5 Idea Bisnes Untuk Pelajar Universiti, Modal Rendah
Thursday, February 01, 2018
Tengah pening nak buat bisnes apa? Ini ada tujuh idea bisnes untuk pelajar universiti macam anda. Mana tahu ada satu idea yang buat anda terinspirasi dan nak mula meniaga kan?
7 Idea Bisnes Modal Rendah
sumber: http://www.fizarahman.com/2014/03/malas-lipat-kain-ni-ada-service-lipat.html |
Berniaga tak semestinya perlukan modal yang beratus atau beribu. Tujuh idea bisnes ini menggunakan modal yang rendah. Ada yang tak guna modal tunai pun ada tau.
Jom kita lihat bersama-sama.
1- Ambil Upah Dobi
Tak semua orang suka tunggu lama di kedai dobi self-service. Jadi inilah peluang anda untuk buat bisnes ambil upah dobi.
Kumpulkan baju, bawa ke kedai dobi, basuh dan keringkan. Lepas tu kenalah upah, mungkin RM2 untuk 5 helai baju ke?
2- Servis Lipat Baju
Mana tahu melipat baju ini hobi anda? Ia boleh dijadikan sumber rezeki juga tau. Hebahkan pada rakan-rakan kelas dan kolej yang anda ada buat servis melipat baju.
Percayalah tak ramai orang yang gemar melipat baju. Itulah peluang perniagaan anda.
3- Kedai Runcit Mini
Pelajar universiti sering lapar. Lagi-lagi kalau musim hantar tugasan dan peperiksaan, semua asyik lapar saja.
Kedai koperasi pula buka sampai jam 9.00 malam. Habis tu yang lapar di tengah malam dan habis stok makanan, di mana mereka nak membeli?
Inilah peluang anda, ini juga antara idea bisnes yang bernas.
Sediakan Nescafe 3 in 1, Maggi Kari dan Tomyam dan Roti Coklat Gardenia. Beli borong, dan naikkan sikit harga untuk upah anda.
4-Kedai Printer Mini
Anda ada printer? Dah guna berbulan-bulan ink tak habis lagi? Nah inilah idea bisnes untuk anda, bukalah kedai printer mini.
Tak ramai yang suka beli printer sendiri. Ada juga yang inknya habis. Peluang keemasan begini jangan dilepaskan.
Lagi-lagi yang terdesak nak print sebab esok nak hantar tugasan kepada pensyarah.
5- Pusat Tusyen
Anda mahir dalam satu-satu matapelajaran? Setiap kali ujian pasti skor A? Gunakan otak anda yang bergeliga tu. War-warkan pada rakan sekelas yang anda buka 'group tutorial' untuk subjek yang anda hebat tu.
Mereka yang terdesak nak skor, mesti akan join kelas tusyen anda.
Manfaatkan peluang yang ada.
Nampak mudah bukan nak mulakan satu-satu idea bisnes ini? Apa yang penting anda berani nak mencuba.
Jika anda seorang yang lebih berani dan mahukan hasil yang lebih, apa kata cuba satu bisnes ni. Iaitu bisnes Shaklee.
Peluang Bisnes Shaklee
Shaklee ini adalah jenama produk makanan kesihatan yang sudahpun berusia lebih 100 tahun di peringkat antarabangsa. Ia berasal dari Amerika Syarikat. Semua produk Shaklee dijamin 100% berkesan, berkualiti dan mesra alam.
Produk yang ditawarkan pula berkualiti tinggi, bukan produk cap ayam. Ujian klinikal telah dijalankan untuk semua produk bagi memastikan tahap keberkesanannya.
Mahal Ke Modal Bisnes Shaklee?
Modalnya kurang dari RM100.00. Hanya memerlukan RM79.50 untuk anda mendaftar keahlian. Seterusnya anda akan berguru dengan mentor yang professional. Mentor akan ajarkan cara untuk mulakan bisnes ini.
Untung Ke Bisnes Shaklee?
Ianya satu bisnes yang menguntungkan. Anda layak dapat dua jenis keuntungan, satu untung runcit dan dua untung dari bonus bulanan.
Shaklee Idea Bisnes Yang Sesuai Untuk Pelajar Macam Anda
Menjadi seorang pelajar universiti, bukanlah anda banyak masa senggang. Lagi-lagi kalau musim peperiksaan. Bisnes Shaklee adalah satu bisnes yang mudah diuruskan.
Anda hanya perlu buatkan order pelanggan di website Shaklee http://shaklee2u.com.my . Kemudian Shaklee sendiri yang akan bungkus dan hantarkan barang kepada pelanggan.
Tak perlu bersusah ke pejabat PosLaju. Dan anda juga tak perlu menanggung risiko barang rosak ketika sampai dan risiko kelewatan barang sampai. Semuanya ditanggung oleh pihak Shaklee 100%.
Bagus bukan?
Pilihlah bisnes apa yang anda suka. Tapi pastikan bisnes yang dipilih tadi boleh menjana hasil, bukan menambahkan beban hutang.
Pilih dengan bijak. Jika anda tahu cara lebih lanjut macam mana nak mulakan bisnes Shaklee, boleh terus WA/SMS ke 0167731892.
Nanti saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi. Apa yang saya cerita disini baru intro sahaja.
Ok, kita jumpa nanti ya.
1 comments
tips2 tu bagus
ReplyDeletesebab ramai buat masa study dulu
hehehe