Tahun Baru & Dapat Anak Baru

Wednesday, January 11, 2017

Assalamualaikum,

Agaknya macam dah terlambat nak ucap selamat tahun baru 2017 kan? Tapi tak apalah, better late than never.

Bukan saja-saja hilang dari dunia online. Tapi tak cukup kudrat. Penangan nak dapat anak baru. Insyaallah, kalau ikutkan due date 08.08.17.

Rasanya antara empat kali mengandung, inilah yang paling mencabar. Tak sangka pula 'morning sickness' boleh jadi teruk begini.

Dulu tengok kawan-kawan, sekarang baru tahu rasa.

Mujurlah dah kerja sendiri kat rumah sekarang. Agaknya kalau kerja kat pejabat macam dulu, mahunya asyik menghilang masuk surau. Siapa yang pernah alami alahan mengandung teruk mesti tahu kan?

Kawan baik Eray sekarang katil. Ini pun dah mula rasa pening lalat. Nak tulis entry dari phone rasa tak puas pula.

Tak apalah, hari ini paksa diri.

Nak kena habiskan juga entry ni. Dah alang-alang ni Eray nak bagitahu pasal promo Shaklee bulan Januari. Vivix! Beli 6 PERCUMA 1 botol. Atau beli 2 botol dapat 5% diskaun.

Jadi kalau korang memang pencinta Vivix, this is the best time to buy.

Bagus Vivix ini, lagi-lagi kalau nak beri pada mak ayah. Supplemen paling lengkap untuk jaga kesihatan mereka.

Pening dah datang balik. Nak kena take a nap sekejap. Korang take care ye.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube