Minyak Ikan Untuk Ibu Mengandung, Perlu Ke?

Thursday, January 11, 2018

Kajian saintifik terkini telah mengesahkan bahawa minyak ikan perlu untuk ibu yang sedang mengandung. Ia baik untuk perkembagan bayi yang baik dan meningkatkan kesihatan ibu.

Minyak Ikan Omega 3 dan Kehamilan

Omega 3 adalah asid lemak yang diperlukan oleh tubuh manusia. Tetapi malangnya asid lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri. Ianya perlu diperolehi dari sumber makanan.

Namun, tipikal diet orang di Malaysia kekurangan asid lemak penting ini. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kebaikan yang ada di dalam Omega 3:

EPA (eicosapentaenoic acid), baik untuk menyokong kesihatan jantung, sistem imunisasi dan respon keradangan.
DHA (docosahexaenoic acid), pula menyokong kesihatan otak, mata dan sistem saraf tunjang.

Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk kesihatan tubuh manusia. Oleh kerana itulah ia sangat baik untuk ibu yang sedang mengandung.

Boleh tonton video di bawah untuk ketahui kepentingan Omega 3 untuk ibu dan juga bayi.

 


You Might Also Like

1 comments

  1. info menarik ini.

    sangat memnbantu untuk bakal ibu yang bakal mengandung

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube