? Apa yang penting anda berani nak mencuba.
Jika anda seorang yang lebih berani dan mahukan hasil yang lebih, apa kata cuba satu bisnes ni. Iaitu bisnes Shaklee.
Peluang Bisnes Shaklee
Shaklee ini adalah jenama produk makanan kesihatan yang sudahpun berusia lebih 100 tahun di peringkat antarabangsa. Ia berasal dari Amerika Syarikat. Semua produk Shaklee dijamin 100% berkesan, berkualiti dan mesra alam.
Produk yang ditawarkan pula berkualiti tinggi, bukan produk cap ayam. Ujian klinikal telah dijalankan untuk semua produk bagi memastikan tahap keberkesanannya.
Mahal Ke Modal Bisnes Shaklee?
Modalnya kurang dari RM100.00. Hanya memerlukan RM79.50 untuk anda mendaftar keahlian. Seterusnya anda akan berguru dengan mentor yang professional. Mentor akan ajarkan cara untuk mulakan bisnes ini.
Untung Ke Bisnes Shaklee?
Ianya satu bisnes yang menguntungkan. Anda layak dapat dua jenis keuntungan, satu untung runcit dan dua untung dari bonus bulanan.
Shaklee Idea Bisnes Yang Sesuai Untuk Pelajar Macam Anda
Menjadi seorang pelajar universiti, bukanlah anda banyak masa senggang. Lagi-lagi kalau musim peperiksaan. Bisnes Shaklee adalah satu bisnes yang mudah diuruskan.
Anda hanya perlu buatkan order pelanggan di website Shaklee http://shaklee2u.com.my . Kemudian Shaklee sendiri yang akan bungkus dan hantarkan barang kepada pelanggan.
Tak perlu bersusah ke pejabat PosLaju. Dan anda juga tak perlu menanggung risiko barang rosak ketika sampai dan risiko kelewatan barang sampai. Semuanya ditanggung oleh pihak Shaklee 100%.
Bagus bukan?
Pilihlah bisnes apa yang anda suka. Tapi pastikan bisnes yang dipilih tadi boleh menjana hasil, bukan menambahkan beban hutang.
Pilih dengan bijak. Jika anda tahu cara lebih lanjut macam mana nak mulakan bisnes Shaklee, boleh terus WA/SMS ke 0167731892.
Nanti saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi. Apa yang saya cerita disini baru intro sahaja.
Ok, kita jumpa nanti ya.
Teringat di zaman 2009, waktu saya mula menyusukan anak pertama. Waktu itu masih jarang sekali mendengar tentang suplemen tambah susu badan.
Apa yang popular zaman itu teh khas tambah susu dan fenugreek (halba). Bermula tahun 2010 suplemen tambah susu mula kedengaran.
Dan ianya masih kekal menjadi suplemen pilihan nombor satu ibu-ibu di Malaysia.
Saya sendiri sudah empat kali menyusukan, dan kesemuanya menggunakan suplemen yang satu ini.
Anda tercari-cari minyak ikan mana yang terbaik untuk kanak-kanak? Minyak ikan Omega Guard adalah jawapannya.
Ini kerana Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang tertinggi berbanding dengan minyak ikan lain. EPA dan DHA inilah yang diperlukan oleh perkembangan mental anak-anak.
Jika anda ibu bapa yang mahukan anak yang cergas dan cerdas, berikanlah Omega Guard buat mereka.
Dapatkan SEKARANG untuk menikmati harga istimewa. Anda mahu harga yang super special? Jom WA/SMS saya di 0167731892.
Tips Berpantang Sihat Ceria
Amalkan Vivix Selepas Bersalin, Hari ke 7 Berpantang Rahim Dah Kecut
Thursday, January 18, 2018
Inilah kesan yang saya rasakan sendiri selepas amalkan Vivix selepas bersalinkan Sumayya pada Julai 2017 yang lalu. Rahim saya mengecut dengan cepat, tak sampai dua minggu pun.
Jururawat di Klinik Kesihatan Bandar Penawar terkejut. Katanya "Eh cepatnya rahim awak mengecut, ini dah kecut betul dah ni". Saya tersengih sambil teringatkan botol Vivix saya dirumah.
