Tips Masalah Tiroid
Rawatan Hipotiroid Tanpa Ubat Bagi Wanita Supaya Hidup Normal
Wednesday, March 08, 2017
Assalamualaikum,
Semalam Eray ada menonton rancangan Dr. Oz Show, beliau bincangkan rawatan hipotiroid tanpa ubat. Topik yang agak menarik, rasanya ramai di antara wanita di Malaysia pun mengalami masalah yang sama.
Seorang pesakit turut diundang. Namanya Floris, usia dia baru 30 tahun. Dia kata masalahnya membuatkan dia semakin rasa rendah diri dan stress.
Terasa seperti umurnya sudah pun 60 tahun.
Paling menyedihkan setiap hari dia berhadapan dengan rasa lesu yang teruk. Sampai nak bekerja pun tak boleh. Apa yang dia buat, setiap hari dia minum enam botol minuman tenaga.
Tanpa dia sedari tabiatnya memburukkan lagi keadaan.
Berat badannya semakin naik. Walaupun dia cuba kawal makan, tetap saja semakin berat.
Rambut pun semakin menipis, terpaksalah dia guna rambut palsu. Kuku menjadi rapuh, malu sungguh dengan keadaan dirinya.
Dia tahu ada 'something wrong' yang sedang berlaku dalam badannya. Terus dia berjumpa doktor. Tapi doktor kata dia normal, tiroidnya tak ada masalah.
Akhirnya dia buntu.
Rupanya-rupa masalah hipotiroid ini sering menerima diagnos yang kurang tepat. Akibatnya pesakit tak dapat rawatan hipotiroid yang betul.
Seperti Floris, selepas dia menjalani ujian TSH (thyroid stimulating hormone) keputusannya berada pada tahap normal.
Iaitu 1.63. Purata bagi TSH adalah 0.45-4.50.
Betul ianya normal. Tetapi ia bukanlah kadar yang optimum buatnya.
Samalah seperti saiz kasut, purata wanita asia menggunakan saiz 4-9. Tetapi jika saiz kaki anda 5, adakah sesuai untuk guna saiz 8.
Tentulah tidak bukan?
Disebabkan itulah dia mengalami pelbagai gejala tiroid yang kurang aktif. Antaranya:
- berat badan tetap naik walaupun telah bersenam dan menjaga makan
- sering sembelit
- kuku menjadi rapuh
- kulit kering
- kelesuan dan sering letih
- dan rambut gugur dengan banyak
Jika anda alami lebih dari tiga gejala di atas, anda mungkin ada masalah yang sama.
Sebelum segmen itu berakhir, Dr. Oz memperkenalkan satu rawatan hipotiroid tanpa ubat kepada Floris.
Rawatan ini akan mengaktifkan semula tiroid yang kurang aktif. Ini penting supaya badan dapat berfungsi pada kadar optimum.
Apa yang menariknya rawatan ini bukanlah hanya fokus kepada tiroid. Tetapi kesihatan secara menyeluruh.
Hanya mengenal pasti makanan yang baik dan tidak untuk masalah tiroid. Dan amalkan pemakanan yang sihat selama 10 hari sahaja.
Inilah 3 perkara yang perlu dilakukan selama 10 hari:
1- Elakkan Makanan Pemusnah Tiroid
Terdapat banyak makanan yang memusnahkan tiroid. Antaranya adalah brokoli, bunga kobis, kobis yang diambil secara mentah.
Pastikan anda mengukusnya dahulu dan ambil dalam kadar sederhana.
Kacang tanah juga perlu dielakkan. Ia boleh menyebabkan keradangan dan sejenis makanan berasid. Ini hanya akan melambatkan tiroid anda.
Selain dari itu, elakkan juga ikan yang bermekuri tinggi seperti tuna.
2- Ambil Makanan Meransang Tiroid
Makanan-makanan yang diambil mestilah mengandungi nutrisi berikut:
- vitamin A seperti keledek dan lobak
- iodin seperti susu, udang dan garam bukit (Himalayan Salt)
- tirosina seperti keju, daging merah dan ayam belanda
- dan selenium seperti kacang Brazil, sunflower seeds dan cendawan
Kesemua vitamin dan mineral di atas ini penting untuk aktifkan semula hormon tiroid. Iodin dan tirosina apabila bergabung akan meransang pengeluaran tiroid yang optimum.
3- Makan Cheat Meal
Ya..makan cheat meal. Bukan setiap hari tau. Ambil cheat meal pada hari ke 10. Maknanya hari 1 hingga 9, amalkan makanan yang aktifkan hormon tiroid.
Hari ke 10, makanlah apa saja yang diidamkan. Ia bukan saja bagus dari segi psikologi, tetapi ia dapat meransang pengeluaran hormon tiroid.
Kebiasaanya orang yang mengehadkan pengambilan kalori untuk satu kadar masa yang panjang, kesannya hormon tiroid akan menurun.
Cheat meal inilah yang akan meningkatkannya semula.
Tapi ingat do not over do your cheat meal.
Selepas 10 hari apa yang perlu dilakukan? Gaya pemakanan seperti di atas adalah gaya pemakanan sihat. Anda boleh terus mengikut pelan 10 hari ini dan menjadikannya sebagai amalan harian.
Jika anda konsisten dan berdisiplin, Insyaallah anda tidak lagi mengalami masalah hipotiroid yang teruk. Kualiti hidup berubah menjadi lebih baik.
Anda juga disarankan untuk mengambil supplemen yang baik untuk melengkapkan pemakanan yang sihat ini.
Mengapa perlu supplemen? Ini kerana kandungan nutrisi dalam makanan tidak mencukupi. Akibat dari penyediaan dan pengedalian makanan.
Seperti sayuran, jika dipotong menggunakan pisau tumpul nutrisi di dalanya terjejas. Apatah lagi jika digoreng hingga layu.
Ditambah lagi dengan gaya hidup yang pantas, agak sukar untuk dapatkan makanan seimbang setiap masa. Oleh itu supplemen diperlukan bagi tujuan melengkap segala nutrisi yang diperlukan untuk melawan hipotiroid.
Berikut adalah set yang disarankan untuk penghidap hipotiroid;
Vivix mengandungi resveratrol yang dapat mengatasi masalah tiroid rendah atau kurang aktif. Ia juga meningkatkan fungsi tiroid.
Vita-Lea, ia merupakan multivatimin yang diperlukan oleh badan supaya dapat berfungsi dengan optimum. Selain itu, ia juga membekalkan tenaga.
Vita-E Complex ini mengandungi selenium yang amat diperlukan bagi melawan masalah hipotiroid. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sistem imun.
Caratomax, tedapat kandungan vitamin A yang baik bagi meransang pengeluaran hormon tiroid. Ia membantu tiroid dapat berfungsi pada tahap optimum.
Insyaallah dengan pengambilan secara konsisten, ambil bebas hidup sihat tanpa gejala tiroid yang menyusahkan.
Anda juga berhak untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Bertindak segera.
Nak order? Anda boleh hubungi saya Eray Majid di 0167731892. Bimbingan pengambilan set yang betul akan diberikan.
Disamping itu saya akan 'monitor' perkembangan anda sepanjang anda mengambil set ini secara khusus melalui WA.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini.