b-complex
Letih Semasa Hamil Sampai Di Pejabat Pun Rasa Nak Tidur, Apa Nak Buat?
Tuesday, March 24, 2015Betul ke perempuan cantik, mesti bertukar jadi kuat makan, kuat tidur dan letih semasa hamil? Ish, takkanlah bertukar sampai jadi begitu. Bila datang pejabat pun tak lalu lama-lama depan PC. Tak lama mesti hilang.
Hilang ke mana? Hilang mencari port untuk tidur sekejap.
Ye bukanlah salah ibu mengandung tu. Biasalah hormon perempuan mengandung memang jadi tak menentu. Tulah sampai yang ada boleh tertidur dekat workstation. Tiba-tiba tersedar bos lalu sambil berdehem.
Habis tu, takkanlah nak asyik letih je semasa mengandung kan? Tengok ibu moden dalam video kat bawah ni, mengandung dah 7 bulan pun, rilex je dia naik flight. Siap jadi orang pertama yang sampai ke puncak Candi Borobudur. Kalah kawan lain yang tak mengandung. Apalah agaknya dia buat?
Punca Letih Semasa Hamil
Biasanya keletihan semasa mengandung ni berkait rapat dengan:
1- Perubahan hormon
2- Kerap mual dan muntah
3- Tak tidur nyenyak sebab asyik nak terkencing je malam hari
4- Emosi tak stabil, asyik merasa sedih dan tertekan
Cuba fikirkan sekejap kenapalah agaknya anda merasa letih semasa hamil ni? Bila sudah tahu punca masalah, barulah mudah nak cari jalan untuk tangani masalah.
Supaya hamil bukanlah jadi satu beban atau masalah. Dan pengalaman mengandung akan jadi momen indah dalam hidup.
Jangan pandang remeh pekara ini. Sebab ada rumah tangga yang jadi pecah belah sebab isteri hamil. Yelah isteri yang dulu cantik jadi comot dan tak pandai jaga diri waktu hamil. Nak masak pun tak lalu. Apatah lagi nak kemas rumah. Nak layan suami pun malas.
Kalau dapat suami yang paham keadaan kita waktu mengandung, takpelah Tapi kalau dapat suami yang tak paham. Tak dapat dari isteri, diam-diam dia pasang lain kat luar. Takkanlah kita sanggupkan?
Jadi penting untuk kita kekal sihat dan bertenaga semasa mengandung. Supaya anak dalam perut pun dapat menbesar dengan baik emosi dan fizikal. Dan hubungan suami isteri bertambah erat.
3 Tips Kekal Sihat Semasa Mengandung
1- Ambil Vitamin Kehamilan
Vitamin kehamilan bukanlah pengganti kepada makanan. Tapi berfungsi untuk melengkapkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan pembesaran bayi.
Ditambah lagi dengan keadaan ibu yang asyik muntah dan takde selera makan.Vitamin kehamilan ibu untuk mendapat nutrisi dan zat yang sepatutnya.
Kekurangan vitamin bukan saja buat ibu rasa letih. Tapi yang lebih bahaya lagi, apabila bayi menjadi cacat. Contoh kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang bayi (spinal bifida).
2- Jaga Berat Badan
Ye betul, kena makan untuk dua orang kalau mengandung. Tapi jika terlalu banyak makan, nanti nak payah pula nak turunkan. Dan kalau berat tak naik secukupnya pula, boleh menyebabkan bayi lahir tak cukup berat dan mengalami masalah pembesaran.
Paling baik makan dalam kuantiti yang sedikit, tapi kerap. Dan lengkapkan dengan vitamin hamil. Tak lupa, juga minum air secukupnya.
3- Mengidam? Jangan Dibiarkan
Mengidam ni macam satu misteri. Tak tahu dari mana ia datang. Tapi ada yang mengatakan ia adalah tanda kekurangan sesuatu vitamin atau mineral.
Contoh mengidam ais krim atau kek, itu tandalah badan perlukan kalsium.
Lagipun, baik untuk emosi ibu mengandung. Bila dapat apa yang diidam tu. Mesti jadi happy sepanjang hari.
Teringat pengalaman Mak Dara mengandung anak ke dua. Sebelum mengandung lagi dah booking flight ke Sabah.Masa tu umur kandungan dah nak masuk 7 bulan. Dalam trip tu kiteorang pergi ke Tip of Borneo. Siapa pernah pergi tempat tu mesti tahu. Cantiknya Ya Allah.Lagi-lagi permandangan kat bawah. Tak nak lepaskan peluang MD turun sekali. Bukannya ada tangga pun. Tinggilah juga. Kira kalau dah sampai bawah tu, rasa sayup je permandangan di atas.Terkejut suami MD. Kakak ipar yang tak mengandung tu pun tak berani.
Tulah bila badan tak letih semasa hamil. Mengandung bukan lagi alasan untuk membataskan diri dari aktiviti yang kita suka.
Nak borak pasal vitamin kehamilan yang buat badan sentiasa bertenaga ni, boleh Whatsapp/SMS 016 773 1892. MD sudi menjawab segala kemusykilan korang. Ayuh mengandung tapi bertenaga!