Sememangnya bila dapat tahu saya mengandung, terus saya memasang angan-angan nak berpantang dengan Vivix. Sebab apa? Ramai sudah kawan-kawan yang kata berbeza sangat pengalaman berpantang dengan Vivix.
Inilah Vivix, cukup hanya sesudu kecil sehari |
Kalau yang lepas-lepas saya hanya mengambil Set Post Natal Shaklee. Bila tambahkan Vivix, sejujurnya saya rasa macam tak berpantang pula.
Bukannya saya langgar pantang, tapi rasa tenaga tu sama macam hari-hari yang bukan berpantang. Lagipula saya ada tiga lagi anak-anak yang sudah besar dan perlukan perhatian.
Syukurlah 2 minggu pertama ada mak yang temankan. Selepas itu saya berpantang sendiri saja. Lagipun jururawat dah sahkan rahim sudah kecut kembali ke saiz normal, taklah saya susah hati sangat nak berpantang sendiri.
Semasa dalam pantang, rahim adalah organ yang paling penting untuk dijaga. Rahim yang masih kembang boleh mengundang macam-macam risiko, paling menggerunkan peranakan jatuh. Orang Melayu kita panggil tombong.
Oleh kerana itulah perlu berhati-hati semasa pantang jangan lasak sangat. Supaya lebih yakin, minum saja Vivix selepas bersalin dan sepanjang berpantang. Insyaallah, terhindar dari masalah rahim jatuh.
Kemudian, luka selepas bersalin pun perlu diberi perhatian. Luka yang lambat sembuh boleh mengundang infeksi atau jangkitan kuman.
Kalau sudah terkena jangkitan, makin lambatlah luka nak baik dan bercantum. Kalau pun bercantum nanti dah tak cantik dah. Paling elok luka luaran sembuh apabila masuk ke dua minggu.
Alhamdulillah, saya langsung tak rasa perit di kawasan luka bersalin. Boleh duduk dengan selesa seawal hari ke tiga. Masuk hari ke 7 tu, luka dah kering betul. Bukan saya cek sendiri, jururawat yang tengokkan.
Ditakdirkan Sumayya kena jaundis yang agak tinggi. Saya terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan sepanjang 7-9 hari selepas melahirkannya. Seronok bila ada kawan kata muka saya nampak segar dan tak pucat langsung. Saya yakin, inilah kesan ambil Vivix.
Ini hari ke-7 selepas bersalin, tengah tunggu nak jumpa doktor |
Vivix ini kaya dengan anti-oksidan. Ia sangat baik untuk merangsang penghasilan sel-sel baru yang sihat. Sel-sel yang rosak pula dapat diperbaiki. Hasilnya rahim kecut dengan cepat, luka bersalin cepat baik dan kekal segar dan bertenaga semasa selepas bersalin.
Saya syorkan ibu-ibu yang bakal berpantang memasuk Vivix ini sebagai keperluan selepas bersalin nanti. Bawa saja ke hospital sebagai persediaan selepas melahirkan.
Baik yang bersalin normal, apatah lagi yang menjalani c-sect sediakanlah Vivix ini ya. Barulah boleh berpantang dengan tenang dan selesa. Insyaallah.
Yeay, dah habis pantang. Ini waktu hari ke 42 selepas melahirkan Sumayya. |
Pernah ke anda terfikir bagaimana agaknya suplemen banyakkan susu badan? Adakah makan saja suplemen terus melimpah ruah susu? Tidak-tidak, suplemen bukanlah pil magic yang menyebabkan susu badan bertambah.
Begini sebenarnya bagaimana suplemen menyusu menambahkan susu badan:
1- Keyakinan
Setiap apa keputusan yang kita buat dalam hidup mestilah disertai keyakinan. Hanya dengan sebab yakin inilah sesuatu tindakan yang diambil akan mendatang kesan.
Jika anda berfikir positif dan yakin suplemen yang diambil boleh membanyakkan susu, maka itulah kesan yang bakal anda terima. Tetapi jika anda ragu-ragu, membazir saja duit yang dibelanjakan untuk beli suplemen.
2- Faham dan Patuhi Konsep Penyusuan
Setelah yakin, inilah perkara kedua yang membolehkan suplemen memberikan kesan seperti yang dimahukan.
Fahami dan patuhi konsep 'supply and demand' di dalam proses penyusuan. Hanya apabila ada hisapan samaada menyusu secara terus atau mengepam, barulah susu badan akan terhasil.
Banyak hisapan (demand), makan banyaklah susu badan (supply).
Setakat faham pun tak cukup. Patuhi konsep ini dengan ikuti jadual mengepam sebaiknya bagi ibu yang bekerja. Bagi ibu yang 24 jam bersama bayi, susukanlah bayi apabila dia mahukannya. Tetaplah yakin bahawa selagi mana ibu menyusukan anak, selama itulah susu badan akan terus mengalir.
3- Ikut Keperluan, Bukan Sedap Tekak
Ramai di antara ibu yang menyusukan makan tidak menjaga pemakanan. Yelah, mentang-mentang menyusu...kononnya ada lesen untuk makan ikut sedap tekak.
Jika semasa mengadung ibu menjaga pemakanan, begitulah juga semasa menyusukan anak. Diet harian mestilah seimbang.
Pastikan ibu mengambil karbo dan protein secukupnya. Lebihkan pengambilan fiber dengan membanyakkan sayur dan buah.
Makanan segera, makanan hipster tak boleh makan ke? Kalau tak makan lebih bagus, tapi kalau nak juga hadkan. Sekali atau dua kali seminggu sudah cukup.
Apa anda tak mahu bayi dapat susu yang penuh dengan nutrisi?
Oh, air pun sangat penting. Paling kurang minumlah dua liter air sehari, badan perlukan cecair yang cukup bagi menghasilkan susu ibu.
Anda buat ketiga-tiga perkara di atas? Tahniah diucapkan. Anda adalah seorang ibu bijak yang tahu bagaimana untuk mendapatkan manfaat dari suplemen menyusukan anak.
Saya yakin, jika susu tak melimpah ruah pun pastinya anda berjaya membekalkan susu yang secukupnya buat si anak.
Bukan itu saja, susu anda pasti dipenuhi dengan segala nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal anak.
Anda pula belum cukup tiga syarat seperti di atas? Tidak apa, penuhi dahulu ketiga-tiga perkara penting di atas sebelum mengambil suplemen banyakkan susu badan.
Buang mentaliti bahawa suplemenlah yang membanyakkan susu. Ingat suplemen adalah tambahan, bukanlah yang utama.
Jika anda sedang mencari suplemen menyusukan anak, saya cadangan Set Penyusuan Shaklee berkesan dan dipercayai sejak tahun 2009 lagi. Ingin tahu lebih lanjut? WA/SMS 0167731892.
Jika anda sedang mencari suplemen menyusukan anak, saya cadangan Set Penyusuan Shaklee berkesan dan dipercayai sejak tahun 2009 lagi. Ingin tahu lebih lanjut? WA/SMS 0167731892.
Kajian saintifik terkini telah mengesahkan bahawa minyak ikan perlu untuk ibu yang sedang mengandung. Ia baik untuk perkembagan bayi yang baik dan meningkatkan kesihatan ibu.
Minyak Ikan Omega 3 dan Kehamilan
Omega 3 adalah asid lemak yang diperlukan oleh tubuh manusia. Tetapi malangnya asid lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri. Ianya perlu diperolehi dari sumber makanan.
Namun, tipikal diet orang di Malaysia kekurangan asid lemak penting ini. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kebaikan yang ada di dalam Omega 3:
EPA (eicosapentaenoic acid), baik untuk menyokong kesihatan jantung, sistem imunisasi dan respon keradangan.
DHA (docosahexaenoic acid), pula menyokong kesihatan otak, mata dan sistem saraf tunjang.
Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk kesihatan tubuh manusia. Oleh kerana itulah ia sangat baik untuk ibu yang sedang mengandung.
Boleh tonton video di bawah untuk ketahui kepentingan Omega 3 untuk ibu dan juga bayi.