Bagaimana Suplemen Banyakkan Susu Badan?

Wednesday, January 17, 2018

Pernah ke anda terfikir bagaimana agaknya suplemen banyakkan susu badan? Adakah makan saja suplemen terus melimpah ruah susu? Tidak-tidak, suplemen bukanlah pil magic yang menyebabkan susu badan bertambah.

Begini sebenarnya bagaimana suplemen menyusu menambahkan susu badan:

1- Keyakinan

Setiap apa keputusan yang kita buat dalam hidup mestilah disertai keyakinan. Hanya dengan sebab yakin inilah sesuatu tindakan yang diambil akan mendatang kesan.

Jika anda berfikir positif dan yakin suplemen yang diambil boleh membanyakkan susu, maka itulah kesan yang bakal anda terima. Tetapi jika anda ragu-ragu, membazir saja duit yang dibelanjakan untuk beli suplemen.


2- Faham dan Patuhi Konsep Penyusuan

Setelah yakin, inilah perkara kedua yang membolehkan suplemen memberikan kesan seperti yang dimahukan.

Fahami dan patuhi konsep 'supply and demand' di dalam proses penyusuan. Hanya apabila ada hisapan samaada menyusu secara terus atau mengepam, barulah susu badan akan terhasil.

Banyak hisapan (demand), makan banyaklah susu badan (supply).

Setakat faham pun tak cukup. Patuhi konsep ini dengan ikuti jadual mengepam sebaiknya bagi ibu yang bekerja. Bagi ibu yang 24 jam bersama bayi, susukanlah bayi apabila dia mahukannya. Tetaplah yakin bahawa selagi mana ibu menyusukan anak, selama itulah susu badan akan terus mengalir.

3- Ikut Keperluan, Bukan Sedap Tekak

Ramai di antara ibu yang menyusukan makan tidak menjaga pemakanan. Yelah, mentang-mentang menyusu...kononnya ada lesen untuk makan ikut sedap tekak.

Jika semasa mengadung ibu menjaga pemakanan, begitulah juga semasa menyusukan anak. Diet harian mestilah seimbang.

Pastikan ibu mengambil karbo dan protein secukupnya. Lebihkan pengambilan fiber dengan membanyakkan sayur dan buah. 

Makanan segera, makanan hipster tak boleh makan ke? Kalau tak makan lebih bagus, tapi kalau nak juga hadkan. Sekali atau dua kali seminggu sudah cukup.

Apa anda tak mahu bayi dapat susu yang penuh dengan nutrisi?

Oh, air pun sangat penting. Paling kurang minumlah dua liter air sehari, badan perlukan cecair yang cukup bagi menghasilkan susu ibu.

Anda buat ketiga-tiga perkara di atas? Tahniah diucapkan. Anda adalah seorang ibu bijak yang tahu bagaimana  untuk mendapatkan manfaat dari suplemen menyusukan anak.

Saya yakin, jika susu tak melimpah ruah pun pastinya anda berjaya membekalkan susu yang secukupnya buat si anak. 

Bukan itu saja, susu anda pasti dipenuhi dengan segala nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal anak.

Anda pula belum cukup tiga syarat seperti di atas? Tidak apa, penuhi dahulu ketiga-tiga perkara penting di atas sebelum mengambil suplemen banyakkan susu badan

Buang mentaliti bahawa suplemenlah yang membanyakkan susu. Ingat suplemen adalah tambahan, bukanlah yang utama.

Jika anda sedang mencari suplemen menyusukan anak, saya cadangan Set Penyusuan Shaklee berkesan dan dipercayai sejak tahun 2009 lagi. Ingin tahu lebih lanjut? WA/SMS 0167731892.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube