Amalkan Vivix Selepas Bersalin, Hari ke 7 Berpantang Rahim Dah Kecut

Thursday, January 18, 2018

Inilah kesan yang saya rasakan sendiri selepas amalkan Vivix selepas bersalinkan Sumayya pada Julai 2017 yang lalu. Rahim saya mengecut dengan cepat, tak sampai dua minggu pun.

Jururawat di Klinik Kesihatan Bandar Penawar terkejut. Katanya "Eh cepatnya rahim awak mengecut, ini dah kecut betul dah ni". Saya tersengih sambil teringatkan botol Vivix saya dirumah.

Sememangnya bila dapat tahu saya mengandung, terus saya memasang angan-angan nak berpantang dengan Vivix. Sebab apa? Ramai sudah kawan-kawan yang kata berbeza sangat pengalaman berpantang dengan Vivix.

Inilah Vivix, cukup hanya sesudu kecil sehari


Kalau yang lepas-lepas saya hanya mengambil Set Post Natal Shaklee. Bila tambahkan Vivix, sejujurnya saya rasa macam tak berpantang pula.

Bukannya saya langgar pantang, tapi rasa tenaga tu sama macam hari-hari yang bukan berpantang. Lagipula saya ada tiga lagi anak-anak yang sudah besar dan perlukan perhatian.

Syukurlah 2 minggu pertama ada mak yang temankan. Selepas itu saya berpantang sendiri saja. Lagipun jururawat dah sahkan rahim sudah kecut kembali ke saiz normal, taklah saya susah hati sangat nak berpantang sendiri.

Semasa dalam pantang, rahim adalah organ yang paling penting untuk dijaga. Rahim yang masih kembang boleh mengundang macam-macam risiko, paling menggerunkan peranakan jatuh. Orang Melayu kita panggil tombong.

Oleh kerana itulah perlu berhati-hati semasa pantang jangan lasak sangat. Supaya lebih yakin, minum saja Vivix selepas bersalin dan sepanjang berpantang. Insyaallah, terhindar dari masalah rahim jatuh.

Kemudian, luka selepas bersalin pun perlu diberi perhatian. Luka yang lambat sembuh boleh mengundang infeksi atau jangkitan kuman.

Kalau sudah terkena jangkitan, makin lambatlah luka nak baik dan bercantum. Kalau pun bercantum nanti dah tak cantik dah. Paling elok luka luaran sembuh apabila masuk ke dua minggu.

Alhamdulillah, saya langsung tak rasa perit di kawasan luka bersalin. Boleh duduk dengan selesa seawal hari ke tiga. Masuk hari ke 7 tu, luka dah kering betul. Bukan saya cek sendiri, jururawat yang tengokkan.

Ditakdirkan Sumayya kena jaundis yang agak tinggi. Saya terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan sepanjang 7-9 hari selepas melahirkannya. Seronok bila ada kawan kata muka saya nampak segar dan tak pucat langsung. Saya yakin, inilah kesan ambil Vivix.

Ini hari ke-7 selepas bersalin, tengah tunggu nak jumpa doktor

Vivix ini kaya dengan anti-oksidan. Ia sangat baik untuk merangsang penghasilan sel-sel baru yang sihat. Sel-sel yang rosak pula dapat diperbaiki. Hasilnya rahim kecut dengan cepat, luka bersalin cepat baik dan kekal segar dan bertenaga semasa selepas bersalin.

Saya syorkan ibu-ibu yang bakal berpantang memasuk Vivix ini sebagai keperluan selepas bersalin nanti. Bawa saja ke hospital sebagai persediaan selepas melahirkan. 

Baik yang bersalin normal, apatah lagi yang menjalani c-sect sediakanlah Vivix ini ya. Barulah boleh berpantang dengan tenang dan selesa. Insyaallah.

Yeay, dah habis pantang. Ini waktu hari ke 42 selepas melahirkan Sumayya.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube