ibu enggan menyusu bayi kene penjara

Thursday, August 12, 2010

Sumber: Berita Harian

Jakarta: Wanita di Indonesia yang enggan menyusu bayi mereka yang baru dilahirkan bakal berhadapan hukuman penjara kerana menafikan hak anak mereka.
Artikel 128 undang-undang penetapan kesihatan 2009 menetapkan bahawa bayi mempunyai hak sehingga enam bulan untuk menyusu badan secara eksklusif kecuali ibu mereka tidak dapat memenuhi tanggungjawab itu atas sebab kesihatan, lapor The Jakarta Post semalam.
Artikel 200 draf berkenaan pula menyatakan seseorang ibu yang enggan menyusu bayi mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum setahun atau denda.
Pakar perundangan, Professor Sarsintorini Putra, berkata orang ramai termasuk majikan yang menghalang wanita daripada menyusukan bayi mereka boleh dikenakan hukuman ditetapkan itu.
Undang-undang yang diluluskan di Dewan Perwakilan pada 13 Oktober 2009 hanya akan dikuatkuasakan 13 Oktober 2010. - Agensi


i believe if malaysian goverment also take the same initiative, semua ibu, mom, mama & mak kat malaysia nie akan berlumba2 menyusukan anak. hehehe. nanti ada plak orang tanya "kenapa tak guna formula milk lagi dah?" jawapan " hish tak nak ler, nanti aku kene masuk penjara".

selagi takde specific rule or enforcement, ibu2 kat malaysia nie masih merasakan bahawa menyusukan baby tuh bukan satu tanggungjawab mereka. as long as they can provide artificial milk for their baby, they think that would be good enough.

rugi ibu2 yang tak mahu susukan anak without any valid reason, ya Allah! nikmatnya tak terkata. mata bertemu mata, anak dalam dakapan hangat ibu terasa sungguh aliran & bonding kasih sayang antara ibu & anak. bile mase lagi kita nak peluk anak erat2, paling lama pun dalam tempoh 2 tahun jek. jom lar sama2 kita berlumba2 merasakan nikmat Allah yang satu nie. the choice in your hand, so think about it. tak nak masuk penjara, jom ler susukan anak. :D

You Might Also Like

5 comments

  1. taktau nak bayangkan kalo ada such rule or law kan??rasanya bungkus kut semua syarikat yg jual susu tepung untuk yg new born babies..hehe..sokong penyusuan susu ibu!!

    ReplyDelete
  2. thumbs up..

    betul tu, cian baby yg ibunya tak mau susukan dorang tanpa valid reason

    ReplyDelete
  3. agree with u eray..
    mmg rugi sgt pada sape-sape yang menafikan hak anaknya without strong reason...Nikmat Yang Allah beri yang takkan dapat dinikmati oleh org lain selain I.B.U....i love my baby soo muchhhh...

    ReplyDelete
  4. amirah: heheh tak terfikir lak pasal company yang jual susu, a ah kan konfem bungkus :D

    lydzar: a ah kan, sanggup le ibu tuh bancuh susu formula, padahal B dah bengkak semacam. wawawa sedey.

    ReplyDelete
  5. mommy aqil: :) harap2 ramai lar ibu2 & bakal2 ibu yang sedar pasal BF ni. eray tak pernah rase BF tuh menyusahkan, lg menyenangkan ada, sbb leh susukan baby sambil baring2 n bergurau senda ngn baby kan?

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube