Pengalaman Mengandung Umur 35 Tahun, Memang Berbeza!

Thursday, February 09, 2017

Assalamualaikum,

Rupanya memang terasa lain bila mengandung umur 35 tahun. Ada benarlah juga orang kata "mengandung di kala usia 30an tu lebih penat dan mencabar".


Sekarang diri sendiri dah merasa. Dulu bila orang kata langsung Eray tak percaya.

Demam baik hampir dua minggu sebelum tahu hamil. 'Morning sickness' yang berpanjangan, masuk trimester kedua ni pun masih terasa lagi.

Mudah penat, buat kerja sikit pun dah mengah. Selera makan hilang, kalau letak makanan paling sedap pun boleh loya tekak.

Dan yang lebih memeranjatkan, Eray mengalami pedarahan masa usia kandungan 11 minggu. Sangat terkejut! Bukan sedikit, banyaknya sampai basah seluar jeans dengan darah cair.

Namun syukurlah kerana kandungan baik-baik saja.

Doktor pesan tak boleh renyah. Banyakkan berehat. Cabarannya berbeza masa mengandung umur 35 tahun. 

Eray jenis orang yang lasak. Walaupun mengandung tetap buat kerja macam biasa. Dukung anak tu perkara biasa.

Tu yang bila mengandung sekali lagi, Eray buat macam biasa. Tak tahu pula disebabkan angkat kotak air mineral boleh jadi sebab pendarahan tu.

Sekarang pun ada lagi siki-sikit 'bleeding'. Doktor kata kalau banyak cepat-cepatlah ke hospital. Korang pernah ada pengalaman yang sama tak? Kalau ada jom kongsikan dengan Eray.

Ada kawan kata, Insyaallah anak yang dalam perut tu bakal jadi orang yang hebat. Nak jadi orang hebat mesti kena bersusah susah dulu kan?

Ikutkan hati memang Eray rasa nak baring saja 24 jam. Tapi itu mustahil. Habis anak-anak yang dah di luar perut tu siapa nak uruskan.

Nak tak nak, Eray kena gagahkan diri juga.

Nak hantar ambil mereka pergi balik sekolah. Masak walaupun sekadar telur goreng. 

Syukurlah Eray memang dah mula ambil vitamin kehamilan yang bagus ini sejak mengandungkan anak yang kedua.

Tak lah Eray terus rasa bertenaga macam sebelum kehamilan. Tapi tahan lah sikit.

Masih boleh uruskan perihal anak-anak dan rumah. Entah apalah yang jadi kalau Eray ambil vitamin-vitamin ni.

Sudahlah nak makan pun payah. Nampak ayam pun boleh jadi geli loya.

Tak makan perut pula masuk angin. Ini lagi bahaya, sebab boleh muntah dibuatnya.

Awal-awal pagi bangun tidur je perut dah rasa pedih. Terus Eray 'shake' Energizing Soy Protein (ESP) dengan susu segar.

Terisilah perut, sementara nak pergi beli sarapan. Angin pun tak sempat nak masuk. Lagi satu, badan taklah rasa lemau. Tak boleh lemau awal pagi, pasal pukul 7.00 pagi nak kena hantar anak yang sulung pergi sekolah.

Selesai hantar anak yang kedua pergi tadika. Barulah Eray ada masa nak sarapan. Biasanya si hero kecik tu yang temankan.

Habis sarapan, wajib Eray telan Vita-Lea, B-Complex dan SR Vita C. Tiga vitamin ini sangat penting untuk perkembangan bayi dalam perut dan menjaga kesihatan Eray.

Vita-Lea ini sejenis multivitamin, lebih penting lagi dilengkapi dengan zat besi. Penting zat besi semasa hamil, ia boleh mengelakkan kekurangan HB.

HB rendah boleh mengancam nyawa bayi tau. Pastikan kalau korang hamil, HB tu jaga elok-elok ye. Lagilah kalau mengandung di kala umur 35 tahun.

Syukurlah sepanjang 'check up' HB cantik. Kalau nak fikirkan macam tak logik, sebab makan pun tak lalu. 

B-Complex yang Eray ambil ini dah lengkap dengan folik asid. Mesti korang pun tahu kan, kalau folik asid tak cukup bayi dalam perut boleh alami kecacatan. Biasanya spina bifida.

Selain itu, vitamin ini buat Eray rasa kuat sedikit. Bila terlupa nak ambil ini, Eray mesti akan rasa lepak sangat. Lepas tu asyik nak tidur saja.

Mana boleh begitu kan....habislah satu kerja apa pun tak jadi nanti.

SR Vita C pula Eray ambil untuk mengelakkan diri dari terkena demam. Meransang antibodi dalaman. Lagipun Eray memang ada sinusitis, mudah sangat nak terkena.

Seboleh mungkin Eray elakkan untuk mengambil ubat. Tak pasal-pasal seharian mengantuk. Ubat sinus atau selsema ini biasanya mengantukkan.

Kesibukan uruskan anak-anak ini biasanya tamat sebentar pada 3.30 petang. Ini selepas ambil anak yang sulung balik dari sekolah agama.

Ada sedikit masa sebelum Asar inilah yang Eray akan guna untuk berehat dan tidur kejap.

Lepas Asar dah bersambung semula. Anak-anak dah lapar, minta minum petang pula. Begitulah tugas seorang ibu, takkan habis. Korang yang dah jadi ibu pun mesti faham sangat kan?

Gambar terbaru, Eray yang dah hamil masuk 14 minggu & ibu tersayang.


Eray percaya vitamin yang baik sangat membantu si ibu yang mengandung. Apatah lagi yang mengandung umur 35 tahun ke atas.

Walaupun tak sempurna, tetap juga dapat laksanakan setiap tugas ibu dengan lengkap.

Biasanya pukul 9.30 malam Eray rasa penat sangat dan mengantuk. Masa ini Eray akan 'passed baton' pada suami. Dia pula yang akan uruskan anak-anak.

Sebelum tidur Eray mesti telan empat biji Ostematrix. Pastikan pengambilan kalsium cukup tau masa mengandung.

Tak cukup kalsium akan buat kaki dan pinggang mudah lenguh. Paling tak seronok bila kena kejang kaki malam hari.

Disebabkan Eray tak minum susu sangat, maka empat biji Ostematrix ini wajib sebelum tidur.

Esok bangun pagi rasa lebih segar. Hilang segala lenguh yang terasa masa nak tidur. Suka sangat!

Saja Eray catatkan di sini, mana tahu ada kawan-kawan yang serupa macam Eray. Mengandung umur 35 tahun dan alami 'morning sickness' yang teruk kan?

Bolahlah cuba vitamin-vitamin yang Eray amalkan ini. Tak lah 100% hilang 'morning sickness' tu, tapi korang akan rasa lebih baik.

Ini Eray kongsikan pengalaman ibu hamil yang lain. Ini lagi hebat siap panjat Candi Borobudur.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Insyaallah bayi dalam perut pun dapat membesar dengan baik. Ibu mana tak mahu anak yang dikandungkan sihat sempurna bukan?

Mana tahu kalau korang nak cuba vitamin kehamilan ini, boleh terus SMS/WA Eray di 0167731892. Nanti Eray akan syorkan vitamin mana yang paling sesuai dengan keadaan korang.

Set Kehamilan ini boleh tahan hampir empat bulan. Tak payah asyik nak beli je.

Kalau korang nak terus beli, bolehlah klik pada Set Kehamilan Wanita 30án dan ikut saja arahan selanjutnya.

Akhir sekali, Eray doakan korang sihat dan ceria bahagia sentiasa. Bye!


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube